Air mata Elemental Brothers mula bertakung tanpa dipinta. Ying, Yaya, Gopal dan Fang berasa sebak pula.
"Hmm, korang kena bersabar..." kata Yaya, cuba menenangkan mereka berenam. Asyik sedih je diorang. Bilalah nak senyum?
"Ya lo...." Ying mengangguk setuju dengan kata-kata Yaya.
Halilintar memegang bahu kiri Solar manakala Taufan memegang bahu kiri Thorn.
"Hmm... Gempa buat semua ni demi kita semua..." kata Taufan, cuba menenangkan adik-adiknya. Walaupun hatinya masih sedih, namun dia cuba kentalkan hatinya. Tak nak dia nampak lemah di hadapan adik-adiknya yang comel ini.
"Betul tu... Kita semua sedih tanpa Gempa... Tapi, perjuangan harus diteruskan.." ujar Halilintar, cuba memberikan semangat kepada adik-adiknya.
"Betul tu.." kata Blaze, setuju dengan kata-kata Halilintar dan Taufan.
Walaupun Blaze sendiri sedih, tetapi, dia faham yang Gempa buat semua ni demi mereka semua. Dia faham dan dia perlahan-lahan boleh menerima keputusannya.
Ais, Thorn dan Solar mengangguk tanda setuju.
"Erm, jomlah kita teruskan perjalanan kita.." kata Gopal. Dah dahlah buat drama sedih tak berbayar. Erk, jeles ke?
"Betul tu.. Kalau tak, lambatlah nak sampai kat destinasi.." ujar Fang, setuju dengan Gopal.
"Halilintar, gunakan peta tu sebagai petunjuk.." cadang Yaya. Baru teringat yang Gempa berikan peta kepada mereka.
Halilintar hanya mengangguk lalu membuka peta. "Okey, kita berada di sini.." katanya sambil menunjuk ke arah bertanda 'AU'.
"Macam mane kau tahu? Dan ape maksud 'AU' ?" tanya Thorn. Dia menggaru kepalanya yang sememangnya gatal. Takkan kat lorong bawah ni ada nyamuk?
" 'AU' tu almari usang kan?" jawab Taufan inginkan kepastian.
Halilintar mengangguk. "Dan kita perlu lalui arah ni.." katanya sambil menunjuk huruf yang bertanda 'I'. "Selepas tu, kita perlu pergi arah ni.." katanya lagi sambil menunjuk bertanda 'T'.
Gopal menggaru kepalanya yang tidak gatal. "Ape maksud tanda 'I' dan tanda 'T' ni?"
"Haah.." Fang turut menggaru kepalanya yang tidak gatal. Entah ape bendalah yang peta ni merepek? Satu benda pun tak faham.
"Hmm.. Aku rasa 'I' tu ialah 'Ikan'." ujar Yaya sambil memandang ke arah huruf 'I'.
"Dan 'T' tu pula 'Tangga'.." kata Ying pula.
"Macam mana korang tahu?" tanya Ais. Pelik juga dengan dua orang gadis ini.
"Haah.." Blaze mengangguk setuju dengan kata-kata Ais.
"Haiya... Setiap tanda tu ada simbol mah..." jawab Ying sambil menggeleng kepalanya perlahan.
"Haah.. Tengok kat 'I' tu.. Ada gambar sungai.. Dan kat 'T' tu ada gambar tangga.." balas Yaya, menerangkan maksud setiap tanda itu.
Yang lain hanya membalas, "Oohhh...."
"Okey, jom kita teruskan..." kata Halilintar sambil menggulung peta tersebut.
"Jom!!"
30 minit berjalan, mereka akhirnya terjumpa sungai. Sungai tu taklah mengalir deras. Rasanya boleh mandi kot, kalau pandai berenanglah. Yang tak pandai tak payahlah berlagak nak mandi kat situ, haha.
"Jadi, kita patut seberang sungai ni?" soal Taufan sambil menunjuk ke arah sungai itu.
Halilintar hanya mengangguk. Dia turut memandang ke arah sungai itu. Hm, takdelah dalam mana pun.
