Ketika Alisa bekerja sebagai cashier Alisa terserempak dengan ex-classmatenya Nazmi. Terkejut sebab dah berapa tahun tidak berjumpa. Dengan selambanya Nazmi berkata,
"Alisa, rumah saya ada buat openhouse. Datanglah sekejap"
Bayangkan Alisa bekerja dan rehat hanya 1jam. Jadi dia gunakan setengah jam nya itu untuk solat dan setengah jam lagi ke rumah Nazmi. Dan dia pun pergi.
"Nazmi, awak tak ajak ke kawan sekelas kita yang lain? "
"eh taklah saya ajak kawan lelaki je"
" oh yeke"
Alisa rasa agak keliru kenapa Nazmi ajak dia seorang je..
"Alisa sekarang buat apa?"
"Lisa sekarang still belajar. Nak dekat habis dah ni. Next year habislah. Nazmi?"
"Lambat lagi Alisa. Nazmi amik diploma dulu then baru degree"
"Oh..."
"Alisa bila nak kahwin?"
"Eh, orang tak pikir lagi nih. Manada pikir semua ni "
"So, nak further study lagi?"
"Tak pasti lagi, tapi teringin juga. Hahahaha"
Disebabkan Alisa terpaksa balik awal, perbualan antara mereka sangatlah pendek. Tapi Alisa rasa gembira jumpa kawan lamanya.
Nazmi pelajar universiti sains islam malaysia (USIM) dan mengambil electronic engineering. Nazmi mempunyai seorang kakak dan seorang adik perempuan. Dan maknya seorang yang alim. Maknya agak rapat dengan mak Alisa
Nazmi sebenarnya menganggap Alisa sebagai kawan dan dia meminati seorang gadis bernama Fatin. Fatin ni pula student dari universiti yang sama dengan Nazmi. Fatin mengambil jurusan agama kerana bapanya seorang ustaz. Kiranya Fatin mengambil jurusan yang bapanya suruh dan bukan apa yang dia minati. Fatin sebenarnya minat dunia seni. Maka disebabkan itu, Nazmi bertemu dengan Fatin apabila mereka berdua menyertai kelab seni iaitu bermain muzik tradisi.
Setelah banyak meluangkan masa terdetiklah kisah percintaan antara Nazmi dan Fatin. Semestinya percintaan mereka berdua nampak sweet. Tetapi malangnya Fatin telah membuat kesilapan. Bapanya telah mengetahui bahawa anaknya bercouple dengan Nazmi.
Seorang ustaz yang terkenal semestinya tidak suka anaknya bercouple dengan orang yang tidak dikenalinya. Ayahnya semestinya mempunyai calon yang telah dipilih untuk berkahwin dengan Fatin. Telah banyak diperkatakan oleh bapanya agar Fatin memutuskan hubungan dengan Nazmi. Fatin terpaksa akur. Sebagai anak dia terpaksa menurut kata ayahnya.
Nazmi terasa tertipu dan didustakan oleh Fatin sebab Fatin telah berjanji dan meminta Nazmi agar tidak memisahkan hubungan ini. Tapi apa boleh buat "kun fayakun" maka terputuslah hubungan mereka berdua. menjadi stranger.
Nazmi mengambil masa agak lama untuk move on.
Tapi sebaliknya Alisa pula muncul..
Setiap kali Nazmi pulang ke rumahnya Nazmi selalu terserempak dengan Alisa. yelah, rumah berdekatan dan satu taman.. Kebarangkalian untuk terserempak itu tinggi. Bagi Nazmi itu adalah kebetulan manakala Alisa pula sebaliknya.
Memandangkan Alisa telah habis belajar, terlalu banyak tanggungjawabnya yang perlu dilakukan samaada untuk keluarganya mahupun dirinya. Mencari kerja adalah perkara yang penting untuk dilakukan bila dah habis belajar. Kan?
Sambil mencari kerja yang tetap Alisa selalu cuba untuk menghubungi Nazmi untuk menanyakan tentang USIM sebab di USIM terdapat fakulti yang berkaitan dengan teknologi. Mungkin Alisa boleh bekerja disana. Semakin hari semakin terasa hatinya merindui Nazmi.
Mak Alisa risau melihat anak dia takde berteman rapat ataupun calon untuk anaknya sebab anak-anak dia sudah berkahwin malah adik Alisa sudah berkahwin.
" Lisa, nak mama carikan calon untuk Lisa tak?"
"Ma, belum masanya lagi ma."
tiba tiba kakaknya menyampuk,
" hah kau lisa carilah ,nanti mendara tua la kau kalau kau tak cari. Kau ingat kat tempat kerja kau ada ke nak kat kau? entah entah suami orang? orang yang da bekerja nanti mostly da beranakpinak dah"
"Rasanya kalau lisa tak dapat cari dalam masa terdekat ni mama nak calonkan "x"untuk lisa"
"Maaaa janganlah paksa Lisa. sebenarnya Lisa tunggu seseorang ma"
"eh yeke siapa Lisa? siapa? siaaapppaaa?"
"kak, takyahla amik tau"
"kalau mcm tu mama nak kepastian"
YOU ARE READING
Asal Kau Bahagia
RomansaMenceritakan kisah seorang gadis yang ingin membahagiakan semua orang yang dia sayangi. Cerita ini tiada kena-mengena dengan yang hidup ataupun yang mati.... jika ada yang sama mungkin hanyalah kebetulan. Inspired by lagu Asal Kau Bahagia by Armada