Alisa telah membuat keputusan untuk meluahkan perasaannya pada Nazmi.
" Nazmi.. awak ada sesiapa ke sekarang ni?"
" Lisa apa maksud awak?"
" emm, maksud saya awak dah berpunya ke?"
" Buat masa ni saya takde Lisa. awatnya?"
"sebenarnya...saya suka kat awak Nazmi. sejak sekolah lagi. Tapi saya tak bagitahu sebab saya rasa tak kemana pun. tapi kalini saya rasa saya benar apa yang saya rasakan sekarang ni"
" Lisa betul ke ni? tak salah orang ke? ke awak ni nak mainmain je?"
" kenapa pula saya nak main main ni Nazmi? saya cakap betul betul ni"
"Mintamaaf Lisa saya sebenarnya macamne eh belum bersedia lagi. Buat masa ni saya tak nak ada apa pun, no intention to get close to anyone"
" oh ok takpe je. terima kasih kerana sudi mendengar dan memberikan jawapan"
Last seen 10:20pm
Itulah kali terakhir mesej yang diberi oleh Alisa kepada Nazmi.
Tapi macam biasa mereka selalu terserempak antara satu sama lain. tidak kisahla di USIM ke di kawasan taman ke di majlis perkahwinan orang lain ke di pasar malam ke asyik terserempak je.
Nazmi ni sebenarnya ada juga menaruh perasaan pada Alisa sebab Alisa ni bukan calang orang. Dia seorang yang baik hati dan sebagainya. Nak kata tiada rupa ada rupa. Cuma masa tu tak kena pada waktunya, kot??
Nazmi ni agak egois sikit, dia langsung tak bagi hints. Alisa pula jenis pemurah dan baik hati. Kadang-kadang dia datang ziarah umah Nazmi untuk berjumpa dengan Mak Nazmi sebab Mak Nazmi kawan Mak dan ayah Alisa. So berjumpa lah lagi mereka berdua.
Nazmi tak tahu pun Alisa mempunyai penyakit. Dia tak pernah bagitahu dan Alisa tak nak pun Nazmi tahu. Macammana Alisa nak move on kalau selalu terjumpa dengan Nazmi? dan Nazmi pun terpikatlah dengan Alisa ni. Cuma Alisa masih taktau yang Nazmi dah pun jatuh cinta pada Alisa. Tapi Alisa tidak bertegur dengan Nazmi sebab menganggap Nazmi mungkin tak suka kat dia.
Malangnya Alisa kerap sakit semenjak dia bekerja di USIM. Lisa kerap mengambil cuti dan Nazmi rasa pelik jarang nampak Alisa. Lisa sakit teruk dan kerap ke hospital. Menahan sakit dan menghadapinya tanpa seorang pun di sisinya. semua ahli keluarganya busy dengan hal masing masing. Tapi bagi Alisa tidak mengapa sebab dia tidak mahu keluarganya risau pasal dia.
Sebenarnya Nazmi dah tekad nak luahkan perasaan pada Alisa..
Suatu hari, Nazmi whatsapp Alisa.
"Salam Lisa. Tengah buat ape tu? Busy ke? Nape jarang nampak kat USIM?"
Lisa jenis yang cepat reply mesej orang walaupun dia dalam keadaan sakit. sebab dah biasa sakit dia boleh buat kerja lain yang ringan macam menaip text di handphonenya.
" Alhamdulillah sihat je...tak busylah. Oh ada hal sikit semenjak ni.. "
"ehmm sebenarnya saya nak cakap something ni"
"apadia?"
" haritu kan awak luahkan perasaan saya kan.. jadi saya nakluah perasaan saya pula.. saya sebenarnya suka kat awak juga Lisa"
Seen 3.50pm
Alisa menutup mulutnya dan menangis. Tak tahulah menangis sebab sakit ke gembira. Tapi dia menangis teresak esak. Dia tak tahu nak jawap apa. Dia takut memberi harapan pada Nazmi. Dia rasa dia tak berhak untuk memiliki Nazmi dengan keadaannya yang begitu. Dia tidak membalas mesej tersebut.
Nazmi mestilah overthinking. " Kenapa Lisa ni tak balas apa apa? dia dah moveon ke? dah berpunya da ke? woi cepat gila kau berubah. takan da suka kat orang lain kot? " tulah yang bermain di kepalanya.
*author message: mengantuk dan penat. sambung esoklah ye hahaha*

ANDA SEDANG MEMBACA
Asal Kau Bahagia
RomanceMenceritakan kisah seorang gadis yang ingin membahagiakan semua orang yang dia sayangi. Cerita ini tiada kena-mengena dengan yang hidup ataupun yang mati.... jika ada yang sama mungkin hanyalah kebetulan. Inspired by lagu Asal Kau Bahagia by Armada