Bab 21

26 0 0
                                    

*mungkin terdapat adegan yang menyalahi syariat Islam didalam cerita ini. Moga dapat dijadikan iktibar. Ingat pembaca, cerita ini hanyalah rekaan semata mata*

Manusia bila dah tak tentu arah dia boleh jadi bodoh dan tidak berfikir dengan baik. Untuk melupakan Fatin , Nazmi membuat perkara yang tidak baik. Dia cuba mendekati kawan-kawan yang boleh dibuat geng untuk enjoy bersama-sama. Nazmi pergi ke kelab malam. baginya mungkin ini dapat me'release'kan tensionnya. Walaupun bagaimanapun, dia tidak meminum arak sebab bila minum arak akan menyebabkan mabuk dan berbau malah tidak mengambil pil atau dadah. Mungkin baginya akan berisiko sekiranya berbuat sedemikian. Dia tidaklah sebodoh itu.

Selain daripada itu, dia juga mula melayan nafsunya yang tidak baik dengan melihat benda tidak baik iaitu gambar dan video lucah di dalam internet. Baginya ini kepuasan dan boleh melupakan segala hal hal sedih yang terbuku dalam hatinya.

Tetapi bila dah jadi macam ni, Nazmi ketagih melakukan aktiviti aktiviti yang tidak sihat ini. Kawan rapatnya Shahril perasan dengan keadaan Nazmi nampak lain.

Orang yang berhampiran Nazmi yang selalu berada di sekelilingnya mungkin tak nampak sebab aktiviti yang begini boleh dilakukan secara senyap senyap tanpa pengetahuan orang lain. Malah, ibubapa Nazmi pun tidak mengetahui perkara ini. Nazmi pun jarang balik ke rumah , suka lagi tinggal di hostelnya walaupun USIM tidaklah jauh sangat dengan rumahnya.

**************************************

Sambung...

Author words: memandangkan nak raya im busy buat persiapan raya. InshaAllah nnt update lg hohoho

Asal Kau BahagiaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang