Menceritakan kisah seorang gadis yang ingin membahagiakan semua orang yang dia sayangi.
Cerita ini tiada kena-mengena dengan yang hidup ataupun yang mati.... jika ada yang sama mungkin hanyalah kebetulan. Inspired by lagu Asal Kau Bahagia by Armada
"Kita semua ni hidup bertujuan. Apa tujuan hidup kita Alisa?" tanya seseorang perempuan dengan lemah lembut.
"Abid dan khalif kak."jawab Alisa.
"Dalilnya apa?"bertanya lagi.
"dalam surah albaqarah ayat 30 dan surah adhariyat ayat 56 kak. Allah jadikan kita sebagai khalifah di atas bumi ni dan dijadikan manusia untuk beribadat kepada Nya."
"betul tu Lisa. Jazakillahu khairan katsira atas jawapannya. nak katanya apa yang kita semua buat dalam 24 jam sehari adakah menuju kepada tujuan hidup kita, Alisa? Akak tak perlukan jawapan tapi awak boleh jawab dalam hati awak."
Alisa teringatkan kata-kata kak Badariah padanya. Kak Badariah lah yang banyak mengubah Alisa untuk menjadi lebih positif dan mendekatkan dirinya kepada Allah. Itupun semuanya dengan izin Allah.
Sebenarnya sudah lama Alisa tidak berjumpa dengan Kak Badariah. Alisa segan untuk berjumpa dengan Kak Badariah setelah meninggalkan dunia tarbiyahnya itu. Mungkin ada hikmah semuanya berlaku.
Tetapi, sejak kebelakangan ini jiwa Alisa kosong. Alisa tahu kebelakangan masalah yang dihadapinya kebanyakan daripada masalah hati.
Alisa berasa takut untuk meluahkan masalah yang dihadapinya pada Kak Badariah tapi hatinya kuat untuk berjumpa supaya dapat menyelesaikan masalah yang dihadapinya kebelakangan ini.
"Assalammualaikum kak. Apakhabar? Sihat?"
"waalaikumussalam wbt Lisa. Alhamdulillah akak sihat je dek. Lisa sihat ke? Mak ayah sihat?"
"Alhamdulillah sihat semuanya. Akak, dah lama betul tak jumpa akak, kan? Lisa ingat nak jumpa akak sekejap lah..Nak tanasuh.."
"tulah. Rindu pulak akak kat awak Lisa. Eh boleh je apa salah nya. Datang je kat UPM kalau nak tanasuh. InshaAllah akak ade je kat sana. Lisa sekarang kerja mana? Still kat USIM ke?"
"itulaaaa. saya pun rindu kat akak. InshaAllah akak, nanti saya whatsapp akak eh. Ha'ah betul tu kak . Alhamdulillah saya still kerja kat USIM. Hmmmm, kak memandangkan saya ingat nak jumpa akak nanti kita borak lebih la ye kak? Asiff jiddan tetiba je call akak. Lagipun kredit saya pun da seciput ni hehehe"
"alhamdulillah baguslah. Oh okay okay. Haha. Ape ape nanti awak whatsapp akaklah. Eh takpe je. It's okay. Assalammualaikum.."
"Waalaikumussalam kak"
Tanpa disedari Alisa mengalirkan airmatanya. Dia sebak teringatkan waktu dulu, kenangan manisnya bersama kak Badariah. Kak Badariah ni lembut orangnya. Macam mak pun ada, kadangkadang lebih dari kakak sendiri. Dia rindu sangat kat kak Badariah. Mungkin kalau kak Badariah tidak datang untuk membantu nya tidak mungkin dia menjadi dirinya yang sekarang ini.
*******************************
Alisa menggunakan whatsappnya untuk berhubung dengan kak Badariah
"Assalammualaikum kak Badariah. Akak busy tak esok petang lepas asar?"
" Waalaikumussalam lisa, inshaAllah akak tak busy."
"alhamdulillah okay jumpa akak esoklah ye. Lepas asar dekat tempat biasa ye kak😉"
"okay Lisa inshaAllah. Hati hati drive nanti ye."
"alright kak InshaAllah. Jzzk"
"wyyk"
*********************************
"Assalammualaikum akak!!!"
"Waalaikumussalam lisaaa~"
Mereka bersalaman dan berpelukan sambil berlaga pipi belah kiri dan kanan.
