Bab 29

38 0 0
                                    

Lisa menelan air liurnya sambil berkata dalam hatinya
"kenapa nazmi ni nampak pelik?"

Tiba-tiba Nazmi tarik tangan Lisa. ni first time Nazmi memegang tangan Lisa.

Nazmi berkata
"i guess no need to answer, you want me to touch you, right? I can see through your eyes that you want me too"

Dengan pantasnya Lisa ambil spray pada pehanya. Inilah masanya untuk dia protect dirinya sendiri.

"mi apa ni!! Tergamak awak buat macam ni pada saya!"

Nazmi dah hilang akalnya. Sebab dia dalam keadaan khayal dengan dadah tersebut.

Alisa tidak teragak untuk menyembur pada muka Nazmi.

"ouccccchhhh, sakit bodoh! "

Alisa dengan cepat cuba untuk melepaskan dari genggaman tangan Nazmi dan cuba untuk berlari. Tapi tak berhasil.

Apa lagi nak buat? Dia pijaklah kaki nazmi dengan tumit tingginya dan akhirnya terlepas dari genggaman nazmi.

Dengan pantas Alisa lari ke sudut lain dan membuka kasut but tingginya dan berkaki ayam. Susah nak berlari menggunakan kasut tumit tinggi jadi dia membuat keputusan tersebut. Dia keluar dari kelab malam tersebut dengan airmatanya mengalir. Dia berasa sangat sebak apa yang berlaku. Dia juga berasa takut nak mati. Boleh je terjadi apa apa kat dia malam tu. Boleh jadi maruahnya tercalar.

Nazmi berdiri kat situ menahan kesakitan. Entah apa pun yang terjadi pada dia lantaklah bagi Alisa. Dia takut sangat apa yang terjadi padanya sebentar tadi..

Kasihan juga kan pada Nazmi sebab dia tak bersalah pun sebenarnya.

Nazmi bukanlah pussy hunter. Dia hanya temankan wanita kesepian yang datang kat kelab malam. Dia tidak merosakkan anak perempuan orang pun. Itulah kerjanya bila dia melepak kat kelab malam. Takde kerja.

***************************************

Lisa terus balik rumah dengan mukanya sedih dan comot. Maskara yang dicalit pada bulu matanya terus rosak. Muka dah macam apa dah. Alisa tidak menghiraukannya. Dia menangis tak berhenti henti.

Jam menunjukkan pukul 2.30 pagi. Lisa membersihkan mukanya dengan Micellar water jenama L'Oréal yang terdapat di atas mejanya. Bersih sampai hilang kan kotoran pada mukanya menggunakan cotton bud. Dia menyesal. Sambil membersihkan mukanya dia mengeluarkan airmata. Sepatutnya dia tidak membuang masa untuk sanggup mengintip Nazmi.

"kenapa aku bodoh sangat ni? Kenapa aku sanggup buat macam tu? Ya Allah what just happened to me? "

"Aku rasa aku jijik, kotor."

Alisa membuat keputusan untuk mandi. Kemudiannya, dia membuat solat sunat taubat. Moganya Allah mengampuni dosanya sebab telah melakukan banyak dosa. Dia kena tidur awal nanti nak bangun tahajud. Dia tidak mahu lagi memikirkan pasal Nazmi. Mungkin ada hikmahnya semua ini berlaku.

*****************************************

P/s: you guys as readers don't judge a person by its cover. Takde siapa yang jahat pada mulanya. Semua orang baik pada mulanya ye. Tapi ada something yang berlaku menyebabkan seseorang menjadi tidak baik. Jadi, kat sini nak bagitahu, cubalah jadi baik sebaik baiknya. Belajar apa yang baik apa yang buruk.

InshaAllah akan bersambung lagi kalau penulis dia rajin nak update cepat cepat😂

Asal Kau BahagiaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang