Malam pada hari kejadian itu...
Alisa masih memikirkan kejadian yang menimpa dia petang tadi. Dia menangis tak berhenti henti. Bukan sebab kena tampar atau apa tapi sedih sebab Nazmi bersangka buruk pasal dirinya. Selama ni selama dia mengenali Nazmi tak pernah pun Alisa bersangka buruk pada Nazmi. Seburuk mana pun Nazmi, Alisa tak pernah pun sampai sanggup nak memberikan kata kata yang menyakitkan hati seperti itu. Tapi nak buat macam mana mungkin salahnya dirinya juga kerana berdiam diri. Ya, baginya semua ni berlaku disebabkan oleh kesalahan dirinya sendiri. Alisa memang jenis yang tidak suka menyalahkan orang lain. Yang mempunyai dan menyimpan perasaan pada mulanya siapa? Dirinya juga, kan? Jadi dia tak boleh salahkan sesiapa selain dirinya.
**********************************
Nazmi rasa sangat bersalah dan tak tahu nak ceritakan pada siapa masalah yang dihadapinya. Sesetengah manusia ni tak boleh pendamkan masalah dan cara untuk rasa lebih baik dengan meluahkan perasaan mereka pada seseorang yang mereka percayai.
Nazmi terpikirkan Shahril. Ya, Shahril mungkin boleh membantunya mengurangkan rasa stress dalam dirinya walaupun kadang-kadang Shahril ni jenis yang sangat direct dalam menegur.
Sekarang ni Nazmi dalam perjalanan untuk berjumpa dengan Shahril untuk meluahkan masalah dia.
Petang itu (Flashback)...
*bunyi nada dering telefon Shahril*
"Assalammuaikum Ril, kau tengah buat apa tu? busy tak?"
"waalaikummussalam tak busy pun sekarang ni. awatnya ni Nazmi? Jarang kau contact tetiba camni. "
"aku stress lah rasa bersalah gile. Jom lepak malam ni jap. Aku belanja semuanya. "
"ok boleh je. Aku teringin doe shawarma kat tempat biasa kita selalu gi tu. hahaha"
"kau ni kan. Haish. haha. boleh je. Jumpa malam ni dalam kul 9."
"okay bro"
**********************************
"yo bro, apahal nya ni kau tetiba je ajak jumpa aku ni?"
"kalau ye pun order lah shawarma kau dulu"
"okay"
Shahril dan Nazmi pun mengorder makanan dan minuman pada pelayan restoran arab di tengah bandar kl.
" sebenarnya aku nak cerita masalah aku ni. kau tahu sebenarnya aku kiranya in complicated situation. Aku kan baru je clash ngan Fatin tahun lepas. sekarang ni aku stuck pula dengan seorang perempuan ni tapi aku bodoh pulak gi sakitkan hati dia. tapi aku tak sengajalah sebab aku terlalu cemburu sampai terprasangka buruk pulak pada dia"
" weh kau tak pernah cerita pulak kau ada sukakan seseorang semenjak kau clash ni? lambat pula kau nak bagitau aku ni Nazmi. sampai hati tak bagitau. Dulu , time aku ada something dengan Mimi pun aku bagitahu kau hahahaha. Kau buat aku rindu pulak kat Mimi. Long distance relationship ni menyebabkan aku rindu selalu pulak huhuhu"
Shahril sebenarnya ada hubungan istimewa dengan Mimi. Kiranya Mimi 'couple' dengan Shahril. Mimi , Shahril, Alisa dan Nazmi dulu sama kelas.
" Sorrylah. "
"oh ye siapa doe yang kau suka ni? aku kenal ke?"
"Alisa lah Nazmi"
"whattttttttttttttwhattttttttttttt? what the heck! seriously Nazmi. aku benci kau!"
"kau pehal tetiba benci aku ni. Aku luahkan kat kau supaya kau dapat calmkan aku. Tapi kau marah pulak kat aku "
"mana tak aku marah. Alisa kan kawan kita. Mestilah aku agak bengang. Kau tak tahu ke? Haritu yang bagi suprised masa birthday kau tu dia punya kerjalah!! Aku tipu je aku kata aku yang punya kerja!"
"seriuslah? nape kau tak bagitau awal awal!"
" dia yang tak nak kasi kau tahu dia yang bagi surprise kat kau"
"lagi lah aku berasa bersalah Ril. bodoh juga aku ni. punyalah aku sangka buruk kat dia"
" dahla jangan la rasa sedih sangat. yang lepas lepas lah. sekarang ni kau treat lah dia bebaik. apa kata kau mesej dia ke bagi dia kurang sedih. Perempuan ni kau tahu jelah. Cepat terasa. Kau bagi sikit mesej tanya khabar pun sure dia happy punya. "
"ok bro. thanks alot"
"tapi aku tak sangka doe dia minat kat kau. aku pun bengap tak dapat agak yang dia suka kat kau. Patutlah nak buat surprise bagai." dia pun tepuk dahi kepalanya.