"Dey, macam mana nak lintas?" tanya Gopal, yang tidak tahu berenang. Tangannya mula menggigil perlahan.
"Heh, jambatan bayang!!" Fang dengan angkuh menghasilkan jambatan bayang menggunakan kuasanya. Sempat lagi dia mengesat kasar hidungnya tanda bangga. Dia fikir dia hero ke?
"Terbaiklah kau Fang!" puji Blaze dengan mata bersinar.
"Heh, biaaselah.." Fang memuji dirinya sendiri. Sukalah tu.
"Eleh, berlagak..." ujar Thorn dan Solar sambil mencebikkan mulutnya. Kalau kawan diorang yang satu, jangan haraplah diorang nak puji dia tu. Dahlah kuat perasan.
Fang menjeling. "Jeles cakaplah.." Thorn dan Solar memutarkan bola mata mereka.
"Dah, jom lintas..." arah Halilintar. Dia hanya membiarkan sahaja pergaduhan kecil mereka. Malas nak layan.
Mereka pun melintasi sungai itu melalui jambatan itu. Sungai tersebut sebesar 1 km. Boleh tahan besar.
Tak lama selepas itu, mereka menyambung semula perjalanan. Beberapa minit kemudian, kedengaran bunyi yang agak kuat memecahkan sunyi di lorong itu.
"Gempa bumi ke?" soal Taufan dan Thorn cemas. Entah kenapa tiba-tiba panik ketika mendengar bunyi yang bergema di lorong itu.
Fang, Blaze, Ais dan Solar dah menahan gelak ketika mendengar soalan Taufan dan Thorn manakala Halilintar hanya menggeleng kepalanya. "Taklah, tu bunyi perut.."
"Err, jadi, perut siapa yang berbunyi tu?" tanya Thorn.
Ying, Yaya dan Fang memandang Gopal.
Gopal tersengih. "Err, hehe... Aku laparlah.."
Ais mengusap perutnya. "Hm, aku pun lapar.."
"Hah! Gopal! Kau gunalan kuasa kau!" cadang Blaze.
Gopal dengan bangganya menukarkan batu-batu yang ada di situ kepada makanan. Terdapat karipap, buah-buahan, ayam dan donut. Tak payahlah nak bangga sangat. Macam tak pernah kena minta tolong oleh orang lain.
"Terbaiklah!" puji Solar sambil mengangkat ibu jari kanannya.
Mereka semua nenikmati tersebut. Sekali-sekala, ada pergaduhan kecil seperti...
"Wei, donut aku! Bagi balik!" Fang merampas semula Donut Lobak Merahnya daripada Blaze.
Blaze mencebik. "Kongsilah.. Apa susah.."
Fang menggeleng. "Nope.."
Beberapa minit menjamu selera, mereka pun meneruskan perjalanan.
40 minit kemudian, mereka tiba di destinasi mereka. Mereka hanya perlu memanjat tangga untuk keluar dari lorong bawah tanah itu.
"Okey, jom panjat.." pinta Halilintar yang berada di belakang Taufan.
Mereka yang lain hanya mengangguk. Satu per satu mereka memanjat tangga. Orang pertama yang keluar daripada lorong bawah tanah itu ialah Blaze.
"Wahh!!! Besarnye!!!" kagum Blaze. Bersinar-sinar matanya. Betul ke apa yang aku nampak?
Diikuti oleh Taufan, Halilintar, Thorn, Ais, Gopal, Solar, Fang, Ying dan Yaya. Sebaik sahaja tiba di luar lorong itu mereka tergamam. Mereka tiba di sebuah kampung yang terpencil.
YOU ARE READING
BOBOIBOY: 7 ELEMENTAL BROTHERS
Fanfic✨ [ 🅲🅾🅼🅿🅻🅴🆃🅴🅳 ] ✨ ⇛ ғɪʀsᴛ ʙᴏᴏᴋ ⇚ Highest Rank: #63 - Fanfiction #28 - yaya #1 - boboiboy #1 - fang #30 - ejenali SINOPSIS: Cerita ini bermul...