*Nazmi bangun dari tidurnya*
"ouch, peningnya kepala aku"
"mi, what the hell happened to you? Aku jalan je tepi ni nampak kau dah passed out kat tepi. Kau ada minum ke?"
"the hell kau, aku minum jus tembikai je la. Tapi lepas aku minum tu aku rasa lain macam doh. Tak ingat langsung apa-apa. Yang aku ingat aku jumpa satu awek ni lawa dan baik orangnya. Hahaha."
" aku syak kau kena spiked ni."
"siapa nak spiked aku gileeee. Aku bukan buat ape ape pun... Jap, aku rasa mamat semalam tu laaaaa. Tak pasal pasal aku melepas awek tu. Damn. Tapi kan aku nak sangatlah jumpa awek tu lagi. Maybe boleh jumpa lagi dia, kan?"
"itupun kalau dia datang sini lagi. Jap, nak senang tahu apa kata kau bodek pekerja kelab yang register awek tu? Kau kan rapat ngan dia?"
"ha'ahlah betul gak idea kau tu. Tak terpikir lak aku. Hahaha.. Bijak gak kau ni!"
"well, you know me. Even aku bukan student university macam kau aku boleh pikir jauh beb! Weh Mi, kau takde kelas ke? "
"aku takde kelas rini. Takpe sem ni aku just focus more nak buat fyp. Aku ingat lepas ni memang takleh nak keluar sangat malam. Banyak gila assignment. Aku hold sekejap sebab banyak group assignments. Aku biar groupmate buat kerja dorang dulu. Alaaaa kalau aku cerita kat kau pun bukan kau nak ambil tahu, kan? "
" haha, yela ape ape jelah kau. "
***************************************
*Nazmi balik ke hostel*
Ashraf, kawan sebiliknya sedang menunaikan solat sunat Dhuha.
Dia melambungkan badannya ke atas katilnya yang empuk. Kepalanya dikaki katil manakala kakinya dikepala katil. Dia teringat kan Nelly gadis semalam itu. Perasaannya bercampur baur bila teringatkan Nelly.
"apahal aku dok teringat kat dia ni. Sakaiiii tul lah" Nazmi berbisik dengan dirinya tapi boleh didengari orang lain yang berdekatan dengannya.
"ehemm" batuk buat buat oleh Ashraf.
"hai Nazmi baru balik ke? Kau dari mana?"
"ala macam biasalah. Tak perlu tahu pun takpe"
"takdelah, aku kan roommate kau.. Mestilah nak kena prihatin sikit pasal kau.. Aku sebenarnya nak terus teranglah kat kau.. Aku tengok kebelakangan ni kau macam pelik je. Keluar malam balik pagi. Kalau buat business takdelah sampai macamni. Kau ada masalah ke? Cer cerita cer cerita. Aku ok je. InshaAllah kalau ada masalah aku boleh tolong"
"Aku.. Hmm.. Aku .. Takyahla cerita. Takde pape pun."
"ala ceritalah.. Weh..... kau dengan aku dah 3 tahun lebih jadi roommate. Tak pernah kau hides problems kau sebelum ni, Mi? Like I said i will try untuk tolong kau solve problem kau.
" emm okay.. Aku rasa kau pun dah tahu.. Aku kan dah breakup dengan Fatin. Jadi aku rasa macam lifeless so aku cari cara untuk lupakan dia dengan buat macam macam.."
" aku perasan tu, Mi. Aku terus teranglah eh. Aku bukan nak judge kau doh. Tapi malam malam aku nampaklah video apa kau tengok. Aku tak sangka kau selalu layan benda macam ni.. Sorry aku buat buat tidur.. Kalau boleh stop lah weh. It's for your own good too. Aku rasa better kau banyak buat senaman, pergi gym ke, tough badan sikit. And, banyak kan lah berzikir, solat taubat, dekatkan diri dengan Allah.. InshaAllah hati kau akan tenang beb. Aku support kau je...By the way, kau gi mana malam malam balik pagi? "
" mmmkay.. aku akan cuba. Tapi macam susahla. Kau mungkin boleh cakap jelah sebab kau tak kena macam apa yang aku kena. Kau budak baik weh. Aku budak biasa je...Err, Ashraf... aku sebenarnya gi kelab malam. "
" apa? Ya Allah, kau biar betul Mi.. weh setahu aku kau bukan budak biasa Mi. Kau anak mak kau. Anak harapan mak kau Mi.. Tolong.. Jangan bagi mak kau sedih.. Kau contact lah selalu mak kau.. Mungkin kau akan jauhi maksiat ni bila kau selalu contact dia.. Mana tau... "
" yelah ashraf.. Nanti aku contact mak aku. Thanks sebab bagi nasihat kat aku. Doa doakan lah. "
*****************************************
Malam tu mungkin kali terakhir Nazmi ke kelab malam. Jadi dia membuat keputusan untuk berjumpa dengan lelaki yang berkemungkinan spiked jusnya. Nazmi membawa sekali gengnya sekiranya berlaku apa apa.
Dia juga ingin jumpa Nelly kalau kalau Nelly ada malam itu dan ingin bertanya pada kawan kelabnya yang bekerja di situ mengenai Nelly...
Dapatkah Nazmi mengetahui bahawa Nelly itu adalah Alisa?
Bersambung.......
YOU ARE READING
Asal Kau Bahagia
RomanceMenceritakan kisah seorang gadis yang ingin membahagiakan semua orang yang dia sayangi. Cerita ini tiada kena-mengena dengan yang hidup ataupun yang mati.... jika ada yang sama mungkin hanyalah kebetulan. Inspired by lagu Asal Kau Bahagia by Armada