Hey guys! It's been long time I didn't update~ Thanks for reading story of mine <3 I appreciate it.
Alisa menyedari umurnya kian meningkat, iaitu berumur 25 tahun! Baru sahaja dia membaca satu post di laman Facebooknya mengenai tentang tip menabung bagi gadis yang bekerja dan muda,
GADIS BILA MULA KERJA
1. Jika ingin layang Pearl Haya, Feredida atau Lazarda beri tempoh 3 bulan saja. Jika berlebihan ia akan bawa bencana.
2. Lebih hebat jika gaji pertama dapat daftar Haji segera.
3. Cuba simpan RM400 sebulan selama empat tahun, jumlahnya akan jadi RM19,200.
4. Dengan nilai itu kita boleh lihat rumah berharga RM150,000 hingga RM200,000.
5. Cuba bukak mudah dot may dan lihat rumah harga itu dikawasan anda.
6. Petuanya jangan lihat rumah teres atau kondo mewah.
7. Lihat yang kecil sederhana dan murah, ini rumah pertama anda.
8. Jika anda beli pada usia 25 tahun, bayaran bulanan sekitar RM620 untuk harga RM150,000.
9. Jika anda beli kediaman RM100,000 angaran bulanan sekitar RM450 sebulan.
10. Masukkan sedikit perabut cantik menawan dan sewakan boleh dapat sekitar RM650 sebulan
11. Ada lebihan duit poket RM200 sebulan, setahun ada RM2400. Selepas 4 tahun dah cukup duit pergi Haji. (RM9,600)
#credittoFACEBOOK
Alisa melihat pada setiap nombor pada tips tersebut yang mana satu dia sudah dan belum buat. Antaranya ialah dia sudah mendaftar haji di Tabung Haji. Alisa rasa lega sebab dia dah mendaftarkannya setelah menamatkan pengajiannya di UPM.
Dengan gaji yang diperolehi oleh setiap bulan bekerja di makmal tidaklah seperti yang Alisa ingatkan. Jadi, Alisa membuat keputusan untuk mencari duit lebih. Alisa terfikir-fikir kerja apa yang boleh dibuatnya selepas habis bekerja di makmal, iaitu berkerja di waktu malam...
"Ha!!!! I have an idea!" terkeluar perkataan dari mulutnya menandakan dia mempunyai idea.
Terlintas di kepalanya untuk bekerja sambilan di Restoran Summertime yang terletak di kawasan rumahnya. Sebelum ini, semasa makan di restoran tersebut Alisa ternampak satu notis diletakkan pada dinding restoran itu. Mereka memerlukan pekerja sambilan sebagai pelayan restoran di waktu malam. Mungkin Alisa boleh memohon kerja tersebut.
Alisa yang merupakan 'happy go lucky girl' dengan pantas berlari ke arah mamanya.
"Maaaa! Mama!" dengan manjanya Alisa memeluk mamanya dengan erat.
"Ye Lisa, ada apa ni?"
"Maaa Lisa ingat Lisa nak buat duit lebih lah. Nak kerja part time kat Restoran Summertime kalau Lisa dapatlah.. Boleh tak, ma?"
"Bukan ma tak bagi.. tapi tak penat ke Lisa kalau ada dua kerja kena buat?"
"Ala maaa kalau Lisa tak boleh, Lisa berhenti lah. Takkan mama tak tahu anak mama ni sado? Nampak kecil je tapi sado tau! Kalau tak kerja di restoran, Lisa ingat nak buat grab tapi ma bukan bagi pun Lisa buat grab"
"Yelah ape ape jelah Lisa. Harap kerja tu tak ganggu kerja Lisa yang sekarang ni sudahlah. Yelah grab sekarang ni bahaya. Lisa tu perempuan lagilah bahaya. Sedangkan pemandu grab lelaki pun dibunuhnya. Mak mana tak risau..."
"Baiklah ma! terima kasih ye ma! doakan Lisa selalu!"
"Sama sama Lisa. Mama tak pernah berhenti doakan untuk anak anak mama.."
"sayang mama!" Lisa memeluk erat mamanya.
********************************
Pada hari itu juga Alisa pergi ke restoran tersebut untuk memohon kerja.
"Assalammualaikum"
"Waalaikummussalam"
" Tumpang tanya, restoran ni still ada kerja kosong tak?"
" Kerja kosong? sebagai waiter ke?"
"Ha'ah"
"Ya ada lagi cik. Boleh cik tunggu sebentar? Saya nak inform boss saya"
"Baiklah. Terima kasih"
"Sama sama."
Banyak soalan yang ditanya oleh pengusaha restoran tersebut. Alisa ditemuduga terus kerana mereka memang memerlukan pekerja dengan secepat mungkin.
************************************************
"Awak boleh mula bekerja Isnin ni"
Alisa pun mengangguk.
"Terima kasih"
Dengan hatinya yang gembira sebab Allah mudahkan sahaja apa yang Lisa inginkan, mula dari meminta izin mamanya, kemudian ke restoran untuk memohon kerja dan ditemuduga. Lebih dahsyat terus diterima bekerja!
Nampaknya Alisa perlu membahagikan masa dengan baik kerana mempunyai dua kerja dalam satu masa. Lisa berharap dia dapat membahagikan masanya dengan baik.
To be continue, imagine menulis pada pukul 2:30 malam. 11/8/2019. Selamat Hari Raya Aidiladha semua !

ANDA SEDANG MEMBACA
Asal Kau Bahagia
RomanceMenceritakan kisah seorang gadis yang ingin membahagiakan semua orang yang dia sayangi. Cerita ini tiada kena-mengena dengan yang hidup ataupun yang mati.... jika ada yang sama mungkin hanyalah kebetulan. Inspired by lagu Asal Kau Bahagia by Armada