✨ [30] BAHAGIA

1.9K 204 49
                                    

Gempa hanya tersenyum lemah melihat adik-adiknya. Tidak lama selepas itu, Gempa pengsan.

√√√√√√√

Tiga hari kemudian, kelihatan Elemental Brothers, Kumpulan Skills, Kumpulan Power, Rizwan, Tok Aba, Permaisuri Hawa dan Geetha sedang berada di tanah perkuburan.

Sebaik sahaja mereka selesai membaca doa Yassin, mereka berdiri untuk memberi kata-kata semangat sebelum mereka meninggalkan kubur tersebut.

"Ayahanda... Semoga ayah tenang kat sana.." kata Thorn.

"Haah... Terima kasih ayah sebab jaga kami semasa kami bayi.." kata Taufan.

"Betul.... Tindakan ayah masa 12 tahun dahulu adalah untuk menjaga keselamatan kami.." kata Solar.

"Dan untuk menjaga maruah keluarga kita..." kata Blaze.

"Kitorang tak sangka pulak yang kitorang ni anak putera, iaitu anak kepada ayahanda.." kata Halilintar.

"Dan juga, siapa sangka, diorang yang lain ni ialah sepupu kitorang.." kata Ais.

"Betul.... Dan terima kasih kerana sanggup pertahankan keluarga kita....ayahanda...." kata Gempa pula yang duduk di kerusi roda.

Permaisuri Hawa tersenyum. "Terima kasih kakanda kerana selama ini menjaga adinda daripada bahaya... Kita berdua patut bersyukur dikurniakan anak yang baik.."

Geetha juga turut tersenyum. "Terima kasih tuanku kerana sudi menjaga patik yang dalam kesusahan.."

"Dahlah, jom kita pergi ke kubur yang lain.." kata Tok Aba yang duduk di kerusi roda. Begitu juga dengan Gopal.

Kemudian, mereka pergi ke kubur yang tertera 'Permaisuri Khadijah'.

Kumpulan Skills menundukkan badan mereka sedikit.

"Bonda... Terima kasih sebab lahirkan kitorang semua..." kata Iman sambil tersenyum kecil.

"Betul.. Tanpa bonda, kitorang tak dapat dilahirkan.." kata Ali, setuju dengan Iman.

"Tapi, tak sangka pulak si Jet ni anak kedua selepas abang Rizwan..." perli Moon sambil memandang tidak puas hati ke arah Jet.

"Eleh..." Jet tidak berpuas hati.

"Alah, aku main-main je..." balas Moon sambil menepuk lembut belakang Jet.

Jet hanya tersengih. "Haha, yelah adik bongsu..."

Moon juga turut tersengih.

Permaisuri Hawa tersenyum. "Khadijah, kakak ipar Hawa, Hawa akan jaga anak-anak Khadijah dengan baik.."

Tidak lama selepas itu, mereka semua pergi ke kubur yang seterusnya. Ia tertera 'Permaisuri Aisyah'.

Gopal, Fang, Yaya dan Ying menundukkan sedikit badan mereka sebaik sahaja tiba di kubur itu.

"Bonda... Terima kasih sebab lahirkan kitorang berempat..." kata Fang.

"Betul tu bonda.." kata Yaya, setuju dengan Fang.

"Tapi, tak sangka pulak kau anak pertama..." perli Gopal.

Fang hanya tergelak kecil. "Alah, kau pun anak kedua..."

Fang dan Gopal tergelak kecil. Begitu juga dengan Ying dan Yaya.

Permaisuri Hawa tersenyum. "Aisyah, adik Hawa, Hawa akan jaga anak-anak Aisyah dengan baik... Aisyah jangan risau..."

"Bonda, tak boleh ke kita pergi ke kubur ayahanda kitorang?" rayu Ali.

Permaisuri Hawa tersenyum. "Baiklah.."

BOBOIBOY: 7 ELEMENTAL BROTHERSWhere stories live. Discover now