Alisa telah berjumpa dengan kak Badariah sebelum berlakunya kejadian Alisa menolong Ashraf.
Kini Alisa berasa tenang sedikit bila meluahkan perasaannya pada Nazmi.
Sekarang ni Alisa hanya mampu berserah pada Allah. Kalau ada jodoh adelah kalau tiada redha sajalah. Semuanya ada hikmah apa yang berlaku.
Hari berganti hari Alisa bekerja macam biasa. Kadangkadang terserempak dengan Nazmi. Tapi mereka hanya senyum atau buat buat tak tahu sahaja.
Ashraf menganggap mereka berdua tidak mempunyai apa apa hubungan dan Ashraf berasa comfort.
Jadi, Ashraf telah mencuba macam macam cara untuk mendekati Alisa. Tapi malangnya tidak berjaya sebab Alisa menyibukkan dirinya dengan kerja, dengan family dan mula mengikuti kelas tafsir alquran. Jadi dia tidak mempunyai masa untuk melayan Ashraf serta memikirkan benda lain selain daripada yang sepatutnya.
Nazmi memahami apa yang Alisa luahkan padanya sebelum ini jadi Nazmi menghormati keputusan Alisa. Nazmi pun belum bersedia dan dia pun sibuk dengan kelasnya dan projek akhir tahun nya. InshaAllah dia akan graduate tahun ini.
Sebenarnya Nazmi bertekad dan cuba merancang kehidupannya. Walaupun Nazmi nampak macam buat tak endah tapi dalam hatinya dia semestinya dia mahu memiliki Alisa. Mengikut apa yang dirancangnya, selepas habis sahaja pengajiannya dia akan cari kerja secepatnya untuk mengumpul duit bagi membantu keluarganya dan masa hadapannya. Untuk berkahwin semestinya memerlukan perancangan yang baik. Apa apa pun semuanya kena berserah padaNya.
Fatin kebelakangan ini tidak lagi mengejar Nazmi sebab dia rasa bersalah setelah diberi nasihat oleh pensyarah agamanya ketika di dalam kelasnya.
Belajar agama tidak semestinya dapat fahami dengan hati dan tidak semestinya dapat diamalkan. Ramai orang hanya menuntut ilmu untuk mendapatkan habuan lain. Bukan kerana Allah swt. Timbalah ilmu keranaNya. Memahami dengan betul dan mengamalkannya bukannya mudah. Jadi apa yang penting dalam mendalami sesuatu ilmu gunakanlah akal dan hati kita. InshaAllah dapat diamalkan. Dan paling penting ikhlas dalam mengamalkannya.
************************
"Alhamdulillah akhirnya dapat juga aku siapkan dan hantar tesis ni!!!" bisik Nazmi setelah menghantar 3 set tesisnya di pejabat fakulti kejuruteraan USIM
Apalagi dengan gembiranya Nazmi mengupload gambar tesisnya ke dalam aplikasi Instagram.
Dalam Ig Nazmi..
Gambar: Tesis
Alhamdulillah dengan berkat doa mak abah dan orang orang yang tersayang, sokongan dan dorongan mereka, akhirnya berjaya menyiapkan tesis. #roadtoconvothisyear #USIM
Alisa turut gembira apabila mendapat tahu bahawa Nazmi telah pun berjaya menghabis kan tesisnya. Macam biasa ucapan tahniah untuk cintanya hanyalah dihatinya sahaja.
"Tahniah Nazmi sebab berjaya siapkan tesis. Bukan mudah kot. Alhamdulillah semmoga dimudahkan urusan untuk awak convo nanti" bisik Alisa di dalam hatinya.
Banyak komen diberikan kepada Nazmi di dalam Ignya. Ni baru gambar tesis belum lagi gambar konvonya. Mungkin lagi banyak komen dan likes.
******************************
"Nazmi" Fatin menyapa Nazmi.
"ye apa dia?"
"Actually i'm not here nak cari gaduh ke apa. Nak cakap sikit boleh tak?"
"emm boleh je. tapi jangan lama lama sangat. Aku ada hal lepas ni. So, apa dia?"
" Like i said i don't want to get a fight. Tapi nak minta maaf kat u. I'm really sorry if I hurt you or say bad words to you before this. To be honest I was not redha what really happened to us before. But Alhamdulillah now I already redha dan move on. "
"......"
"And you know what? I bertunang balik dengan bekas tunang I. Maybe jodoh I dengan dia kot. And thanks for everything you did for me. You berkorban untuk I for the sake of me and my family. Thank you again. I hope you berbahagia dengan pilihan you. and doakan juga for me as well."
"Aku dah lama maafkan kau Fatin. So kau jangan risaulah. Okay inshaAllah aku doakan semoga kau berbahagia dengan jodoh kau. thanks. by the way, kau kan pernah cakap buruk pasal Alisa dan tampar dia.. kau dah pergi ke minta maaf kat dia?"
" err belum lagilah Nazmi. Segan kot. Maybe after this inshaAllah will do"
"pergilah minta maaf kat dia okay?"
"okay.. btw ni i nak bagi kad undangan perkahwinan I dengan tunang I. Nah, i hope u can come to my walimah with Alisa."
"wow cepatnya. Thanks sebab ajak. itu aku tak janjilah Fatin. tapi inshaAllah aku akan datang"
"aku tak kisah kau kena bawak gak dia. haha. oklah i guess it's time to go. So nazmi, i ll go first. bye"
"okay. thanks sekali lagi sebab ajak aku..bye Fatin"
Akhirnya masalah diantara Fatin dan Nazmi telah selesai.
Fatin bakal mengahwini dengan tunangnya selepas menghabiskan pengajiannya. Kiranya dalam 6 bulan kemudian. Sekarang bulan 5.
*********************************************
YOU ARE READING
Asal Kau Bahagia
RomanceMenceritakan kisah seorang gadis yang ingin membahagiakan semua orang yang dia sayangi. Cerita ini tiada kena-mengena dengan yang hidup ataupun yang mati.... jika ada yang sama mungkin hanyalah kebetulan. Inspired by lagu Asal Kau Bahagia by Armada