"kau pun satu bengap juga. Dua kali lima je kita ni hahahahha"
"ahahhaha"
Mereka berdua pun sambung berbual mengenai perkara lain. Nazmi berasa agak lega setelah meluahkan masalahnya pada Shahril.
***************************************************
Di bilik..
Alisa sedang baring di atas katilnya sambil memeluk bantal peluknya.... Sudah puas menangis..
*bubble ringtone*
"Assalammualaikum Alisa.. tengah buat apa tu? harap awak ok... pipi awak bengkak tak? :') "
"waalaikummussalam .. Alhamdulillah ok. cuma bengkak mata. "
"oh yeke? kenapa bengkak mata?"
"hmmm ntahla"
"mesti awak dah nak tidur dah kan. Sorrylah ganggu"
Alisa is typing....
Alisa off kan wifinya supaya dia tak nampak online dan is typing.
Agak lama Shahril menunggu balasan dari Alisa. tapi masih tak balas lagi.
1 jam kemudian..
"Nazmi saya kan ada bagitahu sebelum ni nak be honest kat awak. so sekarang ni saya nak luahkan lah apa yang saya rasa. mungkin awak tak dapat nak rasakan apa yang saya rasa tapi ni apa yang saya rasa. saya memang suka kat awak sejak kita sekolah lagi tapi saya tak menganggap itu serius tapi setelah bertahun tahun dan dapat jumpa lagi setelah belajar di universiti saya dapat merasakan yang awak satusatunya untuk saya. ya itu hanyalah expectation bila kita crush kat seseorang. saya akui saya selalu pandang awak dari jauh. maaflah mungkin awak anggap saya macam stalker tapi itu jelah saya buat kalau saya rasa rindu. bila saya dapat tahu awak dah berpunya saya terima sahajalah sebab saya siapa je bagi awak,kan? lagi kuat untuk saya pendamkan perasaan saya pada awak. tapi saya jenis susah nak suka kat orang lain. Entah kenapa even awak reject saya pun saya tak dapat nak moveon. mungkin sebab saya selalu ternampak awak. Tapi awak ingatlah even saya bukan milik awak pun atau tiada ada jodoh kita berdua saya harap awak berbahagia dengan sesiapapun . Bagi saya bila awak berbahagia, saya akan turut berbahagia. Jadi saya haraplah sekiranya perasaan yang awak ada pada saya ni bukan sebab saya telah luahkan perasaan saya pada awak sebelum ini. Awak, faham kan? Apa apa pun kalau kita ada jodoh inshaAllah Allah menemukan kita berdua. Saya sekarang minta kat awak kalau awak benci pada ex awak , awak jangan benci sangat. Maafkanlah dia. Mana tahu jodoh dia dengan awak? kita mana tahu? Itu je yang saya nak luahkan. Lagipula saya taknaklah menagih kasih dari awak sebab bagi saya kasih itu dapat dirasai oleh seseorang yang kita sayang bila kita dah halal. at the same time saya nak redha Allah. sebab itu saya fikir saya tak boleh sangat mesej awak. ni kalau bagitahu lebih pun takut pula terlebih lebih. Macam panjang sangat pulak da. Terima kasih kerana sudi baca. Minta maaf kalau saya ada tersalah dan tersilap kata"
Alisa menaip mesej ini dengan menitiskan air mata. Tapi manalah Nazmi tahu, kan? menulis mesej adalah the best way bagi seorang perempuan supaya tak tahu pun keadaan ketika dia menulis semua ini.
Akhirnya Alisa membalas.
Perasaan Nazmi ketika membaca tak dapat nak digambarkan. Hanya Allah je yang tahu.
" Terima kasih Lisa atas luahan awak. I really dont know what to say. Tapi satu je saya nak cakap. Terima kasih atas surprise yang awak bagi masa birthday saya haritu. Terima kasih banyak banyak. saya tak sangka."
*bersambung*
YOU ARE READING
Asal Kau Bahagia
RomanceMenceritakan kisah seorang gadis yang ingin membahagiakan semua orang yang dia sayangi. Cerita ini tiada kena-mengena dengan yang hidup ataupun yang mati.... jika ada yang sama mungkin hanyalah kebetulan. Inspired by lagu Asal Kau Bahagia by Armada