🎃 12 🎃

2.6K 239 21
                                    

author pov

"kau marah ke kami datang sini?" tanya Jin pada Aera.

Aera yang sedang menyuap bijiran dalam mulut terhenti.

"mana ada marah, aku lebih seronok korang datang sini, hilangkan rindu" jawab Aera.

"ouh? hee aku fikir kau marah" kata Hoseok.

"tak lah. oh ya, kejap lagi aku nak pergi keluar untuk terbit novel horror aku ni, korang duduk diam-diam kat rumah ni k?"

"okey!" mereka menjawab serentak, tapi hanya enam orang. Yoongi tidak menjawab.

"ikut?" Yoongi mengebil-ngebilkan matanya,

Tak pernah-pernah dia buat macam tu kat mata dia🌚

"kau nak ikut aku? ha boleh"

"EEEEE TAK ACI AH YOONGI DAPAT IKUT EEE NAK TENGOK SEOUL" Namjoon protes disitu.

"hahaha lain kalilah aku bawa kau k? seoul ni tak lari pun lah" pujuk Aera.

"deep."

"Hyung, kan kau boleh guna telepotasi." Kata Taehyung.

"Penat la guna natang tu. Kadang kadang salah port UHUHUHU"

*
*
*

Aera pov

aku memandu kereta dengan tenang.

Yoongi ditempat duduk sebelah dok tengok-tengok kat luar tingkap kereta.

"apa benda tu?"

"eung?" aku menoleh-noleh ke Yoongi. nasib baik lampu isyarat didepan telahpun bertukar menjadi warna merah.

jari putih gebunya ditunjukkan kesatu kedai yang menjual gula-gula kapas.

"laa natang tu pun tak kenal?"

"tak."

"itu namanya, gula-gula kapas"

"kapas? macam mana rasanya?"

"manis macam senyuman kau~" aku tersengeh-sengeh.

"manis macam senyuman aku? senyuman pun boleh rasa eh?"

alah bengapnya.

"rasanya manis, semanis gula"

"ouh. cakaplah macam tu"

"nak ke?"

"t-tak naklah"

aku tersengeh-sengeh.

nampak sangat dia nak, tapi tak nak ngaku.

TAK PERLU LAH KAU BERSELINDUNG LAGI.

aku memberhentikan kereta aku tepat depan kafe, kawan aku sudah tunggu disini.

Kawan aku yang mana? PA aku ler hihok.

"tunggu sini jap tau." pesan ku pada Yoongi.

aku keluar dari kereta lalu masuk kedalam kafe.

selepas beberapa minit, aku keluar semula dari kafe lalu masuk kedalam kereta.

Yoongi memegang sesuatu berwarna putih.

eh macam kenal..

"HUARGH PAD AKU!" aku merampas tuala wanita aku dari tangannya.

HADU.

"eleh bukannya aku ambik pun, aku nampak natang terselit kat bawah kerusi kau tu"

"yelah terima kasih! tapi tak perlulah pegang eee jatuh saham aku"

7 vampire  S1 + S2 ➳ BTS (end)Where stories live. Discover now