"ya Allah Lisa.. Lama dah tak jumpa. Makin cantik nampak. Dah makin bergaya"
"haha mana ada akak. Biasa biasa je ni. Almaklumlah akak orang dah berkerja."
"awak ni buat lawak ke ape? Akak pun bekerja juga Lisa. Tapi sama je kan? Penampilan akak still same je."
"tulah, akak tak banyak bezalah."
"eh Lisa duduk lah dulu."
"ok, kak"
"so apa yang awak nak akak tanasuhkan? InshaAllah akak boleh bantu.. Awak jangan seganlah ye. Bagitahu je kat akak."
"emm sebenarnya kan kak. Saya rasa kosong sangat bila tinggalkan DnT ni kak. Tapi saya adelah cuba TZ kan diri saya. Tapi bab hati saya ade masalah kak."
"akak faham. Awak ada masalah dengan diri, family dan kerja. Apa maksud awak hati tu?"
"maksud saya.... Saya jatuh cinta akak.. Saya tahu berat juga masalah saya ni."
"awak jatuh cinta Lisa? Hati- hatilah Lisa. Bahaya bab bercinta ni kan? Kan akak ada bagitahu dulu kat awak cinta ni ada banyak jenis. Yang mana baik yang mana buruk. Akak tahu jatuh cinta itu fitrah manusia. Tapi awak kena bijak handle masalah ni. Orang yang awak suka tu suka kat awak ke?"
"ye kak. Dia ada bagitahu saya.".
"lagilah bahaya. Hmm. Awak hatihatilah ye. Bukan apa bila dua orang orang sama suka tahu apa yang tak baiknya? Syaitan akan menghasut kamu berdua untuk melakukan perkara yang tak baik. Mungkin itu awak sendiri tahu."
"jadi macammana nak handle masalah ni, kak?"
"sekiranya lelaki itu serius nak mengahwini awak, awak tunggu jelah dia datang meminang. Kalau dia betul betul serius, dia akan cuba sedaya upaya untuk mendapatkan awak Alisa. Awak pula janganlah terlalu berharap takut nanti awak kecewa. Selalu orang putus cinta ni teruk kesannya. Jadi berserahla kepadaNya Lisa. Teguhkan keimanan awak dulu. Bersedia macam macam hal. Okay? Lagi apa masalahnya yang awak hadapi sekarang ni? " " Saya selalu teringat kan dia kak. Saya risau ni. Saya rasa macam sakit jiwa pun ada. Tak habis habis teringatkan dia. Sampai saya nangis kak sebab benda ni"
" ya Allah Lisa.. Awak kena ingat dia bukan sesiapa pun lagi. Ingat Allah lebih. Ingat Rasulullah saw. Ingatkan pengorbanan Rasulullah saw dalam menegakkan Islam Lisa... Manusia yang belum milik kita tu tunggu dulu. Hold dulu. Nak ingat pun janganlah selalu. Buat perkara lain ye? Sekarang macammana mutabaah awak? Okay tak? "
" emm entahlah kak. ALLAH SWT je yang tahu. Maaflah akak saya bab ni takleh nak bagitahu detail kat akak. Saya fahami sendiri juga kak"
"apa apa pun Lisa awak kenalah cuba yang terbaik. Minta pada Allah semoga diteguhkan hati.. Dibersihkan hati. InshaAllah boleh Lisa. Akak tahu. Akak faham apa yang awak hadapi sekarang ini. Jangan berputus asa dalam mendapatkan redhaNya. Awak strong Lisa. Awak boleh. Lagipun awak tanak cinta awak tu berbuat dosa juga kan? Dia lelaki Lisa ada perasaan juga. Jadi awak banyak banyaklah doa moga Allah meredhai dan menunjukkan jalan yang benar. "
"InshaAllah allahuma amin kak. Jazakillah kak atas nasihat ni.."
" waiyyaki Lisa. Incase ada masalah share je ngan akak.."
Ya, memang perasaan cinta itu fitrah.. Bila perasaan cinta itu hadir dalam hati, kita kena pilih dua jalan. Samada nak pilih jalan yang baik atau yang buruk..
Jika benar cinta, pasti membawa ke Syurga. Jika ke neraka, bukan cinta namanya.
Jadi cari lah cinta yang membawa ke SyurgaNya.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.