✨ [28] CABARAN

1.3K 117 33
                                    

"Golem Naga Tanah!!" jerit Gempa lalu menghasilkan naga yang diperbuat daripada tanah sekali lagi. Naga tersebut berwarna coklat.

"Golem Naga Halilintar!!" Halilintar menghasilkan naga yang diperbuat daripada Halilintar. Naga tersebut berwarna merah.

"Golem Naga Taufan!!" Taufan menghasilkan naga berwarna biru yang diperbuat daripada angin. Naga tersebut seakan-akan seperti awan.

"Golem Naga Api!!" Blaze menghasilkan naga berwarna oren yang diperbuat daripada api.

"Golem Naga Ais!!" Ais menghasilkan naga berwarna biru terang yang diperbuat daripada ais. Naga itu diliputi dengan ketulan-ketulan ais.

"Golem Naga Daun!!" Thorn menghasilkan naga berwarna hijau yang diperbuat daripada daun. Naga tersebut diliputi dengan daun.

"Golem Naga Solar!!" Solar menghasilkan naga berwarna putih kelabu. Naga itu turut memakai kaca mata sama seperti Solar. 🤣

Kesemua Elemental Brothers berada di atas badan naga masing-masing. Ini merupakan cabaran mereka untuk menghasilkan naga-naga tersebut kerana ianya memerlukan tenaga yang banyak serta perlukan tumpuan yang kuat.

Mereka yang berada di permukaan tanah, terlopong melihat tujuh naga yang berada di langit.

"Whoahh......." Moon terpegun dengan naga-naga yang dihasilkan oleh Elemental Brothers.

"Hebatnye..." Ochobot juga turut terpegun.

"Tak pernah kitorang nampak diorang buat naga macam tu..." Gopal juga turut terpegun walaupun kakinya masih sakit.

Mereka semua terpegun akan naga-naga tersebut.

"Semoga berjaya...." gumam Tok Aba yang masih memandang naga-naga tersebut kerana terpegun sambil tersenyum.

Elemental Brothers memandang antara satu sama lain lalu mengangguk.

"Gunakan kuasa korang untuk hapuskan lohong hitam tu!!" arah Gempa dengan harapan cara ini akan berkesan.

Tak lama selepas itu, Elemental Brothers melakukan serangan kepada lohong hitam itu.

"Hiyaa!!!!!" jerit Elemental Brothers lalu mengeluarkan kuasa mereka ke arah lohong hitam.

Naga-naga Elemental Brothers juga turut melakukan serangan ke arah lohong hitam menggunakan mulut.

Naga Blaze menghembuskan api ke arah lohong hitam. Naga Ais menghembuskan ais ke arah lohong hitam. Naga Taufan menghembuskan angin ke arah lohong hitam.

Naga Halilintar mengalirkan elektrik ke arah lohong hitam. Naga Thorn menghembuskan daun-daun ke arah lohong hitam. Naga Solar menghasilkan cahaya ke arah lohong hitam. Naga Gempa mengeluarkan ketulan tanah yang besar ke arah lohong hitam.

Kelihatan Elemental Brothers bertungkus-lumus menyerang lohong hitam tersebut.

Lohong hitam tersebut masih ada tetapi, mula berkurangan. Borara yang menyedari akan hal itu, terus melakukan sesuatu.

Borara menggerak-gerakkan tangannya untuk menguatkan lagi lohong hitam itu.

"Hah?! Lohong hitam tu semakin kuat!!" jerit Khai.

"Korang!! Bertahan! Graviti Pemberat!!" Yaya menggunakan kuasa supaya dirinya dan kawan-kawan tidak disedut oleh lohong hitam.

Mereka semua sedaya upaya cuba menahan diri mereka daripada disedut oleh lohong hitam.

Gempa yang perasan bahawa lohong hitam itu semakin kuat, mengarahkan mereka semua untuk berkumpul semula pada pokok tadi. "Berundur!!"

Elemental Brothers yang lain mengangguk faham. Mereka dengan pantas berkumpul pada pokok yang tinggi tadi.

"Macam mane ni?! Lohong hitam tu semakin kuat!!" kata Blaze cemas.

Elemental Brothers hanya memandang ke arah lohong hitam sambil memikirkan cara yang lain untuk hentikan lohong hitam itu.

Di sebalik semak-samun, kelihatan Probe berbisik kepada seseorang.

