Menceritakan kisah seorang gadis yang ingin membahagiakan semua orang yang dia sayangi.
Cerita ini tiada kena-mengena dengan yang hidup ataupun yang mati.... jika ada yang sama mungkin hanyalah kebetulan. Inspired by lagu Asal Kau Bahagia by Armada
You want a hot body? You want a Bugatti? You want a Maserati? You better work bitch You want a Lamborghini? Sippin' martinis? Look hot in a bikini? You better work bitch You wanna live fancy? Live in a big mansion? Party in France? You better work bitch, you better work bitch You better work bitch, you better work bitch Now get to work bitch! Now get to work bitch!
Antara lagu britney spears yang Alisa suka pasang ketika melakukan 'workout'. Alisa suka bersenam untuk menjadi lebih sihat. Dia lebih memilih untuk bersenam didalam biliknya berbanding di luar rumah kerana malas mahu bersiap. Kalau dia bersenam dia akan mengunci biliknya supaya tiada siapa pun yang melihat dia bersenam di dalam bilik.
Baginya dia agak malu apabila keluarganya atau sesiapa pun melihat dia bersenam. Selalunya dia bersenam hanya dengan memakai 'sport bra' dan 'short pant' atau 'short legging' supaya dia jelas melihat bentuk tubuhnya dan memberikan motivasi untuk membentukkan tubuhnya kepada yang dia inginkan. Dengan rambut panjang nya setiap kali bersenam dia akan mengikat rambutnya tinggi tinggi supaya tidak bersentuh dengan leher belakangnya.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Tapi kali ini, dia lupa untuk mengunci biliknya. Aduhai Alisa.
Tiba tiba, mamanya masuk. Mama dia pun lupa untuk mengetuk pintu sebelum masuk. Aduh sama je mak dengan anak. Selalunya bapa borek anak rintik. Tapi ini mak borek anak rintik.
Dengan terkejut nya, Alisa berhenti bersenam dan menutup badannya semampu mungkin.
"maaaa terkejut lisaaaa, kenapa tak bagi tau mama nak masuk?
" ala mama nak ambil something ni.. Ala takde pape la lisa, mama ni mama kau. So, takde papenye mama tengok badan dan tengok kau bersenam. "
Alisa pun tersengih dan tersipu malu.
Tiba tiba dia mengeluh " maaa, tengok badan lisa, part punggung ni bila nak kecik. Ma, tau tak haritu abang tegur lisa yang lisa ni buat buat tonggekkan punggung lisa masa berjalan. Masalahnya lisa bukan nak tonggekkan, dah memang bentuk punggung lisa macam ni maaaaaaa. Peha ni pun 'thicc' sangattt! Tapi breast tak besar mana pun.. kenapa kakak saiz 38D? "
Macam biasalah anak perempuan, mama kena bertahan jelah menghadapi keluhan anak dia.
" lisa okay lah tu nak besar dan kecil mana lagi? Lelaki suka apa yang thicc macamni? Ada orang punggung kecil mengeluh, ada orang breast besar sangat pun mengeluh. Bersyukurlah lisa Allah bagi nikmat kat kita banyak banyak. Kalau takde anggota badan macam mana?"
"maaf ma, alhamdulillah Allah bagi nikmat tak terhingga pada kita semua..InshaAllah lia cuba untuk tidak mengeluh dah lepas ni.. Minta maaf ma.. Astaghfirullah al azim apelah lisa merepek ni, kan ma?"
" takpelah, biasa lah manusia mana pernah tak buat silap. Oklah mama ambil ni sekejap. Lisa lain kali jangan lupa kunci bilik. Kalau abang kau masuk macam mana? "
" okay ma, tapi abang jarang balik kan, tu yang Lisa pakai macam ni😂"
"ape ape jelah Lisa. Jangan lupa nanti tolong mama kejap di dapur"
"baik ma".
Sudah beberapa kali kakaknya menyuruh Alisa untuk pergi ke gym tapi Alisa tidak mahu. Baginya buang duit sahaja pergi gym. Pada mulanya Alisa lebih suka bersenam dengan melakukan tarian kesukaannya. Alisa suka menari dan boleh menari pelbagai jenis tarian. Tarian klasik? Tarian moden? Dangdut semuanya kalau boleh dia nak kuasai. Tapi apa yang dia minat ialah dangdut.
Pelik betul Alisa ni, dangdut juga menjadi kegemarannya. Tak pelik pun sebab mama dan ayahnya memang boleh menari dan suka lagu dangdut. Semasa lisa masih kecil, mama dan ayahnya kerap memasang lagu dangdut menggunakan kaset pada radio kereta mereka. Malah, mamanya pernah memasuki pertandingan menari tarian klasik di sekolahnya manakala ayahnya suka menari lagu rancak dan juga lagu poco poco. Walaubagaimanapun, ayahnya menari untuk suka suka sahaja. Tidak hairanlah Alisa suka dan pandai menari.
P/s: kalini bab lebih kepada Alisa. 🤣 let know her more gaiiss. Next chapter will be more interesting and a long chapter. Wait for it okay?