"Gempa, aku nak tanya sesuatu.." ujar Halilintar sambil memandang ke arah Gempa.
Gempa menjongket kening. "Tanya jelah.. Sejak bila kau nak minta izin ni? Sebelum ni bukan main tembak je soalan kau.."
Halilintar memutarkan bola matanya tanda menyampah. Nak minta izin pun salah ke? "Sebenarnya, macam mana kau terselamat daripada ancaman Adudu tu?"
"Maksud kau, selepas aku tinggalkan korang?" soal Gempa lalu mendapat anggukan daripada Halilintar.
Gempa terdiam seketika lalu mengeluh. "Aku cerita tapi suruh diorang berlima berkumpul di ruang tamu.."
Halilintar hanya mengangguk tanda akur dengan arahan Gempa.
√√√√√√√
"Er, kenapa kita berkumpul ni?" soal Thorn sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.
Kini, 7 Elemental Brothers berkumpul di bilik perbincangan. Gempa menghela nafas. "Okey, aku ada benda nak bagitahu korang.."
"Bagitahu ape?" soal Taufan dan Blaze serentak.
"Macam ni.. Abang korang ni.." Gempa menunjuk ke arah Halilintar yang berada di sebelahnya. "Tanya aku.. Apa jadi dengan aku selepas aku tinggalkan korang tempoh hari.."
Solar memetik jarinya. "Ye tak ye.. Aku pun tertanya juga.."
"Haah kan.. Macam mana kau selamat daripada ancaman musuh kita haritu?" tanya Ais.
"Macam ni..."
Selepas Gempa perangkap adik-beradik dia bersama rakan-rakannya, dia memandang ke arah gerangan yang menyerang mereka, yakni Adudu. Dia memandang tajam ke arah Adudu. "Golem tanah!!!"
Muncul 3 golem tanah di hadapannya. Adudu yang melihat tersenyum sinis. "Tak sangka kau akan tunjukkan kuasa kau.. Senang kerja aku.."
Gempa berdecit. "Serang!!!" Ketiga-tiga golem itu menuju ke arah Adudu. Salah satu golem yang menghampiri Adudu segera melakukan serangan.
Adudu dengan pantas mengelak serangan itu. Dia melompat tinggi lalu mendarat di belakang golem tanah itu. Dia kemudian mengeluarkan sebilah pedang berwarna hijau kehitaman yang tersisip di tepi bajunya. Pedang dihalakan ke arah kaki kanan golem itu.
SHRING
Golem itu tumbang akibat ketidakseimbangan badan sebaik sahaja kaki kanannya dipotong. Gempa yang melihat tersentak.
Adudu memandang ke arah anak-anak buahnya. "Serang!!!"
Askar-askar yakni anak-anak buah Adudu termasuk Probe menyerang ke arah golem tanah yang dihasilkan oleh Gempa.
Gempa berdecit. Dia perlu fikirkan cara nak hentikan serangan Adudu. Dia lihat Adudu sedang menuju ke arahnya dengan senyuman sinis pada wajahnya. "Kau ingat senang nak kalahkan aku?"
Gempa memandangnya tajam. Tangan digenggam erat. Amarahnya boleh meletus bila-bila masa sahaja namun, ditahannya dahulu. Dia perlu bersikap waspada. "Habis tu, kau ingat kau hebat sangat?" soalnya.
Adudu menghentikan langkahnya. Dia tertawa sinis. "Haha! Ye! Memang aku hebat! Hebat dari ayah korang!!"
Gempa memandang tidak puas hati ke arah Adudu. Dah macam takde perkara lain selain menyebut ayah dia. Gempa akhirnya memejam matanya rapat. Dia cuba fokus untuk melakukan serangan seterusnya.
Adudu pula masih meneruskan langkahnya menuju ke arah Gempa. Dia tersengih sinis. "Kau dah kenapa tutup mata? Nak tempah maut? Boleh, sini aku tolong.." Seraya itu, dia berlari laju menuju ke arah Gempa dengan pedang pada tangan kanannya.
Gempa tersenyum sinis. Serentak itu dia membuka matanya yang sedikit bercahaya. "Golem-golem kristel!!!!!"
