Bab 37

22 0 0
                                    

Nazmi tidak lama lagi bakal menghabiskan semester terakhirnya.

Ashraf: so, Mi camne kisah kau dengan Alisa yang minat kat kau tu?

Nazmi: takde pape pun. Aku pun malas lah nak pikir. Dia busy dengan life dia. Aku busy ngan life aku. Yang penting settlekan exam...

Ashraf: aku tanya je. Kot kot ada peningkatan or something happen between korang berdua..

Nazmi: aku taktahula. Tak expect apa apa pun. Mak aku pula kau tau ke... dia nak kenankan dengan pilihan dia. Aku serious tak tahu siapa.. Boleh buat pilihan, kan..

Ashraf: seriously? Mak kau? Kau ni buat buatlah cara macam nak tau sangat siapa dia. Bolehlah bandingkan dengan dia tu dengan pilihan mak kau. Tapi, kau tahu Nazmi. Kau kena pilih 4 ni. Agama, keturunan, harta dan kecantikan. Kau nak dengar tak... sebenarnya kalau agamanya baik dah 1,tapi yang lain kira nol (0).contoh nya agamanya baik, kalau ditambah keturunannya yang baik jadi 10, tambah harta jadi 100 dan lastly tambah kecantikan dah jadi 1000! Tapi kalau takde agama hanya ada keturunan, kecantikan dan harta jadi 0 semuanya.. So, pilihlah yang terbaik. Kau boleh pilih. Dan paling penting dia bila boleh terima kau seadanya.. By the way, kau nak perempuan baik, kau kenalah jadi baik. Janganlah pulak nak terbaik padahal kau macam... Kau paham, kan Mi? Hahahhahaha

Nazmi: yelah yelah. Nantilah aku tanya pasal tu. Itupun kalau aku ingat lah. Hahaha

Ashraf: ikut kaulah. Kau sendiri nak sangat kahwin kan? Aku ingat lagi time first year kau dok fikir sangat kau tu single je. Tu dah ada depan mata kau macam jadi dungu pulak.

Nazmi: weh.. Takyahla ingat kan cerita lama. Aku kalau boleh nak lupakan lah. Kang nanti teringat kisah sendu pulak... Dah la.. Aku nak study ni..

Ashraf : okay okay. Study leklok. Sian takde awek nak bagi semangat kat kau time study ni... Hahahahah

Ashraf sengaja mengusik Nazmi.

Nazmi: kau diam Ashraf! Eleh.. kau pun sama en? Single juga. Weh! aku boleh je ade perempuan nak bagi semangat kat aku. Just aku je taknak dia bagi semangat kat aku. Kau lupa ke ade perempuan minat  kat aku?

Ashraf: alaa. Malas la nak gaduh.. Kalau dia minat kau nape dia tak mesej kat kau?

Nazmi: kau ni.. Tak semua perempuan macam tulah..

Ashraf: dah tu.. Kau kata dia boleh bagi semangat kat kau.

Nazmi: kau ni buat buat tak faham pulak. Kan aku da cerita perempuan tu macammana..

Ashraf : sebab tu aku bagi persoalan. Perempuan yang minat kau tu takdelah macam orang lain. Even dia minat kau takdelah dia nak paksa diri dia nak attract kau.. Jadi, kat sini nak bagitahu tak semua perempuan macam tu ada. Dia jaga bataslah tak nak kacau orang yang tak nak kat dia.

Nazmi: maksudnya?

Ashraf : kau faham ke tak ni? Aduh.. Ye dia minat kat kau tapi buat apelah nak terhegeh kat kau mesej kat kau kalau dia tu tak diperlukan pun untuk kau. Selalunya orang mesej dan kerap mesej sebab dia rasa dia diperlukan. Kau tak perlukan dia, kan?

Nazmi: aku still tak faham lah.

Ashraf : takpelah. Nanti kau fahamlah sendiri.

"apa yang Acap cuba nak sampai kan ni?" bisik Nazmi dalam hatinya.

****************************************

"Kejap, tadi soalan Acap masih jadi persoalan pada aku.. Bila dia tak diperlukan dia tak mesej untuk aku?.... Ooh ye aku faham.. Sebab dia rasa aku tak perlukan dia jadi kenapa dia nak mesej aku, kan?.. Jap, aku perlukan dia ke?"

"Bila fikir balik kenapa aku sayangkan seorang wanita? Kenapa aku perlukan seorang wanita untuk dijadikan isteri?"

****************************************

Bersambung..

Yahoooooo.. Done another chapter. Bila baca sendiri apa yang diupdate.. I wonder myself.. 😂🤣

" do i need a guy in my life? Getting married?"

Sebab tu nak cakap kat sini. Getting married is not the purpose of our life. Kenapa kena kahwin?

Kahwin ni satu benda yang kita nak buat sebab nak redha Allah. Of course kahwin untuk nafsu fitrah kemudian melahirkan zuriat. Zuriat itu untuk apa? Untuk kita besarkan dengan baik dan bakal memimpin kelak. Sebab itu kahwin hanya bukan kerana cinta dan nafsu tapi tanggungjawab yang berat. Untuk merealisasikan tanggungjawab ini pilihlah pasangan yang terbaik. Sekiranya kita memilih yang kita rasa sudah terbaik, tapi ada kelemahan padanya, ingat manusia itu tidak sempurna. Jadi, sama samalah menolong antara satu sama lain dan terima seadanya dan berubah sekiranya boleh diubah menjadi yang lebih baik. Moga kita semua memilih dan dipilih sebagai yang terbaik sekiranya Allah memberikan kita peluang untuk berumahtangga. Amin..

Kat sini kita boleh nampak setiap karakter mempunyai kelemahan masing masing. Tapi... adakah masing masing menerima kelemahan masing masing dan sanggup berubah?

Asal Kau BahagiaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang