Mereka dengan kadar yang segera, masuk ke dalam bilik Blaze. Kelihatan sekujur tubuh terbaring lemah di atas katil. Nampaknya, apa yang doktor tu cakap betul. Blaze masih belum sedar.
Gempa dan Taufan duduk di sebelah kanan Blaze. Ais pula duduk di sebelah kiri Blaze manakala Halilintar, Thorn dan Solar, berdiri di hadapan katil Blaze.
"Blaze... Bertahan ye.. Aku pasti kau kuat..." kata Ais, cuba memberikan semangat kepada abangnya itu.
"Betul tu.. Kau seorang yang kuat Blaze.. Aku harap kau cepat sembuh..." Gempa memegang tangan kanan Blaze seperti menyalurkan kekuatan kepadanya.
"Haah.. Kau abang yang kuat.." ujar Thorn pula. Air matanya mula bertakung.
"Semoga Blaze cepat sembuh dan balik ke rumah.." Air mata Solar juga mula bertakung.
"Blaze.. Maafkan kitorang sebab tak sempat nak selamatkan kau.." Taufan menyesal dengan apa yang terjadi.
"Betul..." Halilintar menundukkan kepalanya.
Tiba-tiba, suara seseorang yang amat dikenali mula bersuara.
"Takpe.. Aku yang salah.. Maafkan aku...."
Orang itu ialah Blaze. Keenam-enam Elemental yang lain terkejut dan memandang ke arahnya. "Blaze!!!!!"
Gempa pun terus memeluk Blaze erat.
"Alhamdulillah, baguslah kau dah sedar.." Gempa segera melepaskan pelukan. Takut juga nanti Blaze tak dapat bernafas dengan betul.
"Hehe, terima kasih atas semangat daripada korang.." Blaze tersenyum.
"Takde apelah.. Dah tugas sebagai adik-beradik untuk berikan semangat kepada adik-beradik yang lain.." terang Ais sambil tersenyum haru.
Halilintar mula bersuara. "Blaze....."
"Maafkan kitorang sebab tak selamatkan kau!" Taufan memeluk Blaze lalu tangisannya pecah. "Kitorang bersalah...Huhu..."
"Eh, jangan nangis.." ujar Blaze lalu melepaskan pelukan. "Aku tak salahkan korang berdua... Aku yang salah sebab cuai.."
"Betul ni??" tanya Halilintar untuk kepastian. Dia masih rasa bersalah.
"Iye.. Dah.. Jangan fikir macam tu lagi.." Blaze tersenyum.
"Baguslah kalau macam tu.." kata Thorn sambil tersenyum.
"Lega aku dengar.." kata Solar sambil mengesat air matanya.
"Tak sangka pulak abang aku ni terlebih emosi.." Sengaja Blaze ingin menyakat Taufan. Bukan tak pernah tapi selalu.
Taufan mencebik. "Mana ada.. Aku risau kau je.." Dia mengesat air matanya kasar. Takut dilabel sebagai orang cegeng.
"Yelah tu.." Blaze menggeleng kepalanya.
"Hm, doktor cakap, kau boleh keluar hospital esok lusa.." ujar Gempa. Dia dah boleh agak rungutan yang dikeluarkan oleh Blaze.
"Alah.. Lamenye..." Blaze mencebik kecewa. Kan betul tekaan Gempa.
"Takpe Blaze.. Kitorang akan teman kau kat sini.." Ais cuba memberikan semangat kepada Blaze.
"Betul tu.." Taufan setuju dengan kata-kata Ais.
"Kitorang akan teman kau secara bergilir-gilir.." kata Gempa sambil menunjukkan tanda terbaik kepada Blaze.
"Okey!" jawab Blaze.
"Eh, korang dah bagitahu Fang dan yang lain ke pasal makan malam kita ni tak jadi sebab Blaze sakit?" soal Thorn, inginkan kepastian.
"Dah... Aku dah bagitahu diorang..." balas Gempa.
Yang lain hanya membalas, "Oohh.."
√√√√√√√
2 hari kemudian, Blaze telah pun balik ke rumah.
"Woahh.. Rindunye!!" jerit Blaze sebaik sahaja dia membuka pintu rumah.
"Ais, letak barang Blaze kat bilik dia.." arah Gempa sambil menunjukkan barang-barang Blaze.
