43-LOLIPOP

2.7K 96 35
                                    

Selepas sahaja selesai sarapan pagi, mereka masuk ke bilik masing-masing. Mereka rancang mahu jalan-jalan ke shopping mall.

"Sayang..."panggil Ryan.

Isya menoleh ke belakang.

"Nak apa?"tanya Isya.

"Meh sini, duduk sebelah..."kata Ryan sambil menepuk tempat disebelah dia.

Isya pun berjalan ke katil lalu duduk disebelah Ryan.Dia memandang wajah Ryan.

"Awak nak apa?"tanya Isya lagi.

"Takde apa,saja panggil... Nak manja dengan isteri"kata Ryan.

"Malas"kata Isya sambil memeluk tubuh.

"Sayang merajuk lagi ke? Sorry..."kata Ryan.

"Werk! Malas nak layan"merajuk Isya.

Ryan menarik kedua belah bahu Isya menghadapnya.

"Janganlah merajuk sayang, nanti tak comel..."pujuk Ryan.

Isya mencebik bibir.

"Biarlah"balas Isya.

"Alolo... Baby, baby... Tengok mama baby merajuk ni, buruk kan mama merajuk?"kata Ryan sambil mengusap perut Isya.

"Mengadu lebih"kata Isya.

"Betul apa? Baby pun kata"balas Ryan.

"Mana ada"kata Isya lagi sambil mengecilkan matanya.

"Eleh... Tak payah merajuk sayang, malu baby tengok mama dia merajuk... Meh sini peluk"pujuk Ryan lagi lalu mendepakan tangan.

Isya masuk ke dalam dakapan Ryan. Ryan mengusap rambut halus Isya perlahan-lahan lalu cium.

"Jangan merajuk ya sayang"kata Ryan.

"Hmm"balas Isya sambil memeluk erat Ryan.

Dia suka berada didalam pelukan Ryan, rasa tenang je.

××××

Airyn berjalan sambil tangan dipimpin oleh Ryan, manakala Aira dan Isya jalan bersebelahan. Ryan melihat mereka berdua semakin akrab. Alhamdulillah.

"Aryana, cuba awak tengok kedai baby tu... Cantiklah baju baby,"kata Aira sambil menunjuk kearah kedai barangan baby di hujung sana.

Isya memandang kearah yang ditunjukkan oleh Aira.

"Ha'ah la... Cantik,"balas Isya yang juga tertarik melihat kedai barangan baby itu.

"Jom masuk sana,"ajak Aira lalu menarik tangan Isya.

"Jom"balas Isya.

Ryan dan Airyn ditinggalkan jauh di belakang. Manakala mereka laju ke depan. Ryan yang melihat gelagat mereka, mengeleng kepala.

"Ni lah jadinya bila ada dua isteri, lepastu satu kepala... Aku dengan anak dibiarkan. Ceh,"gumam Ryan sendirian.

"Papa... Papa... Kenapa mama dengan mommy laju sangat?"tanya Airyn yang dipimpin tangan olehnya.

"Mama dengan mommy teruja kot nak dapat adik baru untuk Airyn..."balas Ryan sambil senyum.

"Ouhh..."

Ryan dan Airyn melangkah masuk kedalam kedai barangan baby itu. Dia melihat satu bakul dah penuh barang baby yang dipegang oleh Aira. Tak sampai berapa minit.

B2:DIA ISTERI KAU[HOLD]Where stories live. Discover now