"Trez... Sedia..." kata Probe.

Trez hanya mengangguk sambil tersenyum sinis.

"Harap-harap diorang berjaya..." kata Ying.

Secara tiba-tiba, terdapat gegaran terhasil di sekitar mereka. Rupanya Trez menghasilkan Emits Shockwave ke arah mereka.

"Hah?!" Mereka semua tidak sempat mengelak lalu mengenai gelombang tersebut.

Mereka semua terbaring lemah di atas tanah.

"Hahaha..... Padan muka!" kata Trez.

Borara yang menyedari tentang itu, tersenyum sinis. "Cepat! Lepaskan aku!"

Trez akur dengan arahan Borara lalu membuka ikatan pada badannya.

"Probe! Gunakan jaring tu untuk perangkap mereka semua!" arah Borara sebaik sahaja terlepas daripada ikatan dan berdiri.

"Baik Boss!" Probe menebarkan jaring yang agak besar ke arah mereka semua.

Ini menyebabkan mereka semua terperangkap dalam jaring tersebut.

Mika yang tersedar daripada gelombang tersebut terkejut. "Lepaskan kitorang!!"

"Hahahaha.... Mana mungkin!! Aku akan jadikan korang sebagai pembantu aku!!" kata Borara sambil tertawa sinis.

Tidak lama selepas itu, mereka yang lain turut tersedar.

"Hah?! Kenape ni?!" tanya Moon sambil cuba melepaskan diri.

"Kenape kite boleh ade dalam jaring ni?!" tanya Ochobot pula.

"Hah, duduk situ diam-diam..." perli Trez sambil tersenyum sinis.

Elemental Brothers yang perasan akan hal itu, terus mengarahkan naga-naga mereka melakukan serangan kepada Borara.

Trez yang menyedari hal itu, terus menumbuk naga-naga tersebut tetapi, naga-naga itu pantas mengelak disebabkan naga-naga itu boleh terbang.

Tok Aba yang perasan Borara, Probe dan Trez diganggu oleh naga-naga tersebut, terus menyepak kaki Borara menyebabkan Borara terjatuh duduk. Memandangkan Borara hampir dengannya, Tok Aba mengambil kesempatan itu untuk melakukan sesuatu.

Trez dan Probe terkejut.

"Eihh!!! Sini kau!!" Borara mengeluarkan Tok Aba daripada jaring tersebut lalu mengangkat kolar bajunya.

"Heh, terimalah akibatnya sebab cari pasal dengan aku!!" Borara menumbuk perut Tok Aba bertubi-tubi.

"Atok!!!!" jerit Kumpulan Skills dan Kumpulan Power.

"Lepaskan Tok Aba!!!" marah Rudy dengan mata yang berkaca.

"Jangan harap!" Borara meneruskan untuk menumbuk perut Tok Aba.

Tok Aba terbatuk sambil mengerang kesakitan pada perutnya.

"Atok!!" jerit Moon dan Ochobot sambil menangis. Mereka tidak sanggup kehilangan Tok Aba.

"Elemental Brothers!!! Tengok ni!!" jerit Borara.

Elemental Brothers yang sejak tadi melihat Borara menyeksa Tok Aba, muncul aura marah di sekitar badan mereka. "Berhenti!!!!"

Borara hanya tersenyum sinis. Borara meneruskan untuk menumbuk perut Tok Aba.

Mereka yang lain hanya memandang Tok Aba dengan tangisan. Mereka juga cuba melepaskan diri daripada jaring itu tetapi gagal.

"BERHENTI!!!!!!!"

"Hah?" Borara, Trez dan Adudu memandang ke arah Elemental Brothers.

Kelihatan Elemental Brothers sedang terapung di udara. Tidak lama kemudian, suatu cahaya dihasilkan oleh Elemental Brothers, menyebabkan mereka yang lain tersilau.

Mereka semua terpaksa menahan mata mereka disebabkan cahaya tersebut terlalu kuat.

Beberapa saat kemudian, cahaya tersebut hilang sedikit demi sedikit.

"Tak mungkin!!!" jerit Borara yang terkejut melihat Elemental Brothers.




Jujurnya, Author nak nangis masa tulis part Tok Aba kena pukul. 😭 Korang pun ade rasa macam tu?

BOBOIBOY: 7 ELEMENTAL BROTHERSWhere stories live. Discover now