Taufan mengerang kesakitan pada kakinya dan cuba ditahannya. Taufan kemudian memandang ke arah budak lelaki itu. Dia membulatkan mata kerana tersentak. "Gem..... Gempa?!"
Budak lelaki itu terkejut kerana Taufan mengetahui namanya. Elemental Brothers yang lain memandang ke arah Taufan lalu tersentak. "Gempa?!" Mereka berlima menuju ke arah Taufan.
"Err, macam mana kamu tahu nama saya?" tanya budak lelaki itu atau dikenali sebagai Gempa.
Taufan terus memeluk kaki Gempa. "Gempa!! Aku ingatkan kita takkan berjumpa lagi!!" Taufan mengalirkan air matanya. Sungguh, dia betul-betul rindukan abangnya yang sulung itu.
Gempa terkejut lalu melepaskan pelukan Taufan pada kakinya. "Ke... Kenapa kamu peluk kaki saya?!" soal Gempa seakan-akan marah. Yelah, tiba-tiba je orang yang tidak dikenali memeluk kaki kita.
"Ape kau merepek ni?!" tanya Blaze tidak puas hati. "Kau kan abang kembar kitorang!"
Gempa terkejut. "Kamu salah orang ni... Saya hanya anak tunggal..."
Elemental Brothers tersentak dengan jawapan Gempa.
"Takkan kau tak ingat kitorang?! Kitorang adik kau!" kata Solar, tidak puas hati.
"Maaf... Kamu salah orang.." ujar Gempa perlahan namun masih dapat didengari oleh mereka semua.
"Putera Gempa!! Puas saya cari kamu!" jerit Geetha sambil menuju ke arah Gempa.
"Putera??" gumam Halilintar. Dia cuba mencerna perkataan yang didengarinya.
Geetha tersentak kerana terdapat enam orang budak yang seiras dengan Gempa. 'Mungkin diorang ni kembar Gempa... Aku kena bawa Gempa dari sini..' fikirnya.
"Gempa... Takkan kau tak ingat kitorang?" tanya Ais yang sudah mengalirkan air mata.
"Kitorang kan adik kau..." Suara Thorn sayu sahaja kedengaran. Dia rindu dengan abang sulungnya.
"Erm, tuanku, jom, kita balik ke istana.." ajak Geetha sambil memegang lengan kiri Gempa.
"Oh, okey.." Belum sempat Gempa berjalan, Halilintar sempat menahannya dengan memegang lengan kanan Gempa.
"Simpan gambar ni..." kata Halilintar sambil menunjukkan sekeping gambar lalu memasukkan gambar itu di poket baju Gempa.
Gempa yang pelik dengan tingkah laku Halilintar hanya meninggalkan mereka sebaik sahaja Halilintar melepaskan tangannya.
Taufan yang mengerang kesakitan masih duduk di atas lantai akibat terkejut. "Gempa... Sampai hati kau buat kitorang macam ni..."
Tok Aba dan cucu-cucunya yang perasan Elemental Brothers tidak melakukan sebarang pergerakan terus menghampiri mereka. Ying, Yaya, Gopal dan Fang turut menghampiri mereka.
"Sabar... Korang perlu kuatkan semangat.." kata Yaya cuba menenangkan Elemental Brothers.
"Ya lo.... Jangan putus asa..." kata Ying. Dia bersimpati dengan apa yang berlaku dengan mereka tadi.
"Betul ke dia tu Gempa?" soal Gopal tanpa dia sedar dapat menaikkan amarah mereka.
"Betul! Muka dia sama macam kitorang! Takkan abang sendiri pun tak kenal!" kata Solar, sedikit marah.
"Erm, BoBoiBoy?" panggil Tok Aba.
Elemental Brothers memandang ke arah Tok Aba.
"Jangan berputus asa.. Atok yakin ada sebab kenapa dia layan korang macam tu.. Jom, kita teruskan perjalanan.." kata Tok Aba, cuba menenangkan Elemental Brothers.
YOU ARE READING
BOBOIBOY: 7 ELEMENTAL BROTHERS
Fanfic✨ [ 🅲🅾🅼🅿🅻🅴🆃🅴🅳 ] ✨ ⇛ ғɪʀsᴛ ʙᴏᴏᴋ ⇚ Highest Rank: #63 - Fanfiction #28 - yaya #1 - boboiboy #1 - fang #30 - ejenali SINOPSIS: Cerita ini bermul...