🎃 12 (S2) 🎃

352 56 2
                                    

Author pov

"kau tak rindu dia ke?"

Jimin yang sedang mengibas ngibas mukanya akibat kepanasan menoleh ke Jungkook.

jarang budak ni nak buka tajuk gini, biasanya nak cari gaduh aje.

"mestilah aku rindu Aera." Jimin tersenyum melihat beberapa bingkai gambar Aera dimeja television.

didalam gambar pertama, Aera sedang memegang bukunya yang baru sahaja diterbitkan bersama senyuman aedesnya.

yang kedua pula Aera nak hempok kepala Taehyung yang  buat muka buruk secara mengejut.

memang rindu Jimin pada Aera tak pernah luntur walaupun letak clorox.

"sepupu dia?"

ok yang ni Jimin suspicious.

"Haruki? kenapa kau tanya?" Jimin sengeh mengusik.

Jungkook apalagi, monyok la muka dia.

"tanya pun tak oleh."

"ngaku jela kau suka dia. BAPAK AH JENGGUK SUKA HARUKI. DULU HATI MATI SEKARANG CINTA BERPUTIK KEMBALI " Jimin makin mengusik dengan baik dan benar.

"AKU TAK SUKA DIA LA" Jungkook dah nak nangis dah akibat diusik terus menerus.

tiba tiba Taehyung muncul.

"HAA KANTOI JIMIN BULI BUDAK KECIK. YOONGI HYUNG ADA KES BULI KAT SINI." habis Taehyung report kat Yoongi yang baru balik jumpa awek.

"mana? kau jirus je dengan air panas. tak pun hajar sampai mampos." fuh Yoongi dah seotak dengan Taehyung.

Taehyung mengangguk lalu mendekati Jimin dengan tangan dia acah nak cekik anak orang.

"AMPUN AMPUN AKU TAK BUAT PAPE LA" Jimin dah takut nak lari mana pun tak tahu.

Jungkook ketawa puas.

tak lama kemudian Jin pula muncul.

"seronoknya korang macam takde masalah." kata Jin sambil perhati Taehyung dan Jimin nak cekik sesama sendiri.

saja perhati untuk tengok sape mati dulu.

"kita ada masalah ke?" soal Jungkook kebingungan.

"hyung, sebelum kau cakap apa apa lemme tell ya samting" kini Taehyung menjadi serius.

"eh apehal kau ni? ada apa?" Jin berdebar menantikan ayat dari Taehyung.

"Haruki nak pulang ke jepun."

"HUH? kenapa dia tak bagitahu aku?"

"aku pun tak tahu. dia panggil aku je tadi tapi aku bawa dua eko ni sekali supaya boleh jadi pembantu kelak."

Jin terdiam. otaknya mulai berfikir.

kenapa Haruki nak balik tiba tiba? dia dah tahu ke Aera dah takde? atau pun dia putus asa? apa kau nak buat ni jin ಠ_ʖಠ

"kalau macam tu biarlah dia pergi, mungkin dua tiga tahun nanti dia tahu sendiri la yang Aera dah lama meninggal." Yoongi memberikan idea pula.

"lepastu dia anggap kita penipu lah?" Jin memeluk tubuh dan menjeling Yoongi.

"bukan aku yang menipu, korang yang penipu."

beberapa minit kemudian Yoongi sedar yang takde siapa setuju dengan kata kata berlian dia. "demit."

"kalau kau tak menipu, kenapa kau tak bagitahu je dia?"

Jimin dan Jungkook menahan Jin yang dah mula nak gaduh dengan Yoongi.

Yoongi bangun dari duduk. "sebab-"

"BAGITAHU JELA KALAU KAU TAK NAK MENIPU. BAGITAHU JE" kaki panjang Jin dah dihayun hayunkan. dengan sarcasm dia yaallah.

Taehyung pula datang pegang kaki hyungnya.

"DUDUK DIAM DIAM LA HYUNG. JAPGI KAU SEPAK AKU PULA" rayu Taehyung.

"EH ADA APA NI WOI DRAMA PUKUL BERAPA NI" akhirnya orang yang tak ditunggu telah pulang, Namjoon ksksk.

Yoongi menggaru kepalanya. jarang dia blur masa intense macam ni.

tapi dia sebenarnya tak nak burukkan keadaan. dia tahu Jin ni kalau otak dia buntu semua benda dia berangin.

nak tak nak Yoongi pengsankan Jin.

Jin tersandar disofa tanpa kesedaran.

"WADUH KENAPA NI MAS" Taehyung mengoncang tubuh Jin yang tak bergerak sekutik walaupun dah dilempang lempang.

"jangan risau aku tak buat apa apa pun dengan dia." Yoongi duduk semula. lenguh kaki berdiri lama sangat.

"ada apa sebenarnya ni? aku ni dahlah baru sampai." dahi Namjoon berkerut.

"siapa suruh kau baru sampai." kata Yoongi dengan muka berperasaan.

jarang muka dia berperasaan ni. ini epic moment ni.

"sebab aku baru sampai?" Namjoon buat tangan macam 'duh' (kau tahu tak tangan mcm tu? AKU SELALU BUAT CAMTUAHAHAHAH)

++++++

ok dahhhhh kita sambung next chapter ye sebab dah limit HEHEHEHEHEHEJEH

VOTE NYE JANGAN LUPA BABAII (◍•ᴗ•◍)❤

7 vampire  S1 + S2 ➳ BTS (end)Where stories live. Discover now