Bab 10

22 1 0
                                    

Jam menunjukkan 9 malam.

*Bubble ringtone*
Menunjukkan whatsapp Alisa mendapat mesej yang baru.

*Daripada nombor yang tidak dikenali,

"Assalammualaikum ni Alisa ke?"

"Waalaikumussalam ni siapa ye?"

" Ni Alisa ke?"

" Ye saya Alisa. Ni siapa ye?"

"Ni Ashraf. Awak kenal tak?"

"Ashraf mane eh? Tak pastilah. Ada apa ye contact saya?"

" Ashraf student fakulti kejuruteraan. Rasanya awak tahu kot saya. Saya selalu nampak awak kat kafe"

" oh yeke. Ok. By the way, awak kenal Nazmi tak?"

" Nazmi? Yang saya tahu yang amik kos Electronic engineering tu eh?"

"Ha'ah."

"Tapi saya tak rapatlah ngan dia. Camne awak kenal dia?"

" kawan sekolah saya."

"oh patutla. Kalau macamtu, saya nak kenal ngan awak boleh?"

" kenal as kawan boleh la kot. Ke ada niat lain?"

"of courselah kawan. Tapi saya nak tanyalah. Awak ada sesiapa ke sekarang ni?"

"maaflah kenapa tanya soalan tu tetiba? Baru je nak kenal, kan?"

"yelah mana tau awak da berpunya. Nanti marah pula dia saya kacau awak"

Alisa tak balas. Lisa tahu mesti ada sebabnya lelaki ni mesej dia.

*******************

FLASHBACK

" weh Nazmi kau perasan tak ada pekerja lab dekat fakulti sains dan teknologi yang aku dok usha kat kafe sebelum ni?"

"hah sape pulak kau dok usha ni? Kau ni mana tau milik orang."

"eleh kau jealous lah tu. Ala aku nak try lah orang baru. Kau dah clash ngan Fatin, kan nape tak cari yang baru?"

"kau ni boleh tak jangan cerita pasal Fatin lagi?"

"sorry bro. Silap lak sebut nama dia."

Tiba tiba... Ashraf berkata..

"Weh tu dia weh yang pakai baju purple tu!"

" yang mana satu ni?"

Ashraf menunjukkan jari telunjuk nya ke arah Alisa.

"tuuuuuu"

"tak nampaklahh. Yang mana ni?"

"tuuuu laaa butaaa"

"woi tu kawan akulah. Takyahla kau kacau dia."

"oh so kawan kaulah? Ala bagi la chance kat aku kenal dia"

"weh dia budak baiklah. Tak sesuai ngan kau. Kau ni. Ish tak sesuai lah"

"pandai lak kau menganjing aku. Aku tak peduli. Weh, mesti perempuan sebelah dia tu kawan dia, kan? Aku nak minta nombor lah kawan kau tu dari kawan dia."

"woi takyahlaaaa"

Tapi Ashraf berdegil nak pergi juga.

Yang pelik akhirnya Ashraf berjaya mendapatkan nombor telefon Alisa.

***********************

Alisa mendapat mesej whatsapp dari Ashraf sekali lagi walaupun tidak dibalas sebelum ini.

"maaflah Alisa tibatiba je tanya. Saya sebenarnya nak kenal ngan awak. Boleh la ek"

"maaflah saya tak boleh la. Hati saya ada orang lain."

"kalau macamtu boleh saya tahu siapa? Saya janji takkan ganggu awak lagi"

" Nazmi"

Muka Ashraf berubah setelah membaca whatsapp nya yang tertulis nama coursemate nya itu.

"ohhhh patutla kau tak bagi aku mesej dia. Rupanya kau curi hati dia. Tak guna" bisik Ashraf.

" aku paling benci orang yang tak jujur ni. Baik aku tanya Nazmi apa hubungan dia dengan Alisa. Maybe Alisa je kot yang terhegeh kat Nazmi. Boleh la aku tackle Alisa. Apa aku kisah. Hati manusia kan boleh berubah"

******************

Dalam kelas......

"Nazmi, kau kata Alisa kawan sekelas kau, kan?"

"ha'ah nape Acap?" panggilan bagi Ashraf yang pendek kerap dipanggil Nazmi dan kawan-kawannnya.

" takdelah aku nak tau je kau ade pape ke ngan dia. Sebab haritu kau ade cakap dia mungkin da berpunya"

"errr aku tak tau doe. Tapi better kau takyahla"

"eh apsal pula? Kau ni suke hatilah aku nak tackle dia.

"aku memanglah takde pape weh ngan dia. Tapi as kawan mestilah aku nak jaga dia"

"wowww kawan jaga kawan wehhh."

"jap, apa masalahnya? Aku dah kawan ngan dia lama dah. Kau ni kalau nak main kan perempuan kau janganlah dekat ngan dia. Tu je please"

"Dahla malas layan kau. Bye"

******************

Ashraf ada idea yang boleh buat dia dekat dengan Alisa.

" hey Fatin, weh kau busy tak sekarang ni?"

" tak sangat. Nape?"

"kau haritu aku dengar putus tunang dengan bakal suami kau kan?"

"weh camna dan dari mana kau tau ni acap? "

"kau tau jelah mulut orang. Kalau tersebar memang cepatlah benda mcmni"

"nak buat camne kan. Aku rebel ngan ayah aku kali ni. Aku nak balik ngan Nazmi tapi haritu dia reject. Rasa macam sedih gila. Tapi aku still takleh moveon."

"kau nak aku tolong kau ke?"

"kau nak tolong aku macamne?"

Mulalah perbualan yang serius antara mereka berdua mengenai idea dan plan untuk kepentingan masing-masing. Disebabkan oleh rasa cemburu, rasa dendam dan sebagainya manusia sanggup memperlakukan sesuatu untuk memuaskan hati......

*bersambung*

P/s: sekiranya ada adegan yang menyalahi dari segi agama minta maaf dan ini hanya rekaan semata mata. Yang baik ambillah dan yang buruk jauhilah. Moga Allah ampuni segala dosa kita.

Asal Kau BahagiaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang