Bab 22

25 0 0
                                    

Pada suatu hari Alisa pergi keluar berjalan jalan mengambil angin berseorangan di Kuala Lumpur, kiranya di tengah bandar Kuala Lumpur.

Biasalah Alisa suka keluar menyendiri dan membawa keretanya ke tengah bandar untuk ambil angin. Baginya, waktu malam adalah waktu yang sesuai untuk dia bersendirian. Kalaulah ibubapanya memberikannya peluang untuk menaiki dan membawa motor mungkin dia akan menggunakan motornya untuk mengambil angin di sekitar Kuala Lumpur. Bukan sahaja mudah tapi selesa kerana malam cuaca tak panas. Tapi apakan daya ibubapanya risau kerana risiko untuk menghadapi kemalangan adalah lebih tinggi dan berisiko kepada Alisa sebab Alisa mempunyai sakit tulang. Kalau apa apa terjadi siapa nak tolong Alisa?

**********************************

Dia teringat akan abangnya yang suka memboncengnya dan bawa dia keluar jalan jalan, kadangkadang tu shopping  dan teman abang dia menggunakan motor.

Semenjak abangnya kahwin dan berumahtangga, abangnya tidak lagi dapat meluangkan masanya bersama Alisa seperti dulu lagi.

Pernah juga dia terfikir "abang kenapa kau kahwin awal sangat? Hmmm"

Tetapi dah jodoh. Kahwin awallah.

************************************
Sedang dia memandu untuk ke Restoran Andalus kerana kempunan Shawarma yang digemarinya itu yang terletak di kawasan Kuala Lumpur dia ternampak seorang lelaki yang dikenalinya iaitu Nazmi.

"Eh, apa dia buat kat sini?" bisik Alisa dalam hatinya.

Tanpa berfikir panjang Alisa mula stalk Nazmi. Dia mengekori Nazmi dengan menggunakan keretanya.

Tapi yang memeranjatkan Alisa, Nazmi bukan berseorangan, tapi dengan seorang wanita!! Dan kelihatan tangan perempuan itu memegang tangan Nazmi. Kemudian, Alisa terus mengekori Nazmi. ZOUK iaitu nama kelab malam yang terkenal di Malaysia sejak viral Neelofa disinggah oleh Nazmi dan wanita yang tidak diketahuinya itu. Alisa bukan tidak tahu pasal ZOUK. Orang KL kalau tak tahu apa itu ZOUK peliklah... ZOUK yang baharu terletak tidak jauh dari Restoran Andalus tersebut manakala ZOUK yang lama terletak di Ampang. Tapi Alisa ni macam macam dia tahu sebab dia pernah jumpa CEO ZOUK, orang nya sangat sempoi dan selamba. Pemakaiannya yang simple, macam orang miskin sahaja. Rupa rupanya berduit dan mewah. Alisa pernah terjumpa CEO tersebut ketika dia menjadi promoter telefon bimbit SAMSUNG Galaxy. Biasalah tak semua orang kaya suka pakai IPhone. Bayangkanlah Alisa kerja di kedai jual telefon bimbit Samsung Galaxy tapi sebelah kedainya kedai MAC. Memang competition tinggi tapi itu tiada masalah. Kebanyakannya orang yang beli sesuatu brand telefon sebab mereka sudah biasa dengan brand itu. Kalau nak diceritakan betullah tak semua orang kaya menunjuk-nunjukkan kekayaan mereka. Sesetengah manusia je annoying tunjuk kemewahan yang ada pada mereka.

*********************************

Alisa tidak mahu judge apa yang dilihat oleh nya. Mungkin ada sebab kenapa Nazmi jadi begini. Sebab setahu dia Nazmi orangnya bukan begini.

Jadi dia membiarkan sahaja tanpa menuduh apa yang tidak baik kepada buah hatinya itu.

BERSAMBUNGGGGG

WOOOTT ITS THE first day of Hari Raya!!!

Selamat Hari Raya Aidilfitri semua. 🌋

Sempat lagi mengedit dan update. Hahaha gunakan sedikit masa lol

Asal Kau BahagiaWhere stories live. Discover now