✨ [5] MEMORI

2.3K 188 13
                                    

"Hm, memang menggemparkan betul berita tadi kan?" ujar Gempa sambil berpeluk tubuh.

"Haah.. Tak sangka Raja kat Istana Sevenlings Elements Trothers tu dah mangkat..." Thorn mengangguk setuju dengan Gempa.

"Dahlah.. Jom tidur.. Dah lewat ni.." arah Gempa sambil mengerling ke arah jam dinding.

"Okey.." jawab kesemua adiknya.

Pada waktu malam itu, semua adik-beradik kembar ini sudah melangkah ke alam mimpi.

Dan, pada masa yang sama, mereka mempunyai mimpi yang sama...
Iaitu kisah dahulu...
Memori terdahulu...

Kelihatan seorang lelaki berpakaian kot hitam, sedang mendekati sebuah katil. Tetapi, dihalang oleh seseorang.

"Adudu!!!"

"Hah? Hahahaha!!! Akhirnya muncul juga kau, Raja Adam! Aku mahukan diorang bertujuh ni! Aku mahu jadikan mereka sebagai eksperimen!" ujar lelaki yang bermuka bengis itu.

"Huh! Jangan harap! Pengawal!!" jerit lelaki yang berpakaian seperti orang atasan atau dikenali sebagai Raja Adam.

Kemudian, ramai pengawal datang menuju ke arah Adudu lalu mengepungnya.

"Heh, kau ingat serangan pengawal kau ni boleh kalahkan aku?! Probe!!" jerit Adudu, memanggil rakan seperjuangannya.

Nama yang dipanggil oleh Adudu terus melakukan serangan kepada pengawal-pengawal Raja Adam. Probe memakai kot berwarna ungu serta terdapat pedang ungu di tangannya.

Perlawanan tersebut amat sengit. Ada beberapa pengawal berlumuran darah dan ada juga yang terbaring pengsan. Dan, akhirnya, kesemua pengawal Raja Adam telah tewas.

"Hahaha!!! Sekarang, kau akan terima nasib yang sama macam diorang!" Adudu mula menyerang Raja Adam.

Malangnya, Raja Adam mengelak dengan pantas.

"Inilah akibatnya mencari pasal dengan aku!" jerit Raja Adam. Raja Adam merenjatkan elektrik kepada Adudu menggunakan kuasanya.

Adudu mengerang kesakitan lalu terduduk ke lantai."Ughh... Ape ni?"

"Heh, angin taufan!" Raja Adam menghasilkan angin ke arah Adudu.

Adudu berasa pening apabila terkena pusaran taufan itu.

"Ughh.. P-Probe!! Halang dia!" arah Adudu kepada Probe.

"Baik!" Probe dengan pantas menuju ke arah Raja Adam lalu menyerang Raja Adam dari belakang.

Secara tiba-tiba, ada tanah muncul di belakang Raja Adam yang seakan-akan sebagai pelindung. Perbuatan Probe terhenti tatkala tanah itu muncul.

"Apa?!" jerit Probe, seolah tidak percaya dengan apa yang dilihatnya kini.

"Kau rasakan yang ni pulak!" jerit Raja Adam.

Raja Adam menghembuskan udara sejuk ke arah Probe sehingga terhasil wap-wap udara yang menyebabkan Probe kesejukan dan terbeku.

"Probe! Eiihh!!! Hiya!!" Adudu yang tidak berpuas hati, menuju ke arah Raja Adam untuk menyerangnya.

"Pelindung api!" Raja Adam menghasilkan pelindung yang diperbuat daripada api di sekeliling badannya.

Dengan pelindung itu, Adudu berhenti daripada mendekati Raja Adam. Kalau tak, terbakar dia nanti.

"Huh! Pengecut!" marah Adudu. Dia berdecit geram.

Kemudian, Raja Adam mengikat Adudu dan Probe menggunakan kuasanya. "Akar pengikat!"

Adudu dan Probe akhirnya diikat oleh akar tersebut.

"Erhh!!! Lepaskan aku!!" arah Adudu.

"Jangan harap!! Kilauan solar!" Raja Adam menghasilkan sinaran yang boleh membuatkan seseorang itu pengsan ataupun penglihatan mereka menjadi kabur.

Adudu dan Probe terkena sinaran itu lalu pengsan.

"Bagus, diorang dah pengsan.." Raja Adam memandang ke arah anak-anaknya yang berada dalam sebuah katil kecil lalu mendekati mereka sambil tersenyum kecil. "Hmm, jangan risau anakanda-anakandaku... Ayahanda pasti lindungi kamu semua... Ayahanda janji..."

Dan.... Memori itu tamat....

Keesokan hari, seperti biasa, Gempa orang pertama yang bangun awal dan pergi ke dapur untuk memasak sarapan.

"Selamat pagi Gempa..." ucap Taufan sebaik sahaja tiba di dapur sambil tersenyum.

"Selamat pagi.." Gempa membalas dengan senyuman.

"Ape kau masak Gempa?" tanya Thorn sebaik sahaja tiba di dapur iaitu, di sebelah Taufan.

"Haah..." Blaze yang baru datang mengangguk setuju dengan soalan Thorn.

"Hari ni, kita makan nasi lemak!" balas Gempa, gembira.

"Yeay!!!" jawab Taufan, Blaze dan Thorn serentak.

"Ape bising-bising ni?" soal Halilintar yang baru sahaja tiba di dapur. Dia menjongketkan keningnya.

"Haah... Kenape?" Solar yang mengikut Halilintar ke dapur, setuju dengannya sambil menggosok matanya. Dia membetulkan kaca mata yang dipakai olehnya.

"Hari ni kita makan nasi lemak!" jawab Taufan dengan nada ceria.

"Yeayy!!!" jerit Ais, yang tiba-tiba muncul. Dia pun teruja sebab nasi lemak tu salah satu makanan kegemaran mereka.

"Okey, tak lama lagi siap.. Korang tolong sediakan pinggan dan cawan ye?" arah Gempa sambil memandang adik-adiknya.

"Okey!" balas keenam-enam adik-beradik Elemental ini.

Mereka pun menolong Gempa dengan menyediakan pinggan dan cawan. Baru sahaja ingin duduk, tiba-tiba sahaja suatu bunyi letupan yang agak kuat, menggegarkan kawasan perumahan mereka. Mereka bertujuh berpandangan antara satu sama lain.

Nasib baik mereka tak jatuh kalau tak, habislah muka macho diorang tu. Eh, ape Author merepek ni?




~ B E R S A M B U N G ~

BOBOIBOY: 7 ELEMENTAL BROTHERSWhere stories live. Discover now