Selesai sahaja menguruskan hal di kampus. Aku terus sahaja pulang ke rumah.Aku melangkah berat masuk ke dalam bilik. Aku teringat perbualan aku dengan Abang Mikael semalam.
"Mama dengan Papa, nak Isya balik malaysia lusa,"
"Tapi... Isya tengah belajar ni..."
"Papa dah uruskan hal pengajian Isya dekat malaysia,"
"Ala Abang... Isya taknak balik malaysia... Isya dah biasa duduk sini."
"Malaysia dengan London sama je,takde beza pun,"
"Tapi... Isya manada kawan dekat sana."
"Boleh je kan cari kawan,"
"Hish Abang ni! malas nak cakap dengan Abang. Abang bukan faham pun Isya!"
"Sikit-sikit sentap! Papa kata, Papa taknak dengar apa-apa alasan dari Isya!! Isya kena balik jugak malaysia. Titik,"
"Hishh! yelah-yelah, Isya balik malaysia. Tapi, Papa kena belikan Isya kereta. How?"
" ... Papa kata okey,"
Aku duduk dekat sini dengan mak sedara aku. Family aku,ada dekat malaysia. Alang-alang aku duduk dekat london, tu yang aku belajar dekat london. Then tetiba, Abang Mikael bagitahu aku... Papa nak aku balik malaysia. What! dah lama aku duduk london.
Tetiba pintu bilik aku diketuk. Aku menyuruh masuk. Aku nampak Tiara masuk kedalam bilik. Tiara merupakan adik sedara aku. Tiara baru berumur 7 tahun.
"Ada apa Tiara masuk bilik akak?"tanya Aku dalam nada lembut lalu menarik dia duduk atas riba aku.
"Mummy suruh akak turun bawah, makan tengah hari."kata Tiara.Aku membelai rambut dia yang halus.
"Ooo... nanti cakap dekat mummy, kejap lagi akak turun bawah ye. Akak nak kemas barang akak"kata Aku. Tiara pun turun dari atas riba aku.
"Akak nak kemas barang pergi mana?"tanya Tiara sambil memegang tangan aku.
"Akak nak balik malaysia. Nanti akak, dah tak duduk rumah Tiara dah..."kata sayu Aku lalu tersenyum nipis.
"Ala akak... nanti kalau akak balik malaysia, sapa nak main dengan Tiara? Abang Irfan pulak macam mana?kesian Abang Irfan nanti..."kata Tiara lalu mencebik. Haishh!aku pun berat hati nak tinggalkan mereka.
"Takpe, Abang Irfan kan ada. Nanti, dia boleh gantikan akak main dengan Tiara"pujuk Aku.
Irfan?dia anak kepada mak sedara aku. Dia tua setahun dengan aku. Dia suka kacau aku, dan aku selalu gaduh dengan dia.
"Hmm..."mengeluh Tiara.
"Alolo... Jangan la sedih. Nanti bila-bila masa, akak datang sini balik jumpa Tiara."pujuk Aku lalu peluk dia.
"Betul akak? akak janji dengan Tiara."kata Tiara lalu menunjukkan jari tanda promise.
"Ye... Akak janji. Promise."kata Aku lalu menunjukkan jari aku.
"Okey,"kata tiara gembira.Tiara pun keluar dari bilik aku.
Aku pergi ke almari baju,lalu mengambil bag pakaian aku yang terletak diatas almari.Aku melihat berhabuk bag pakaian aku.
Aku mengetuk-ngetuk habuk yang berada pada bag pakaian aku lalu aku membuka zip bag. Aku mengambil semua pakaian aku yang tergantung dalam almari lalu lipat. Setelah melipatkan semua pakaian aku, aku susun dalam bag dan zip!
Aku pergi ke meja belajar aku, lalu mengambil semua alat menulis dan barang assigment aku lalu masukkan dalam satu lagi bag.
Setelah mengemas semua barang2 aku.Aku keluar dari bilik.Aku terserempak dengan irfan.
YOU ARE READING
B2:DIA ISTERI KAU[HOLD]
Romance❁[𝐏𝐫𝐞𝐯𝐢𝐨𝐮𝐬 𝐤𝐧𝐨𝐰𝐧 𝐚𝐬 '𝐃𝐢𝐚 𝐈𝐬𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐊𝐚𝐮']❁ 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐁𝟏: 𝐋𝐎𝐕𝐄 𝐓𝐎 𝐇𝐀𝐓𝐄 ⚠️BACA BUKU 1 SEBELUM MEMBACA BUKU 2 SAMBUNGAN LOVE TO HATE.UNTUK MEMAHAMI JALAN CERITA⚠️ Setelah sekian lama berhijrah ke negara luar...