Aera pov
kini, Kihyun betul-betul berdiri dihadapan aku.
aku masih nyampah tengok muka dia.
"Aera" dia memanggilku.
"apa?" aku menjawab acuh tak acuh.
"aku tahu kau marah sangat kat aku tapi kali ni, biar aku tebus segala kesalahan aku" jelas sekali nada suara Kihyun amat kesal.
aku memandangnya.
hati aku masih sakit lagi, Kihyun.
aku ambil cawan lalu menyuruhnya mengambilnya, dia dengan rasa bingung hanya ambil cawan itu dari tangan aku.
"pecahkannya" arahku tegas.
"mwo?" dia tak percaya dengan arahan aku.
"pecahkannya sahaja."
prangg!
akhirnya, cawan itu dihempaskan diatas lantai.
jatuh berhamburan dan hancur. (teringat lirik inu '))
"cakap MAAF dekat cawan tu" arahku lagi.
"maaf."
"ada cawan tu balik pada bentuk asalnya?" tanyaku.
"tidak"
"jadi macam tu jugalah kau hancurkan hati aku, hancur berderai dan tak boleh di balikkan semula pada bentuk asalnya dengan hanya mengucapkan kata MAAF" aku tersenyum sinis, sinis tapi terselit kesedihan.
aku capai secebis kaca yang sudah berhamburan diatas lantai, lalu aku genggam kaca itu sampai luka tangan aku. Kihyun terkejut akan tindakan aku.
"sudahlah hati aku hancur berderai, terluka pula tu" sambungku. aku tersenyum sinis.
wajahnya benar-benar menunjukkan rasa bersalahnya.
tiba-tiba sahaja memori pahit aku terimbau kembali.
Kihyun bersama seorang wanita yang berpakaian tak cukup kain, berjalan keluar dari kelab malam bersama. peluk pinggang sesama sendiri.
apa yang membuatkan aku marah gila sebab dia dah lamar aku jadi bini dia.
AKU BENCI MASA TU
UGH TAK NAK INGAT BALIK
ingin sahaja aku menjerit histeria, tapi aku tahan.
"nampaknya, kau takkan terima aku balik. tak apalah, Aera. kita berkawan sahaja mulai sekarang"
aku mengangguk setuju namun wajahku langsung tak berikan apa-apa reaksi.
"aku balik dulu"
hati aku sedikit berdesis.
emosi betul aku sejak dua menjak ni.
hmm.
Kihyun, aku minta maaf, aku tak boleh terima kau dah dalam hidup aku. kau hancurkan hati aku.
huf..
*
*
*"moody je. asal?" kata Hyerin.
"hmm" aku hanya mengumam, tak tahu nak jawab apa.
"hmm? apa maksud kau?"
aku menghembuskan nafas tak berminat. "tak ada apalah."
"k takpe. tak nak bagitahu takpe."
hai..
"siapa tu?" aku pandang kiri kanan, aku terdengar ada suara kata Hai kat aku.
YOU ARE READING
7 vampire S1 + S2 ➳ BTS (end)
Vampirodah tamat dah huehue . AMARAN!! CERITA INI ADA UNSUR UNSUR MENGARUT MINTAK AMPUN. JIKA ADA GENJALA MUNTAH MUNTAH, SAKIT MATA ATAU LOYA. PADAN MUKA. seorang gadis muda yang menulis novel seram telah pun kekeringan idea untuk menulis, jadi dia pergi k...