Di bilik lelaki, kelihatan Ali, Ochobot, Khai, Zass, Jet, Gopal, Fang dan Tok Aba sudah tidur kecuali Elemental Brothers. Mereka sekarang duduk dalam bentuk bulatan.
"Hm, kenape Gempa macam lain tadi?" soal Thorn, sedikit terasa hati dengan sikap Gempa tadi.
"Entahlah... Aku pun terkejut jugak bile dia tak kenal kita.." jawab Ais.
"Korang perasan tak, ade seorang mak cik tu panggil Gempa sebagai putera.." ujar Halilintar menyebabkan kelima-lima Elemental Brothers terkejut. "Putera?!"
"Aku tak perasan pulak... Sebab, aku risau sangat pasal Gempa..." Taufan memegang dagunya lagak berfikir.
"Hm, aku pun tak perasan.." Blaze cuba mengingati namn tidak berjaya.
"Eleh, sebab kau marah sangat kat Gempa tadi kan?" perli Solar sambil menaikkan kening kirinya.
"Yelah, takkan tak risau?! Kau pun risau tadi kan?" marah Blaze.
"Ape? Salah ke?" soal Solar sedikit rasa menyampah.
"Eihh!! Kau ni!" marah Blaze. Dia berura-ura mahu mendekati Solar namun dihalang oleh Ais.
"Sudah-sudah... Korang berdua dari kecil suke gaduh..." kata Ais cuba meleraikan pertengakaran kecil itu.
"Alah, biaselah tu.. Aku dengan Taufan pun kadang macam tu.." kata Thorn.
"Betul... Aku, Halilintar dan Gempa pun sama.. Kitorang suka main kejar-kejar, cume, Halilintar je yang tak main..." Taufan memandang Halilintar.
"Ape? Permainan budak kecik... Takkan aku nak main?" tanya Halilintar sambil berpeluk tubuh.
"Eleh, padahal dulu, kau pun main kejar-kejar dengan aku dan Gempa.." perli Thorn.
Halilintar mendiamkan diri. "Hmm..."
"Banyak betul kenangan kita bersama Gempa.. Aku harap, kita dapat bersama semula dengan Gempa.." kata Solar.
"Betul... Dah 12 tahun kita membesar bersama..." kata Ais. Dia sungguh rindukan abang sulungnya.
"Jangan risau.. Kitorang akan tolong korang..." kata seseorang daripada belakang Taufan.
Kelihatan Ali, Khai, Zass, Jet, Bulat, Gopal dan Fang berada di belakang mereka.
"Betul ape cakap Ali tu... Kitorang akan bantu korang.." kata Jet.
"Tapi, kita perlu selamatkan Rudy dulu.." ujar Taufan sayu.
"Aku okey je... Yang penting, korang bahagia nanti.." kata Khai sambil tersenyum.
Elemental Brothers memandang antara satu sama lain lalu mengangguk tanda setuju dengan kata-kata mereka.
"Jangan risau... Kitorang akan berada di sisi korang.." ujar Bulat sambil menepuk bahu Blaze.
"Huaa..... Dah, pergi tidur... Bising je..." Rupanya Tok Aba cuba untuk tidur tetapi tidak boleh disebabkan mereka semua bising.
"Erk, okey..." balas mereka semua.
Sementara itu, di suatu tempat tersembunyi, kelihatan Dos dan Trez berada di belakang seorang lelaki yang tinggi dan juga seorang wanita berambut merah.
"Bagus... Mereka dah datang... Pastikan rancangan kita berjaya..." kata lelaki tinggi itu atau dikenali sebagai Uno.
"Baik Uno.." balas Dos.
"Cinco! Dah siap pedang yang aku suruh tu?" tanya Uno.
"Dah Uno... Sekarang, kita perlu uji dahulu.." jawab wanita yang bernama Cinco itu.
YOU ARE READING
BOBOIBOY: 7 ELEMENTAL BROTHERS
Fanfiction✨ [ 🅲🅾🅼🅿🅻🅴🆃🅴🅳 ] ✨ ⇛ ғɪʀsᴛ ʙᴏᴏᴋ ⇚ Highest Rank: #63 - Fanfiction #28 - yaya #1 - boboiboy #1 - fang #30 - ejenali SINOPSIS: Cerita ini bermul...