Bab 5

23 1 0
                                    

Seharian Lisa memikirkan apa yang perlu dia balas pada Nazmi. Alhamdulillah sakit tulangnya makin berkurangan.

"Apa yang perlu aku buat ni ya Allah. Aku buntu".
Malam itu Lisa tidak dapat tidur. Dia cuba untuk tidur sekejap dan berhasil setelah membaca surah Al Mulk.

Tepat pada jam 3:30 pagi Lisa terbangun.

"Alhamdulillahilladzi ahyana ba'da ma amatana wa ilaihin nusyur" 

Lisa membacakannya. Lisa setiap kali bangun pagi atau qiam dia akan membaca doa tersebut sebab dia tahu anytime boleh je Allah ambil nyawa dia dan dia bersyukur bila Allah masih memilih dia untuk bangun setelah tidur.

Lisa pun bangkit mengambil wudu' untuk menunaikan solat tahajud dan solat sunat taubat seperti biasa. Tetapi kali ini lebih istimewa. Dia melakukan solat sunat Istikharah.

..........

Apa yang kerap bermain dalam fikirannya.

Kalau aku pilih dia dan dia memilih aku, apakah yang bakal terjadi? Adakah aku layak untuk si dia? Adakah aku mampu membahagiakan dia seperti isteri dan ibu kepada anaknya yang dia mahukan? Atau mampukah aku menjadi seorang ibu? Aku takut. Ya aku takut. Setelah beberapa kali orang menyatakan..
" Alisa kau ni boleh ke jadi seorang ibu asyik sakit je ni? Tak kasihan pada diri kau ke?"
" kau rasa siapa boleh terima kau ye? Beruntungla kau kalau ada yang sanggup bersusah payah hidup dengan kau."
" aku takut je suami kau tak boleh " lasak" dengan kau. "

Setiap kali apa yang di katakan mereka membuat ku terdiam. Tidak mampu aku berkata apa. Masalahnya mereka ni siapa? Yang hadapi siapa? Yang menentukan siapa? Ya Allah kenapa mereka sanggup mengatakan kata kata negatif sebegitu rupa? Mereka ini tidak mempunyai hati ke?

Aku punya hati. Aku punya perasaan.. Dan aku merasa sakit. Sakit nya mental itu lebih menyakitkan daripada sakit fizikal.

Tetapi aku masih senyum dan sambil senyum aku menjawab.

"emm tak pasti lah lagi tu. Semuanya ketentuan Allah. Kalau ada jodoh InshaAllah ada. Kalau takde jodoh takpelah. Lisa hadapi je kehidupan ni dengan redha InshaAllah."

Tetapi dalam hatinya juga berfikir.. Sambil menitiskan airmata...

"sekiranya aku ada jodoh dengannya aku sanggup berbuat apa sahaja untuk membahagiakannya. Kalau aku tak mampu menjadi yang terbaik, aku akan memberi izin padanya untuk mencari yang lain. Mungkin menjadikan orang lain sebagai maduku atau melepaskan ku. Aku tidak kisah yang penting orang yang aku sayang bahagia. "

Itulah apa yang bermain didalam fikiran Alisa. Inikah dinamakan sayang? Atau cinta? Atau cinta itu buta sampai sanggup berbuat apa sahaja untuk menggembirakan orang yang tercinta?

........

Pagi itu Alisa bekerja seperti biasa. Dan dia terserempak dengan Nazmi. Tetapi tidak tahu mengapa dia buat tidak tahu sahaja. Dia tidak tahu mahu buat apa. Dan Nazmi hanya memandang lama Alisa dari jauh.

Nazmi sekali lagi overthinking.

"dah kenapa pula Lisa ni buat tak tahu je. Lisa oh Lisa kau nak main tarik tali ke ape?"

Alisa menjadi gundah gulana. Kerja nya banyak tidak dapat disiapkan lagi setelah lama mengambil cuti sakit dan bertambah lagi teruk bila dia selalu teringatkan Nazmi.

Asal Kau BahagiaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang