Bab 23

25 0 0
                                    

Shahril dah lama tak bertanya khabar Nazmi dan mengambil keputusan untuk melakukannya.

Shahril telah membuat panggilan berkali kali dan Nazmi masih tidak menjawab panggilannya. Jam pada telefonnya telah menunjukkan sekarang tepat jam 1:30 pagi.

Tetapi Shahril tidak berputus asa untuk membuat lagi panggilan yang seterusnya.

***********************************

Akhirnya,

Nazmi: hello.

Shahril: weh Nazmi apsal kau tak angkat fon kau ni? Kau tidur mati ke ape?

Nazmi: aku kat luar ni. Busy sikit. Ade ape sebenarnya?

Shahril: takdelah aku da lame tak lepak ngan kau. Jom ah lepak sekejap. Kau busy sangat ke sekarang ni?

Nazmi: a'ah busy weh. Pape nanti aku call balik.

Shahril: weh aku-..

*beeep* bunyi menandakan nazmi menghentikan panggilan tersebut

Shahril: eh dia ni.. Apsal eh.. Ade masalah ke?

****************************************

Ibu bapa Shahril tinggal berhampiran dengan rumah keluarga Nazmi. Ketika zaman persekolahan mereka, Shahril dan Nazmi kerap berjumpa dan bermain bersama. Kiranya, Shahril sudah biasa ke rumah Nazmi. Tetapi kebelakangan ini semenjak sudah dewasa, jarang  Shahril datang ke rumah keluarga Nazmi.

Jadi dengan rasa risau dan ingin mengetahui khabar Nazmi, Shahril membuat keputusan untuk menziarahi rumah Nazmi. Mungkin dengan cara ini, dia boleh berjumpa Nazmi.

Shahril: Assalammualaikum..

Mak Nazmi: waalaikumussalam Shahril! Cari siapa? Nazmi ke?
Shahril : ha'ah makcik. Saya nak jumpa Nazmi jap. Dia ada di rumah tak, makcik?

Mak Nazmi: Dia takdelah Shahril . Kamu tak try ke contact dia?

Shahril : saya dah buat panggilan dah makcik. Ingat boleh la jumpa dia kat sini. Tapi. Takpelah.. Dia ada balik rumah ke baru baru ni?

Mak Nazmi: ohhh. Maaf ye Shahril . Tapi takdelah pula dia balik. Semenjak dia masuk sem baru haritu lagi dia tak balik. Mungkin busy agaknya.

Shahril : oh ye ke camtu ke cik. Takpelah. Saya balik dulu..

Mak Nazmi: eh sekejap je? Taknak minum sikit ke? Makcik buatkan air sikit.

Shahril : Takpe cik, saya pun sekejap je ni. Terima kasih ye makcik. Nanti kirim salam kat pakcik dan Nazmi ye.

Mak Nazmi: sama sama Shahril . InshaAllah makcik kirimkan salam..

***************************************

Alisa masih terfikirkan apa yang terjadi pada Nazmi sehinggakan dia ternampak Nazmi berbuat demikian. Ya, memang Alisa tidak mahu menuduh apa-apa tapi Alisa teringin tahu apa yang menyebabkan Nazmi   menjadi sebegitu rupa.

Alisa telah merancang untuk mengetahui apa yang Nazmi lakukan di dalam kelab malam. Tapi, macammana Alisa nak tahu bila Nazmi ke kelab malam?

******************** ***********

Bersambunggggg...

P/S: recently busy sgt sampai nak update tak sempat. sampai pegang hp terlelap hahahaha sbb seharian sibuk raya n keluar

Asal Kau BahagiaWhere stories live. Discover now