33-RINDU

2.5K 147 13
                                    

Keluar sahaja dari tempat wayang,irfan muncung sahaja.Manakala,isya dengan ryan bersuka ria gelak sakan.

"Kau lah..buat malu aku betul lah haha.."kata ryan separuh gelak.

Isya pun turut gelak dari tadi.

"Haha..sorry arr..aku terkejut gila kot.."kata isya pula sambil gelak.

Nak tahu kenapa mereka gelak dari tadi?Waktu tengok wayang,isya terkejut sampai bekas popcorn tu terpelanting atas kepala ryan.Nasib popcorn tinggal sikit je.

"Itulah..tengok wayang sambil mengunyah sangat,sampai terpelanting kat atas aku..nasib la tinggal sikit,kalau tak..ishh..takleh bayangkan.."kata ryan lagi.

"Hahaha..takpelah..jadi kenangan untuk kau"kata isya lagi.

Mereka yang lain melihat kemesraan antara ryan dengan Isya,sambil itu memandang arah irfan pula yang muncung muka.

"Amboii..gelak sakan korang dua ni.."tegur elica disebelah riduan.

"Hehe.."mereka berdua tersengeh kecil.

"Lepas ni nak pergi mana pulak?"tanya syafiz pada mereka semua.

"Wehh..jom pergi pantai nak?"kata jiha beria.

"Boleh jugak tu.."balas mereka.

Isya pergi kearah irfan lalu menarik sedikit lengan baju irfan.

"Irfan.."panggil isya.

Irfan memandang isya.

"Apa?"tanya irfan.

"Jom,join diorang pergi pantai"kata isya sambil tersenyum.

"Tak payahlah"balas irfan.

"Ala..jom la...jom la..."merengak isya.

Irfan naik berang apabila isya memaksanya.Dahla perasaan cemburu tadi belum hilang,inikan pula ditambah pula perasaan marah.

"AKU KATA TAKNAK!!TAKNAK LA ISYA!!KAU FAHAM BAHASA TAK!!HAA!!"tengking irfan sambil mencengkam kedua belah bahu isya.

Isya terkedu.

Matanya mula berkaca apabila ditengking oleh irfan dihadapan orang ramai.

Mereka yang lain terkejut lalu memandang arah isya dan irfan apabila terdengar suara irfan menengking.

"ISYA!"

"Kau dah kenapa tengking dia bodoh!!"marah ryan apabila melihat irfan menengking isya.

Ryan menarik isya ke belakangnya.

"Sebabkan kau!!Aku tak suka kau rapat dengan dia!!"marah irfan.

"Apa masalah kau haa!!Aku dengan dia cuma kawan jer,yang kau nak berangin sangat pahal!!"marah ryan balik.

"DAHLAH!!STOP!!"menjerit isya.

Isya mengeluarkan kunci keretanya lalu beri pada irfan.

Dia menarik tangan ryan melangkah keluar dari situ.Ryan mengikuti langkah isya sehingga ke pintu luar tempat shopping.

Ryan melihat muka isya merah menahan tangisan.

"Situ kereta aku"kata ryan lalu menarik tangan isya.

Sampai di hadapan kereta,mereka terus masuk kedalam.

"Hikss..Hikss..."bunyi tangisan isya.

Ryan menarik tubuh isya lalu peluk.

Tangisan isya semakin kuat kedengaran.

"Jangan menangis..aku pun nak nangis jugak tau tengok kau menangis.."kata ryan sambil mengusap belakang badannya.

B2:DIA ISTERI KAU[HOLD]Where stories live. Discover now