"Okey.." jawab Ais lalu membawa barang-barang tersebut pergi ke bilik Blaze.
"Halilintar, tolong aku susun barang-barang dapur ni.." arah Gempa sambil menuju ke dapur.
Halilintar hanya mengangguk lalu mengikuti Gempa pergi ke dapur.
"Taufan, jom main game!" ajak Blaze sambil duduk di sofa.
"Eh, kau belum sembuh sangat.. Doktor cakap, kau perlukan rehat secukupnya.." nasihat Taufan.
"Alah..."
"Takpe.. Lepas kau sembuh, kita main game, okey?" kata Taufan, cuba menenangkan Blaze. Senyuman manis terlakar pada wajahnya.
"Okey...." jawab Blaze sambil tersenyum.
Ketika itu, Solar tengah mencari alat kawalan jauh di celah-celah sofa. Selepas sahaja dia menjumpai alat kawalan jauh, dia terus menekan butang pada alat itu untuk menghidupkan televisyen tersebut.
"Yaa.... Kita kembali dalam rancangan 'Di mana ada bahaya, Di situ ada saya!' Saya, Ravi J Jambul, selaku wartawan bagi TV33 ... Hari ini kita digemparkan dengan berita yang menggemparkan!!!"
"Eh? Berita yang menggemparkan?" tanya Thorn yang sudah muncul dengan banyak persoalan.
"Haduh, penatnye.. Eh? Berita menggemparkan?" kata Ais sebaik sahaja dia sampai ke ruang tamu lalu duduk di sebelah Solar.
"Yaa!!! Berita menggemparkan!! Sekarang, saya berada di sebuah istana yang bernama 'Istana Sevenlings Elements Trothers!' Saya ingin memberitahu bahawa, Raja di Istana ini sudah mangkat sekarang.. Huhu.., sungguh sedih.. Saya pun tengah sedih...Huhu..."
"Eh? Bukankah istana tu di Pulau Pintis?" tanya Gempa yang tiba-tiba muncul.
"Haah!" kata Halilintar yang muncul secara tiba-tiba bersama Gempa.
Pulau Pintis merupakan jiran kepada Pulau Rintis tetapi, memerlukan beberapa masa untuk sampai ke sana. Pulau Pintis tidak mempunyai teknologi yang canggih seperti di Pulau Rintis.
Taufan menoleh ke belakang lalu mengerutkan dahinya. "Se... Sejak bile korang berdua ada kat sini?!"
"Sejak tadi..." jawab Gempa dan Halilintar serentak.
"Sekarang, pengemubian tuanku sudah pun selesai.. Dan, baginda Permaisuri ingin melantik anak saudaranya, Iwan, sebagai pengganti suaminya memandangkan tuanku tidak mempunyai anak..."
"Fuhh.. Nasib baik ada anak saudaranya..." Blaze melepaskan lega. Bukan apa, ada sesetengah keluarga tu berebut sebab nakkan takhta. Duit jelah yang dimahukan untuk dapatkan apa yang mereka nak.
"Oh, saya ingin memberitahu anda semua sesuatu... Sebenarnya, mengikut cerita, permaisuri mempunyai tujuh anak kembar lelaki... Haiyo, malangnya, permaisuri memberitahu saya bahawa, perkara itu hanya rekaan sahaja.."
Ketujuh-tujuh Elemental Brothers ini hanya memandang antara satu sama lain.
"Itu sahaja daripada saya.. Di mana ada bahaya, di situ ada saya... Walaupun ni bukan bahaya, tetapi, berita ini amat penting bagi anda semua.. Saya, Ravi J Jambul, melaporkan diri dari Istana Sevenlings Elements Trothers.."
Televisyen mereka dimatikan oleh Solar nenggunakan alat kawalan jauh.
"Hm, memang menggemparkan betul berita tadi kan?" ujar Gempa sambil berpeluk tubuh.
~ B E R S A M B U N G ~
YOU ARE READING
BOBOIBOY: 7 ELEMENTAL BROTHERS
Fanfiction✨ [ 🅲🅾🅼🅿🅻🅴🆃🅴🅳 ] ✨ ⇛ ғɪʀsᴛ ʙᴏᴏᴋ ⇚ Highest Rank: #63 - Fanfiction #28 - yaya #1 - boboiboy #1 - fang #30 - ejenali SINOPSIS: Cerita ini bermul...