Menceritakan kisah seorang gadis yang ingin membahagiakan semua orang yang dia sayangi.
Cerita ini tiada kena-mengena dengan yang hidup ataupun yang mati.... jika ada yang sama mungkin hanyalah kebetulan. Inspired by lagu Asal Kau Bahagia by Armada
Alisa mempunyai abang, kakak, adik perempuan dan adik lelaki. Alisa sayang kan semua adik beradiknya. Dalam familinya dia seorang sahaja yang bertudung labuh. Yang lain biasa biasa sahaja.
Sebagai ahli keluarganya yang sayang kat keluarganya dia sering memerhati keadaan iman keluarganya. Bukan apa, semenjak dia mendalami ilmu agama dia lebih berwaspada dan bertanggungjawab memastikan terutama adik adiknya menjaga solat dan membaca alquran.
Untuk menggalakkan adiknya membaca alquran, Alisa menghadiahkan senaskhah alquran bersama terjemahan kepada setiap adik adiknya. Moganya adik adiknya rajin membaca alquran.
Kadang kadang Alisa tidak membaca alquran di dalam bilik. Dia suka lagi membaca diruang tamu agar ada tarikan adik adiknya untuk membaca alquran.
Gembira hati nya apabila abangnya yang jarang membaca alquran terus baca alquran selepas itu. Tapi yang kelakarnya anak abangnya kacau ketika membaca jadi abangnya terganggu untuk membaca alquran. Betapa nikmatnya kan bila kita tidak sibuk? Sebab itu orang kata sebelum sibuk rajin rajinlah beramal, sebab apabila kita sudah sibuk, hendak membaca satu ayat alquran pun susah!
***************************************
Adik lelakinya berumur 18 tahun dan baru sahaja habis sekolah. Adiknya agak nakal mungkin disebabkan dia suka bermain dan tidak suka belajar. Tapi bijak juga walaupun malas belajar.
"Adik!!! Sudah sudahlah tu dengan phone! 24/7 asyik dengan phone je! Sekarang cuti sem.. Buat lah benda yang bermanfaat sikit. Bacalah alquran ke ape ke.."
"ala akak ni... Time cutilah orang nak enjoy cuti.. Apelah akak ni. Haishh.."
Adiknya meletakkan handphonenya di atas meja. Adiknya lupa mahu screen lock.
Dengan pantasnya Alisa mengambil handphone adiknya. Dan tergerak hatinya untuk lihat apa dalam handphonenya.
" eh, adik pun ade twitter eh. Tengok japlahh. Kot kot mana tahu dia block kakak dia punya twitter. Haha"
Bila Alisa tekan app twitter pada handphone adiknya dia terlihat homescreen. Alisa malas mahu menscroll twitter adiknya. Itu kan twitter adiknya. Dia tidak pernah tahu adiknya mempunyai akaun twitter apatah lagi username nya.
Semasa Alisa menekan butang cari ataupun dalam bahasa inggeris, search.. Alisa ternampak username akaun yang dicari sebelum ini adalah akaun yang tidak baik iaitu lucah, 18sx. Hanya dengan melihat username pada recent itu sudah dapat tahu ianya akaun yang tidak baik. Bukan sahaja itu, gambar profil pada akaun itu pun tidak di censored sebab menunjukkan gamba yang lucah.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Gambardiatasilustrasi "search" dan "recent accounts".
"Allahu dik, kenapa kau cari benda macamni.. Aduh aku pikir adik aku tak termasuk dengan budak budak sekarang yang layan pornografi" bisik dalam hatinya.
Dengan cepatnya dia "clear recent search"supaya mungkin adiknya akan lupa apa yang dicari sebelumnya tak mudah dia mencari lagi akaun akaun tersebut. Dengan cepatnya Alisa meletakkan telefon bimbit adiknya di atas meja. Alisa agak sedih apa yang terjadi.
"apa aku nak buat untuk tolong adik ku ni? Hmm.."
Ya benar sekarang ini berleluasa masalah seperti ini berlaku. Tidak dapat dibendung lagi. Tapi tanggungjawab Alisa untuk jauhi perkara ini berleluasa terjadi pada adiknya.
Takkan nak biarkan dan menganggap perkara ini biasa? Akhir zaman. Dah macam macam berlaku.
Mungkin dengan cara menegur depan tidak dapat mengubah hati adiknya.. Apa yang penting Alisa kena berdoa pada Allah agar adiknya diberi petunjuk dan menjauhi maksiat itu.. Dia tidak mahu adiknya tahu bahawa dia tahu aib adiknya itu... Dia sayangkan adiknya malah semua keluarganya.. Kalau boleh dia mahu berjumpa dengan semua adik beradiknya serta ibubapanya di syurgaNya! Sanggup kah kalau ada yang tertinggal? Kita tengok cerita sedih keluarga yang tertinggal pun menangis apalagi berbeza tempat di akhirat? 😭😭😭
****************************************
Bersambung.
Author words: Ada yang memberitahukuwatakutamalelakinitakberapasesuaidenganwatakutamaperempuan. Sebenarnyasayasebagai author nakselitkanbeberapapengajaran. Bukanhanyacintaantaralelaki dan perempuan tapi cintapada Allah, keluarga dan sebagainya. Kita kadangkadangtaktahudengansiapa yang kita bersama. SemuanyaadalahtakdirdariNya. Yang penting kita redha. Jadimogaandabacadenganmacammacam rasa. Hahaha. Ceritainiadalahrekaansemata mata. Ingat, sebenarnyaceritaniikutkepalapenulisdiaje. Orang kataikut mood.. Naksedihdiatulissedih.. Nak happy diatulis happy. Sabarjelahye.haahaha