Adudu yang hanya tinggal beberapa tapak menuju ke arah Gempa, dihalang oleh sebuah (?) golem kristel. Adudu dicengkam kuat olehnya menyebabkan Adudu tidak dapat bergerak. "Arghh!! Lepaskan aku!! Tak guna!!"
Gempa tersengih sinis. Muncul pula tiga golem kristel pada askar-askar Adudu. Habis mereka semua dicengkam oleh golem kristel. "Duduk situ diam-diam..."
Gempa kemudian segera menyelamatkan penduduk yang terperangkap dalam bangunan. Dia perlu cepat. Golem kristel tu hanya boleh bertahan selama 30 minit.
29 minit berlalu, Gempa berjaya menyelamatkan kesemua penduduk di situ dan menyuruh mereka agar berlindung di tempat yang selamat dan jauh.
Gempa memandang ke arah Adudu dan askar-askarnya dari jauh. Dia kemudian memetik jarinya lalu kesemua golem kristel hancur berkecai. Dia menutup kepalanya menggunakan hoodie jaketnya lalu lari daripada kawasan itu.
Adudu yang marah mendengus geram. "Tak guna!!!!! Aku akan cari kau!!!!!" jeritnya namun Gempa yang mendengar dari jauh hanya mengendahkan jeritan itu.
"Hmm, jadi kau lari ke mana?" soal Ais dengan kening kiri diangkat.
"Aku larikan diri sampailah jumpa pekan kawasan Pulau Pintis.. Malangnya, aku terkena sesuatu yang keras sehingga aku pengsan.." ujar Gempa datar.
Taufan yang mendengar terangguk-angguk. "Kiranya, kau hilang ingatan sebab terkena benda tu?"
Gempa mengangguk. "Haah.. Masa tu aku hanya cuma ingat nama aku je.."
"Cehh, takdelah menarik mana pun.." Solar menguap.
Thorn yang berada di sebelah Solar, memandangnya pelik. "Kau ni dah terjangkit dengan Ais ke ape.." Solar sekadar mengangkat bahu tanda tidak tahu.
Halilintar berpeluk tubuh. "Aku ada masih persoalan yang belum dijawab.."
Gempa, Taufan, Blaze, Ais, Thorn dan Solar memandang ke arah Halilintar. "Ape dia?"
"Macam mana Adudu boleh jejak kita?" soal Halilintar.
Terdiam seketika mereka semua, memikirkan soalan itu. "Mungkin, ayahanda ada tinggalkan surat untuk kita??" fikir Gempa.
"Boleh jadi juga.." ujar Blaze setuju.
"Eh, kat sini rupanya anak-anak bonda.." Suara Permaisuri Hawa menyentakkan mereka bertujuh. Mereka tersengih.
"Kenapa bonda cari kitorang?" soal Taufan.
Permaisuri Hawa mendekati mereka bertujuh. "Takdelah.. Bonda nak ajak makan tengah hari.. Ni, apa kamu semua tengah bincang?"
Gempa tersengih. "Takde apelah bonda.. Saja nak berkumpul.."
Permaisuri Hawa hanya menggeleng dengan senyuman nipis pada wajahnya. Dibetulkan sedikit tudungnya. "Dah, jom kita makan.."
"Baik bonda.." balas ketujuh-tujuh Elemental Brothers.
Maaf ya, sepatutnya Author terus update chapter ni selepas views mencecah 18.5K, tapi disebabkan Author sakit, jadi sekarang baru Author update.
Apapun, sekarang dah tahu kan macam mana Gempa selamat? 😂 Author dah sehabis baik buat pertarungan yang nampak macam bukan pertarungan😂 Harap enjoy^^
YOU ARE READING
BOBOIBOY: 7 ELEMENTAL BROTHERS
Fanfiction✨ [ 🅲🅾🅼🅿🅻🅴🆃🅴🅳 ] ✨ ⇛ ғɪʀsᴛ ʙᴏᴏᴋ ⇚ Highest Rank: #63 - Fanfiction #28 - yaya #1 - boboiboy #1 - fang #30 - ejenali SINOPSIS: Cerita ini bermul...