Mereka semua menyalam tangan tokma sebelum pulang semua ke kuala lumpur.
"Kalau ada masa cuti ke,datanglah sini lagi"kata tokma.
"Insyaallah,tokma"balas mereka.
Mereka yang lain sudah masuk kedalam kereta.Tinggal ryan dengan isya sahaja yang belum.
"Tokma,ayen balik dulu"kata ryan lalu memeluk tubuh tokma.
Tokma membalas pelukan ryan.
"Okey..jaga diri baik-baik,jangan lupa tokma.Kalau ada masa nanti,datanglah sini..ye.."pesan tokma.
"Baik tokma"balas ryan lalu melepaskan pelukan.
Tokma memandang arah isya pula,lalu peluk.
"Terima kasih isya"kata tokma.
Isya tersenyum.
"Sama-sama.Terima kasih juga tau tokma sebab tolong isya"kata isya pula.
"Nanti kalau ada masa,isya datanglah lagi dengan ayen.."pesan tokma.
"Insyaallah"balas isya.
Tokma melepaskan pelukan.
"Kitaorang balik dulu tokma.Tokma jaga diri tau"ujar ryan.
Tokma mengangguk kecil lalu senyum.
"Kamu pun sama,jaga diri"kata tokma.
Mereka pun berjalan pergi kearah kereta,lalu masuk kedalam kereta.Ryan mengundur kereta ke belakang,sambil itu melambai tangan arah tokma.Kereta ryan pun,mula keluar dari halaman rumah tokma.
----------
Dalam perjalanan,isya hanya memejamkan mata.Takut pening kepala hehe..
Ryan yang melihatnya,berasa geli hati pula.
"Takut mabuk jalan jauh ker.."perli ryan sambil memandu.
"Shut up"balas isya.
Ryan sudah pecah ketawanya.
"Yelah haha..macam² betul kau ni.."kata ryan separuh gelak.
Isya membuka mata sedikit,lalu menjeling arah arah ryan.
"Suka sangat nak kacau orang huh?"geram isya sambil mengetap gigi.
"Aku kacau kau sorang je.Yelah,aku suka tengok kau membebel,marah..kalau kau diam,aku rasa macam sunyi.."kata ryan selamba.
"Pelik betul la,kau lagi suka tengok orang marah²?sewel ke apa ha?"kata isya pula.
"Aipp sayang,tak elok cakap suami sewel.."kata ryan.
"Bagi aku,kau marah..membebel tu nampak macam comel la"sambung ryan.
"HUWARGHHH!!yelah.."balas isya sambil menguap.
Isya menurunkan sedikit tempat menyandar ke belakang,lalu baring.
"Mengantuk ke?"tanya ryan.
Isya mengangguk.
"Tidur la..meh aku dodoi.."kata ryan.
Sebelah tangan ryan menepuk perlahan peha isya macam dodoi baby.
Isya hanya membiarkan sahaja ryan.Dan lama kelamaan,dia lelap dibuai tidur.
Ryan memandang sekilas isya.Dia tersenyum melihat isya sudah tidur.
"Baby bambam tidur dah.."gumam ryan perlahan.
----------
"Semua maklumat yang boss nak,ada dalam ni"kata seorang lelaki yang memakai kot hitam bersama dua lagi orang.
YOU ARE READING
B2:DIA ISTERI KAU[HOLD]
Romance❁[𝐏𝐫𝐞𝐯𝐢𝐨𝐮𝐬 𝐤𝐧𝐨𝐰𝐧 𝐚𝐬 '𝐃𝐢𝐚 𝐈𝐬𝐭𝐞𝐫𝐢 𝐊𝐚𝐮']❁ 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐁𝟏: 𝐋𝐎𝐕𝐄 𝐓𝐎 𝐇𝐀𝐓𝐄 ⚠️BACA BUKU 1 SEBELUM MEMBACA BUKU 2 SAMBUNGAN LOVE TO HATE.UNTUK MEMAHAMI JALAN CERITA⚠️ Setelah sekian lama berhijrah ke negara luar...