.Chorong pov.
Hari ni aku bangun lambat sikit sebab class aku start lambat.Sempatlah aku nak mengemas rumah sebelum pergi kelas.Selepas sediakan sarapan untuk Taehyung,aku berganjak ke ruang tamu untuk memulakan aktiviti mengemas aku.
Mula dari lap screen tv,lap meja kaca,bersihkan habuk dan menyapu lantai.Aku tak pandang langsung Taehyung yang sedang makan di meja makan.Tak perlu kot nak pandang dia..dia bukan budak kecik untuk aku perhatikan time dia makan..dia makan bukan bersepah pun..lain lah kalau dia buat perangai dan sengaja nak kenakan aku..itu lain cerita lah..
"Chagia.."kedengaran seperti dia menganggil seseorang..sahlah itu aku kan??takkan orang lain pulak.Tapi aku hanya pekakkan telinga je..dia ni tak paham bahasa lah kot..aku dah cakap banyak kali yang aku tak suka dia panggil aku macam tu..
"Yah Park Chorong.."dah sudah nama penuh aku pulak dia panggil.Aku menoleh memandangnya sekilas lalu memandang jam dinding..
Eh budak ni memang sengaja nak pergi sekolah lambat ke apa??dah hampir jam 7.00 pagi kot.Dia masih kat tempat dia dan makanan dia still tak habis..
"Chorongie.."panggilnya lagi..
"Kau nak apa??"soalku disertakan dengan tatapan datar aku..
"Makanlah dengan aku..kemas-kemas tu nanti pun boleh.."katanya..
Nanti-nanti??means nanti tu dia akan tolong ke apa??"makanlah kau sendiri..kau ada tangan boleh suap sendiri.Kau tak perlukan peneman sebab kau dah besar panjang.."aku kembali dengan aktiviti menyapu.Baru aku perasan rumah ni boleh tahan besar jugak.Naik semput aku menyapu..
"Aku memang ada tangan untuk suap sendiri dan aku memang dah besar panjang.Tapi...tak boleh ke kau duduk sini...sarapan dengan aku??tak susah pun..duduk dan makan je pun..sinilah.."balasnya..
Aishhh budak ni menjawab pulak..ada jugak aku pukul kepala dia pakai batang penyapu ni.Aku menatapnya tajam dia balas balik tatapan aku..
Fine!aku mengalah lagi.Penyapu aku lepas dan pergi kearahnya..kerusi dihadapannya aku tarik dan duduk.Roti bakar aku capai dan makan tanpa meletakkan jem diatasnya..
"Sedap ke ka--"
"Makan cepat..nanti kau lambat.."pintasku.Sibuk nak tanya aku sedap ke tidak.Sah-sah lah tak sedap gila..
"Lambat pun takpe..hari ni aku full dengan latihan besball..tak masuk kelas pun.."katanya..aku menjeling bila dia senyuman kotaknya dipaparkan kearah aku..
"So malam ni boleh lah kau belajar 2 jam kan??"soalku.Kelihatan matanya membulat besar sebab terkejut dengan apa yang aku cakap..
"Malam ni 2 jam??tak boleh...1 jam je lah..aku nak keluar dengan kawan aku..nak gi funfair.."jawabnya laju..
"Oh keluar..keluar lah..alang-alang kau keluar..aku pun nak keluar.."kataku..
"With??"soalnya sepatah..
"Daniel.."jawabku ringkas..
"Daniel??oh namja bunny tu ke??aku tak benarkan.."katanya..aku memandangnya datar.Apahal tak boleh pulak??
"Ke--"
"Kau isteri aku..nanti orang pandang lain pulak kalau tengok kau keluar dengan namja lain.."pintasnya.Macam tahu-tahu je apa aku nak tanya..
"Kau pun keluar dengan kawan yeoja kau kan??"soalku dan dia mengangguk..
"So why not kalau aku nak keluar dengan Daniel?adillah.."jawabku..
"Kalau aku tak ajak Nayoung tu keluar dengan aku,kau pun tak keluar dengan Daniel tu ke??"soalnya lagi..
"Nope.Aku tetap nak keluar dengan dia.."jawabku..
YOU ARE READING
Call Me 'OPPA' | Vrong
FanfictionV di paksa untuk berkahwin dengan seseorang yang baru dia kenali dan apa yang menariknya adalah bakal isterinya lebih tua dan suka melawan cakap. Sampailah suatu hari V jatuh cinta kepadanya tanpa sengaja disebabkan oleh Jimin yang tiba-tiba bermina...