Bunyi orang berlari sangat kuat kedengaran di lorong kecemasan.Minhyun,Mino,Jennie,Bomi dan Eunwoo berlari mendekati Somi yang sedang kehulu hilir menanti Chorong yang sedang dirawat di dalam.
"Somi ya.."pekik Jennie..
Somi terkaku.Dia melihat mereka semua dengan keadaan yang takut.Dia masih rasa bersalah sekarang sebab tinggalkan Chorong sendirian walaupun tak lama..
"Ini salah aku...."tangisannya pecah.Lantas badannya di peluk Bomi..
"Bukan salah kau.Namja tu memang dah rancang semuanya dari awal.."Bomi cuba untuk memujuk Somi..
"Tapi tetap salah aku..."
"Yah!!!"Minhyun menengking..
"Itu salah kau ke..bukan salah kau ke masih belum boleh merubah keadaan sekarang ni.Jangan fikir siapa yang salah sekarang ni..yang penting adalah doa..doa banyak-banyak supaya pembedahan berjaya.."katanya dingin.Reaksi yang dipasangnya hanya wajah datar sahaja..
"Kau dah call suami dia??"soal Mino pulak..
"Sudah.Dia dalam perjalanan ke sini dengan keluarga dia.."jawabnya bila dah reda dari tangisannya..
"Macam mana boleh berlaku semua ni??"soal Eunwoo ingin tahu..
"Masa balik tu kitaorang berebut kunci kereta.Dia kejar aku tapi aku lari dulu ke kereta tinggalkan dia.Lama aku tunggu tapi dia tak datang-datang.Sampailah aku tengok ada ramai orang berkumpul..bila aku dekat tengok-tengok dia dah tak sedarkan diri..darah banyak keluar dari perut dia.."cerita Somi penuh tanpa ada penipuan..
"Dia dah melampau.."kata Minhyun seperti tahu siapa yang buat Chorong macam tu..
"Jangan syak suka-suka..Mana tahu orang nak menyamun ke.."kata Mino cuba berfikiran positif..
"Betul tu jangan menuduh dulu..apapun kita mesti report polis..biar dorang yang buat kerja.."kata Eunwoo tenang..
******
Selepas pembedahan dijalankan,Chorong dipindahkan ke wad.Keadaan sekarang ni sangat tidak stabil dan dia banyak kehilangan darah.Tikaman yang dia dapat sangat dalam dan hampir menyentuh organ dalamannya.
Sesiapa sahaja tidak dibenarkan masuk sekarang ni kerana Chorong sedang dirawat oleh beberapa nurse.Tambahan pulak,Chorong masih belum sedarkan diri dan dia memerlukan ruang untuk berehat.
Semua orang hanya menunggu diluar bilik menanti kebenaran untuk melawat tetapi semua tu hanya sia-sia.Waktu melawat sangat tidak dibenarkan ketika ni.Mereka semua boleh melawat pada esok harinya.
Walaupun V sudah merayu untuk melawat dan memberitahu dia adalah suami Chorong,dia tetap tidak dibenarkan.
Nak tak nak dia terpaksa akur.Sedikit demi sedikit dari mereka mula meninggalkan tempat itu kerana kepenatan menunggu Chorong tadi..
"Kami balik dulu..esok lepas kelas kami datang.."kata Eunwoo.Sempat dia membongkok dekat kedua-dua keluarga Chorong..
"Kami pun nak balik jugak...harap kau tabah V.."Mino menepuk-nepuk bahu V yang terdiam ditempatnya..
"Saya pun balik dulu.."izin Somi lalu pergi bersama Mino dan Jennie..
V terdiam ditempatnya.Pandangannya kabur dengan air mata.Baru semalam dia dengan Chorong bergurau-bergurau..sekarang lain pulak jadinya..hari gembiranya bertukar sedih..Keadaan Chorong yang sihat bertukar sakit..
Matanya mula berkaca.Dia cuba untuk tidak menangis ketika ini tetapi dia gagal untuk ditahan dan akhirnya air mata itu jatuh membasahi pipi..
Kepalanya menunduk menyembunyikan wajah sedihnya ketika ini.Air matanya jatuh ke lantai..
YOU ARE READING
Call Me 'OPPA' | Vrong
FanfictionV di paksa untuk berkahwin dengan seseorang yang baru dia kenali dan apa yang menariknya adalah bakal isterinya lebih tua dan suka melawan cakap. Sampailah suatu hari V jatuh cinta kepadanya tanpa sengaja disebabkan oleh Jimin yang tiba-tiba bermina...