"Cinta yang sebenar itu wujud ke?"
"Aku tak percayakan cinta. Aku takkan sukakan sesiapa. Ya! Aku takkan!" kata Alisa setelah melihat banyak drama orang putus cinta. Cinta tak terbalas dan curang mencurangi yang berlaku pada kawan dan orang sekelilingnya.*Didalam kelas*
"Mimi, jom pergi TS jejalan sabtu ni?"
" Nak buat apa doe Lisa, malas lah aku. Lagipun aku mane duit sangat ni. Seciput je ni. Kalau kau belanja takpe gak"
"Ala, aku belanjalah tapi transport kaulah sendiri. Haha."
"Kau ni ajak, semualah kau yang belanja"
"😌"
"haha maen maen jelah. Aku takkan jahat sangat suruh kau bayar semua. Ok jom la kalau camtu."
"yess thanks Mimi. Kul 12 ok tak. Jumpa kat lrt Ampang?"
" No problem."*Hari Sabtu*
Kul 11:30 tghari.
Alisa jenis terlebih punctual. So dia tunggu lah kawan dia..Kul 12:00.
"eh, mana mimi ni? Tunggu jelah."
Sabar itu separuh iman..10min..20min..30min..
Kul 12:30
"lisaaa,sorry tadi bas terlambat"
"emm takpelah jomlah".......................
Alisa dan Mimi berjalan jalan di shopping mall Berjaya Times Square sambil berpimpin tangan. Mereka berdua berkawan rapat sejak kecil lagi dan amat akrab. Masing-masing kenal kelemahan dan kekuatan masing-masing.
"mimi, kau nak makan apa?"
"aku teringin big maclah. Jom makan kat mekdi jelah."
"boleh gak".....................
"lisa, kurang kan makan kentang, banyak kalori tu"
"emmm aku tak suka membazirlah. Kena habiskan semua ni"
"haish kau tu perempuan kenalah jaga badan sikit"
"kau ni kan. At least kat umah aku workout tau. Kau ado?
" err.. Takde. Hahahahahaha"
"Dahla. Time makan makanlah."
" ok comel"Selesai berjalan, shopping dan makan..
Mereka berdua berjalan kaki ke stesen lrt untuk menaiki lrt. Mereka takut ketinggalan keretapi jadi mereka pun berjalan laju. Tapi malangnya Alisa tak perasan ada serpihan kayu kat depan dia. Tanpa sengaja, dia terlanggar dan terjatuh. Kakinya terkehel.
"Aduhhh sakitnyaaa, mi"
"Eh, kau okay ke tak ni"
"Aku rasa okay kot. Takpelah kita jalan jelah"
"kau biar betul ni"
" betul aku rasa ok kot"
Alisa cuba untuk berjalan...
"ouch"
"weh aku rasa kau kena naik teksi balik umah terus ni"
"takpelah aku boleh jalan lagi ni."
Alisa tekad jalan kaki sebab dia tak nak susahkan sesiapa. Dan waktu tu dia dah takde duit sebab menghabiskan duitnya belanja kawan dan shopping.Alisa pun jalan dengan perlahan menahan sakit dari TS ke stesen LRT Hang Tuah. Bayangkan dalam keadaan panas dan berpeluh dengan sakitnya dia berjalan ke sana. Semua orang yang berjalan sekelilingnya memandang pelik Alisa. Tapi Alisa buat tak tahu sahaja.
Kaki Alisa menjadi warna biru dan ini membimbangkan dirinya.
"weh Lisa nanti apa apa bagitahu la aku ok"
"okay"Setelah sampai ke rumah nya..
"Ya Allah Lisa apa dah jadi ni? Kenapa biru kaki kau ni? Kenapa tak call daddy kau jatuh?
" aah Lisa nape tak call mama? "
" Lisa taknak susahkan mama dan daddy"
"kalau teruk ni macammana? Jom pergi hospital"Alisa dibawa ke hospital dan dibawa ke bahagian kecemasan. Disebabkan kakinya yang biru membengkak dan sakit dia terpaksa memakai kerusi roda.
"Alisa, awak jatuh macammana? Saya tengok xray awak ada retak sikit pada tulang awak. Teruk sangat ke jatuh nya?"
" sebenarnya doktor, saya terpeliot sikit je. Mungkin sebab saya still jalan juga saya kaki saya bengkak"
" Awak tak sepatutnya berjalan Alisa. Awak kena terus balik naik kereta dan tuam kaki awak ni dengan ais. Awak nak tak saya simen kaki awak? Sebab bila simen penjagaan kaki lebih baik dan bengkak serta retak tu akan sembuh kembali"
" Okay doctor. Saya rasa simen lebih baik."
" Okay nanti saya bagitahu bila masa dan tarikh untuk kaki awak disimen"
"Baik doktor. Terima Kasih"So Alisa sebulan hadap kaki nya yang bersimen. Alhamdulillah lah time dia kena simen sebulan tu cuti akhir tahun sekolah. Alisa berumur 16tahun. Dan tahun hadapannya dia bakal menghadapi SPM.
Alisa berasa bosan. Sebulan dia terperuk dalam rumah. Beratnya makin naik dan asyik duduk hadapan laptop sahaja sebab itu jelah yang boleh dia buat. Tengok drama, anime, main game, baca manga, dan sebagainya. So, tiba lah masanya untuk Alisa buka balutan simennya itu sebelum memulakan sesi persekolahan yang baru."Alisa, doktor tengok kaki awak masih retaklah. Jarang saya tengok kes begini. Saya ada tengok history awak dalam data hospital. So, awak ada buat banyak temujanji klinik pakar ya? Haemotology, Paediatric, orthodontics, ENT, etc. Awak ada ikut appointment lain ke kat hospital lain? "
" ya doctor. Tapi dah berhenti. Paediatric kat Hospital Kuala Lumpur."
"so banyak test dah buat lah? doktor pakar sana diagnose awak sakit tulang?"
"ya doctor."
"kalau macamtu saya buat appointment untuk awak further diagnose dan rawatan susulan di Orthopaedics boleh?"
"😌. Boleh doctor. Takde masalah"Kaki Alisa masih sakit tapi kurang banyak sakit dari sebelumnya. Tiba masanya Alisa untuk mengambil buku teks sekolah. Dia rasa macam takut pula memulakan tahun baru dengan keadaan macam tu. Tapi alhamdulillah first day dia menyarungkan kasut sekolahnya kaki, dia tak berasa sakit. Cuma dia perlu berhati hati supaya tak jadi apa apa. Jadi setiap kali PJK dia takkan main dan duduk sahaja di tepi.
......................
Sejak dari kecil Alisa selalu sakit tapi Alisa tak pernah putus asa untuk meneruskan hidupnya sebab dia pikir mama, daddy dan keluarganya. Baginya familylah syurganya, tempat bermanja, tempat bergembira, dan sebagainya. Dia tak suka bergaul dengan lelaki dan menganggap lelaki luar sana ni bahaya untuknya.
Hari berganti hari dia meneruskan hidupnya. Kadangkadang sakit tulangnya menjadi jadi sehinggakan dia tidak boleh bergerak langsung. Dia pernah terpikirkan...
"aku ni boleh hidup lama ke?"
"aku boleh sambung belajar ke?"
"kenapa aku yang dapat penyakit ni, nape tak orang lain?"Disebabkan itu dia berasa dia lemah dan rasa tidak mampu membantu orang lain. Jadi dia tekad untuk berusaha sebaik mungkin dan menolong orang lain dari segi memberi kewangan, memberikan pertolongan yang ringan, jaga hati orang lain dan sebagainya...
Flashback... Ketika Alisa berumur 14 Tahun.
" Alisa...setelah kami membuat chromosome test di Australia dua kali, didapati awak normal tapi doktor telah lihat banyak simptom yang awak ada satu penyakit ni. Awak ada penyakit tulang. Nama penyakit awak "xxxxxxxx". Tulang awak rapuh dan awak tak boleh berlari. Awak tak boleh bermain lasak. " blabla doktor memberikan penjelasan tentang penyakit secara biologi secara fizik dan sebagainya. Budak umur 14 tahun itu mengangguk. Walaupun dia umur 14 tahun dia faham dan tidak bodoh. Buku tebal yang ditunjuk oleh doktor padanya dalam bahasa inggeris cuba untuk dia faham kan.
Dengan matanya yang bergenang air mata. Dia cuba menahan.. Dia berkata...
" Doktor, boleh ke saya jadi doktor dah besar nanti?"" eh mestilah boleh. Awak kenalah rajin belajar. Jaga kesihatan."
"ok doktor."
"baiklah lisa awak boleh balik. Awak pergi nanti di kaunter untuk temuduga selanjutnya."Dia menangis teresak esak selepas keluar. Mamanya tidak tahu dia menangis. Dalam banyak sakit sakit yang di hadapinya dia akan menangis tanpa dilihat adik beradiknya, mama dan daddynya. Ya hanya tuhan sahaja tahu keperitan yang dihadapi olehnya...
" weh kau ni bahaya ni dah besar nanti. Susah kalau pregnant. Takut patah tulang je. Kau nak kahwin ke?"
Dalam hatinya ni sangat sedih. Cuba menahan tangisan.
"takpelah lisa taknak kawin pun. Janji boleh sambung study n kerja n tolong mama n daddy."
Sepanjang dia hidup sehingga lah umur nya belasan tahun soalan itulah yang menyedihkan hatinya. Perasaan untuk tidak mahu kahwin menjadi lebih kuat dan menguncikan hatinya untuk jatuh cinta dengan lelaki.

ANDA SEDANG MEMBACA
Asal Kau Bahagia
RomansaMenceritakan kisah seorang gadis yang ingin membahagiakan semua orang yang dia sayangi. Cerita ini tiada kena-mengena dengan yang hidup ataupun yang mati.... jika ada yang sama mungkin hanyalah kebetulan. Inspired by lagu Asal Kau Bahagia by Armada