9 : nikah

4K 307 4
                                    

" Dina tak payah lah beria sangat, macam apa dah aku tengok muka aku ni " El cuba untuk menyentuh mukanya namun pantas ditepis Erdina.

" Hey kau jangan nak hancurkan hasil seni aku eh El " marah Erdina .

Tok tok..

Tersembul wajah kak Nita, Ena, Kina, Zizy dan Adryna Nafeesa adik kepada Naufal.

" Wahh lawanya kakak ipar Ad " kata Adryna dengan muka yang em speechless maybe haha.

" Berdebar tak El? " soal Ena.

" Kau ni apa punya soalan lah Na, tipu lah kalau tak berdebar.. " gumam El.

" Haihh El dah, akak bila lagi " seloroh kak Nita.

" Ala akak tak lama lagi jumpa lah tu .. Allah know the best " balas Zizy, kak Nita hanya tersenyum kelat.

" Pengantin perempuan dah siap ke belum, pengantin lelaki dah sampai .. Btw El handsomeenyaaaa laki hang omg! HAHAHAHAHAHAHAHA jkjk "

El menjeling sepupu nya Fatin Farhana.

" Aip aip aku punya , aku cungkil biji mata kau nanti Fatin! " El menjeling Fatin tajam.

" Eeee aku puji je, takde makna aku nak dekat laki orang, tu namanya tempah kubur sendiri " Kata kata fatin mengundang tawa semua.

" Asal pulak? " soal Erdina.

" Ye lah sebelum aku kena belasah dengan El.. Aku rasa mak aku ganyang aku dulu sampai lunyai kot " sekali lagi bilik El gamat dengan gelak tawa mereka.

Tok tok ..

" Kak .. mama panggil turun, dah nak start dah tu " panggil Kimi.

" Let's go princess " Erdina dan Fatin mengiringi El di ikuti yang lain.

El tersenyum apabila wajah naufal terlebih dahulu yang menyapa pandangannya. Wajah pucat itu El pandang lama lalu diberikan senyuman semanis gula.

" Dah ready Fal? " soal Tengku Hairel . Naufal angguk lalu tersenyum.

" Tengku Aiden Naufal bin Tengku Ammarudin "

" Ya saya "

"..."

" Aku terima nikahnya Tengku Helena Nu'ireen binti Tengku Hairel dengan mas kahwin nya 400 ringgit tunai "

Dengan sekali lafaz . Helena dan Naufal telah sah menjadi suami dan isteri.

Selesai acara menyarungkan cincin dan sebagainya. Para tetamu mula menjamu selera dan acara bergambar diadakan.Disebabkan Naufal tak berapa sihat dia terpaksa duduk diatas wheelchair.

" Ok nice, one more " kata si photographer

" Ok cantik semua senyum, 1,2,3 " click click click! Bermacam jenis gambar dan pelbagai jenis ragam yang ditangkap .

Naufal tersenyum lemah.

" Emm semua El bawak Naufal naik atas dulu ya? " Naufal pandang El.

" Kenapa pulak? " soal Naufal perlahan namun tak diendahkan oleh El

" Haa elok lah tu El, mama tengok Naufal dah penat sangat tu, kamu berdua rest ya " kata mama. El menolak kerusi roda Naufal dan masuk kedalam elevator dan naik ke bilik mereka.

" Jap aku sediakan air untuk kau mandi " El berlalu ke bilik air, beberapa minit kemudian dia muncul bersama sehelai tuala dan juga bathrobe.

Butang baju melayu Naufal dicabut El satu persatu.

Naufal menggengam erat tangan El .

" El.. Terima kasih untuk kali yang ke berapa aku tak ingat sebab terima aku dalam hidup kau " ucap Naufal.

El tersenyum. " most welcome Fal "

Kerusi roda Naufal ditolak ke bilik air dan ya tak kan benda tu pun aku nak kena cerita hahahahaha.

-------

El pov,

Naufal terus lena dek kerana ubat yang dimakan nya. Jujur aku kata kan, first night aku bukan lah macam first night macam dalam cerita lain haha.

Tapi aku bahagia.

Wajah pucat Naufal yang sudah lena dibuai mimpi itu aku usap perlahan. Dahi nya aku kucup lama. .

Aku sayang dia..

Aku tak sanggup untuk hilang dia buat kesekian kalinya.

Aku pejam mata rapat.

Aku cuba mencari kekuatan dalam diri yang masih bersisa. Helena.. Kau kena kuat demi naufal. He needs you..

Akhirnya aku terlena disisi naufal.

Tuhan..


Aku mohon kau berikan lah dia kekuatan..





Tbc,

0.0 | Stranger  ✔Where stories live. Discover now