Bab 2

41 1 0
                                    

Di sekolah sebenarnya Alisa minat kat seseorang lelaki ni. Namanya Nazmi, sekelas dengan Alisa. Nazmi ni tinggi orangnya. Suka pergi ke surau. Dan rumahnya berdekatan dengan rumah Alisa. Kiranya satu taman. Alisa cuba rapat dengan Nazmi sebagai kawan. Bagi dia kalau minat tu biarlah hanya sebagai kawan. Tidak lebih dari itu. Bila setiap kali jalan di kawasan rumah Nazmi dia teringat kat Nazmi. Bila pergi surau pun dia usha kalau ada Nazmi. Haha. Biasalah budak budak kalau dah minat. Nazmi ni tak tahu pun yang Alisa minat dekat dia. Mak Alisa kenal Mak Nazmi sebab satu taman dan bekerja di tempat kerja Daddy Alisa. Nazmi mempunyai adik perempuan dan berkawan dengan adik Alisa. So, lebih kuat untuk Alisa memendamkan perasaannya. Eh, lupa sebab penyakit itu juga dia memendamkan perasaannya.

Setelah itu, habis sahaja sekolah Alisa menyambungkan pelajarannya di UiTM. Dia ambil asasi sains.

Kehidupannya seperti biasa. Sakit nya hadir kadangkadang dan dia tetap kuat menghadapi sakitnya. Ada ketika waktu, dia langgar peraturan yang ditetapkan oleh doktor menyebabkan dia sakit tulang kakinya selama berminggu minggu. Baginya itu hanyalah ujian dan sakit itu penghapus dosanya. 

Pada tahun asasinya, Alisa belajar bersungguh-sungguh untuk mendapatkan pointer yang tinggi supaya mendapatkan bidang yang diimpikan iaitu doktor perubatan.

Tetapi, setelah menghabiskan asasinya Alisa tidak dapat keputusan yang diimpikan walaubagaimapun dia telah mendapatkan bidang yang lain iaitu Bioteknologi di UPM.

Pada suatu hari, Alisa tengah menunggu bas di bustop universitinya, dia terjumpa satu orang gadis yang comel, putih kulitnya. Bertudung labuh dan nampak baik sangat.

"Adik, nak pergi mana?"
"Nak pergi fakulti xxxxx"
"nak akak hantarkan? Akak ontheway nak pergi sana juga."

So, kakak tu hantarkan. Sambil tu mereka berborak borak dan exchange number phone.

Setelah mengenali kakak tu, Alisa menjadi lebih alim, mendekatkan dirinya kepada Allah. Dia telah mengetahui banyak tentang tujuan hidup. Dan bila dia dapat tahu tujuan hidup lagi kuat untuk dia meneruskan hidupnya. Sedangkan syeikh ahmad yassin tu paralyse kenapa pula Alisa tidak boleh untuk membuat tujuan hidupnya?

Sejak dia mengenal erti hidup dia menjadi lebih positif. Suka membantu orang, tidak memikirkan dirinya. Baginya membantu orang menunjukkan dia berguna dan merasa happy membuat kebaikan. Dia akan approach junior di universiti untuk memberikan semangat untuk studi, menolong apa yang patut dan mengajak mereka ke majlis majlis ilmu agama.

Lebih kurang tiga tahun di universiti itulah yang sering dilakukan Alisa. Ada ketikanya Allah uji kesihatan, masalah kewangan dan sebagainya.. 

Tapi Allah itu Maha Pemberi Nikmat. Semuanya telah berlalu dan Alisa telah berjaya menghabiskan pelajarannya dengan jayanya.

Alisa jarang pulang ke rumahnya. Dia akan pulang setiap kali cuti panjang semester sahaja. Kalau dia balik pun dia akan membawa dirinya pergi keluar bersama kawan di universitinya untuk mengikuti program agama di universiti lain mahupun di negeri lain. 

Sekiranya Alisa mengalami masalah kewangan atau untuk menyimpan, Alisa akan bekerja sementara waktu. Ada ketikanya Alisa diuji sakit teruk ketika bekerja. Alisa pernah bekerja sebagai cashier dan salesgirl. 

Alisa bekerja agak kuat beberapa  hari. Tenaga pekerja yang agak kurang menyebabkan Alisa terpaksa mengangkat barang yang berat dan bekerja agak cepat. Tiba tiba Alisa berasa sakit tulang. Alisa tidak dapat bergerak dan hanya berdiri tegak sambil menahan sakit. Airmatanya terpaksa ditahan untuk jatuh dan pekerja disitu bertanya..

"Alisa? awak ok ke tak?kenapa ni?senggugut ke"

"tak depape..ha'ah"

Alisa tidak suka menipu tapi terpaksa supaya orang lain tak risau. Apalagi waktu dia rehat terpaksa dia call abangnya untuk mengambil dia pulang. kalau berdiri pun sakit apatah lagi duduk. Dalam 2-3 hari jugalah Alisa terpaksa menahan sakitnya itu. Tapi dia masih boleh bertahan lagi sebab dia tahu sakit ini semuanya adalah dugaan.

Tapi hatinya sakit dan terasa apabila seorang rakannya sanggup berkata...

"Alisa kenapa awak kerja macamtu kalau awak dah sakit? awak tak pikir ke kesannya?"

sekali lagi bergenang air matanya.. Hanya Allah sahaja tahu sakitnya dia dan kenapa dia bekerja separuh masa semasa cuti sem.



Asal Kau BahagiaWhere stories live. Discover now