Bab 8

18 1 0
                                    

"Ma, inshaAllah Lisa outstation sabtu ahad ni kat USM, Penang. Mama dan daddy ada keluar mana mana ke?"

"inshaAllah mama ingat nak g kenduri anak kawan mama. Tapi tulah takde yang nak temanlah . Selalu Lisa yang teman mama. "

"Mama, daddy kan ada? Mama bawak daddy skali kan?"

" Daddy tu memangla wajib mama bawak, tapi mama nak juga selalu bawak anak mama sekali teman. Daddy kau tu kau faham jelah"

"Ma, Lisa dah besar dah Ma. 24 tahun. "

"Mama still anggap kau budak budak lagi sebab kau masih bujang. yang lain semua dah berpunya. Lisa mama tunggu kau ada calon ni hah. Haritu kau ada cakap tunggu seseorang .. So,  macammana?"

" Ma, tak boleh Lisa cakap lagi pasal ni, Mama sabar ye? Tunggu dulu Lisa tak nak tergesa-gesa. Kalau ada jodoh dan tiba masanya Lisa bagitahu Mama ye?"

"Okay mama saje je nak triggered kau Lisa. Lisa tak berkenan ke dengan Nazmi anak makcik Rai tu? "

" Mama ni sengaja, kan?"

"Lisa, mama tanya kau berkenan ke tak? nape tak jawab?"

"Ma, Lisa ada kerja nak buat ni. Ok bye ma. Lisa naik atas dulu"

"haish tak paham betul Lisa ni suka mengelak soalan" berkata mama dalam hatinya.

************************

Hari Sabtu Malam...

Didalam hotel ..

" Esok birthday Nazmi. Moganya surprise dariku menggembirakan Nazmi. Haraplah Shahril pandai manage. kalau tak siap dia" ketawa kecil Alisa.

Dalam hatinya Alisa menginginkan yang baik baik sahaja.

"Saya harap sangat awak okay je kat sana. Saya kat sini teringat selalu kat awak. Rindu tu Allah je yang tahu. Saya sering memendamkan perasaan rindu ini kerana saya rasa saya tak layak untuk merindui seorang lelaki yang bukan milikku lagi. Ya Allah, memandangkan Nazmi belum menghabiskan pelajarannya, Kau permudahkanlah untuk menghabiskan studynya. Elakkanlah dia leka dalam kelas dalam membuat assignmentnya. Ku di sini inshaAllah akan mendoakannya sepertimanaku mendoakan yang lain, muslim yang lain agar sentiasa diberikan petunjukNya dan sentiasa mensucikan hatinya dan menjadi bersih. Untuk kali ini saya harap awak dapat lupakan segala sedih awak. saya hanya dapat mendoakan dari jauh. Selamat hari lahir yang ke 24, Mi. Saya harap saya orang yang pertama mengucapkan Selamat Hari Lahir pada awak"

*bunyi ringtone Paradise oleh Maher Zain*

" Assalammualaikum Lisa, ni aku ni Shahril"

"waalaikummusalam, ye ape die?"

"kiteorang ontheway nak surprised Nazmi ni, kau ada nak cakap ape ape ke? or nak bgtau surprise ni dari kau?"

"kan aku dah cakap tak perlu bgtau, kau cakaplah kau yang nak bagi surprise"

"serius kau ni pelikla Lisa. orang selalu bagi surprised mesti nak ada credit punya"

"dah dah kau ni kan. make sure bagi muka dia senyum dan ketawa ok?"

"bereh"

*****************************

Selepas bermain futsal....

"weh, jom lepak kat bistro tempat biasa kita selalu gi" kata Shahril pada Nazmi dan member futsalnya.

" boleh gak, jom!"kata Nazmi bersemangat.

" semangat sia kau. "

"mestilah da lame tak lepak ngan kau dan yang lain. lama gak da tak men futsal. rasa energetic sikit"

"baguslah kau macam tu .dah ,jom kita pergi"

"okay"

********************************

Di Bistro....

" aku nak order roticanai jelah, kau Nazmi?"

"aku taknak makanlah apa apa. dahla lepas futsal makan roti canai lak, berbukit lah perut aku nanti"

"kau ni, haish. ikut kaulah"

Tetiba ada satu member futsal dia datang bawak kek dari tepi ..

" Happy birthday to you, happy birthday to you ,happy birthday to you Nazmi. Happy birthday to you!!" semua menyanyikan lagu birthday untuk Nazmi.. dan diakhiri dengan tepukan yang gemuruh.

Mula mula muka Nazmi nampak terkejut kemudian tersenyum sengih..

Shahril pun turut tersenyum. Apa yang Alisa mahukan terjadi..

"weh korang apahal tetiba ni. terharu sia aku. siapa punya kerja ni?"

"well ,you have to find it out yourself"

"kau ke, Shahril?"

"entah" dia mengangkat bahunya beberapa kali.

"siapa?"

"dahla, kitorang la bodoh siapa lagi. kau kenapa? expect siapa?"

"ohhh hhahaha thanks weh, terkejut aku "

"dah dah gi makan kek tu, tak jadi kau nak buang bukit kat perut kau tu"

"jahanam kau.dah surprise aku mcmni kau menganjing aku eh"

"eleh kau macam tak kenal aku siapa. S H A H R I L  da best "

" yelah kau lah da best, hensem, pandaiii apa lagi?"

"dah dah kang nnt hidung aku makin kembang..aku tahu aku hensem"

Shahril dan Nazmi serta yang lain bersembang tak ingat dunia. Muka Nazmi sentiasa happy. Alangkah gembiranya dia kawan rapat dia tak lupa birthday dia. Dalam hatinya sebenarnya menunggu seseorang untuk mengucapkan selamat hari lahir . Hanya ucapan yang pendek darinya cukup menggembirakannya tetapi nak buat macammana. khabar berita pun taktahu. Takpelah mungkin tahun ni tak dapat ucapan darinya mungkin tahun tahun yang akan datang?



Asal Kau BahagiaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang