[ complete]
✧✧✧✧
Kisah seorang gadis biasa yang terpaksa berkahwin dengan bekas teman lelakinya ketika zaman sekolah menengah dahulu atas sebab wasiat terakhir arwah abahnya.
" Kau dari zaman sekolah menengah dulu hinggalah sekarang tak pernah kalau...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
✧✧✧✧
Aiman menyedut air menggunakan straw di dalam gelas jus buahnya. Dia duduk termenung memandang suasana di kedai makan itu.
" Haish, macam mana nak jumpa perempuan tu lagi erk? " Keluh Aiman sambil bermain dengan straw nya.
" Adoi, sorrybro. Aku lambat sebab jem teruk tadi. " Adam duduk di hadapan Aiman. Dia membetulkan rambutnya yang sudah serabai menghadap kesesakkan laluan lintas sebentar tadi.
Adam memandang Aiman dengan pelik.
Dah kenapa dengan mamat ni? Macam berkhayal pun ada.
Adam menahan ketawanya apabila semua pelanggan yang berada di kedai makan itu memandang ke arah meja mereka.
" Babi ah kau ni. Malu aku. " Kata Aiman sambil tertunduk malu.
Adam ketawa kecil.
" Dah yang aku tengok kau macam berkhayal, apalagi sergah jelah. HAHAHAHA. " Gelakkan adam terlepas akhirnya.
Aiman menahan geram. Ini semua disebabkan penangan perempuan yang dia jumpa 2 hari lepas.
" Salah kau lah, lambat sangat. Tak tepati janji kau. Kata nak sampai pukul 8 sekarang dah pukul berapa ni? " Marah Aiman membuatkan ketawa Adam mati. Adam tersengih kambing.
" Aloh,aku kata dah kan tadi jalan jem teruk. Kau tu yang termenung macam mana nak dengar. " Balas Adam pula.
" Ah aku malas lah gaduh dengan kau. Macam mana pun kau juga menang. " Balas Aiman dengan menyampah.
Adam ketawa kecil.
" Kau call aku kata urgent nak jumpa ni pahal? " Tanya Aiman dan merenung Adam dengan tajam.
" Kalau ye pun nak tahu kenapa, jangan lah tenung aku macam gay yang bertauliah. " Kata Adam dengan senyuman kambing nya.
Aiman menyepak kaki Adam yang berada di bawah meja.
" Aku geramlah dengan kau ni, huh! " Sesungguhnya dia sangat geram dengan Adam kerana lelaki di hadapannya ini kalau bab sakitkan hati orang memang serah kepada dia lah.
" HAHAHA, aku gurau jelah. Okay, aku cerita ni nak dengar tak? " Adam menjongketkan kening nya beberapa kali.
" Hurm. " Jawab Aiman dengan hambar.
Adam tersengih.
" Macam ni, mama aku nak aku bawa bakal isteri yang aku berkenan. " Cerita adam.
" Dah tu, apa yang susah, bawa jelah. Habis cerita " Jawab Aiman selamba.