Kereta sport milik ryan,memasuki halaman rumah kampung tokmanya.Selesai sahaja memarkingkan kereta dibawah bawah pokok ryan pun menutup enjin kereta.
Dia memandang sebelahnya,bibirnya menguntumkan senyuman apabila dia melihat isya yang nyenyak tidur.
Tanganya naik mengusap lembut pipi isya sebelum bibirnya membuka suara.
"Sayang....bangun...."lembut suara ryan mengejutkan isya.
Badan isya bergerak sedikit,menandakan terjaga dari tidur.Kelopak matanya mula terbuka.
"Dah...sampai ke?"soal isya sambil dahinya berkerut-kerut.
"Dah.Jom turun"ajak ryan.
Isya menarik sweater yang berada diatas badanya lalu alih ketepi.Dia membuka pintu kereta.
Mereka berdua melangkah keluar dari dalam kereta.Isya pula masih dalam keadaan lemah,cuba mengagahkan dirinya berjalan.
Isya melihat kereta mereka yang lain sudah kosong.
"Mana depe,ryan?"tanya isya dalam suara serak.
"Ohh,depe dah sampai awal daripada kita.Rasanya depe dah ada dekat dalam"balas ryan.
Ryan melihat isya yang berjalan dalam keadaan lemah,berasa kasihan.
"Kau boleh jalan tak?kalau tak aku dukung kau jer.."tanya ryan.
"Ehh..takpe-takpe..aku masih boleh jalan,nanti apa pula kata tokma kau nampak kau dukung aku"halang isya.
"Betul ni?"tanya ryan lagi skali.
Isya mengangguk.
Dari jauh mereka melihat wajah tokma yang tersenyum ceria memandang mereka.Sampai dihadapan tokma,ryan dan isya bersalam tangan dengan tokma.
"Tokma sihat?"tanya ryan.
"Tokma sihat.Cucu tokma ni sihat?Dah lama ayen tak balik sini jenguk tokma ea.."balas tokma aka Wan Syarifah.
"Maaflah tokma,ayen bukan sengaja taknak balik.Tapi..tokma faham² jelah situasi ayen"jelas ryan.
"Tokma tahu,saja je gurau.."kata tokma sebelum memandang gadis disebelah ryan.
Tokma memandang wajah isya.
"Kamu nama siapa nak?"tanya tokma sambil senyum.
"Nama saya Aryana,untie panggil saya isya je.."balas isya.
"Ooo..aryana,sedap nama.Cantik macam tuan punya badan.Takpayah panggil untie,panggil tokma jer"kata tokma.
"Baiklah tokma"balas isya.
"Jomlah masuk dalam,kawan² ada dekat dalam"jemput tokma.
Mereka mengangguk.
Tokma berjalan masuk kedalam,diikuti isya dan ryan dibelakang.Sedang berjalan,tetiba sahaja isya pengsan.Nasib sempat ryan menyambut isya dari jatuh ke lantai.
"Ya'allah"terkejut tokma apabila melihat isya tertiba pengsan.
Manakala mereka pula sudah terkejut.
"ISYAA!!!"
Ryan mencepung badan isya sebelum membawa isya masuk kedalam sebuah bilik.Ryan membaringkan badan isya diatas katil.
"Kenapa dengan isya,ayen?"risau tokma.
"Tadi waktu dalam perjalanan,isya muntah²,pening kepala jadi badan dia lemah.Tu yang pengsan ni"jelas ryan.
"Ohh..ayen pergi keluar kejap,amik kain kecil basahkan bawak mari sini"arah tokma lalu meletakan tangan diatas dahi isya.
"Panas badan dia ni.."sambung tokma.
YOU ARE READING
B2:DIA ISTERI KAU[HOLD]
Romance❁[𝐏𝐫𝐞𝐯𝐢𝐨𝐮𝐬 𝐤𝐧𝐨𝐰𝐧 𝐚𝐬 '𝐃𝐢𝐚 𝐈𝐬𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐊𝐚𝐮']❁ 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐁𝟏: 𝐋𝐎𝐕𝐄 𝐓𝐎 𝐇𝐀𝐓𝐄 ⚠️BACA BUKU 1 SEBELUM MEMBACA BUKU 2 SAMBUNGAN LOVE TO HATE.UNTUK MEMAHAMI JALAN CERITA⚠️ Setelah sekian lama berhijrah ke negara luar...