[ complete]
✧✧✧✧
Kisah seorang gadis biasa yang terpaksa berkahwin dengan bekas teman lelakinya ketika zaman sekolah menengah dahulu atas sebab wasiat terakhir arwah abahnya.
" Kau dari zaman sekolah menengah dulu hinggalah sekarang tak pernah kalau...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
✧✧✧✧
Hari ini, Hanna sepatutnya berjumpa dengan doktor untuk memeriksa kandungannya yang sudah menginjak usia sebulan.
Tetapi, dia takut ingin meminta izin tentang ini kepada Adam kerana lelaki itu sudah melafazkan kata yang dia tidak boleh sesekali pun melangkah keluar dari rumah ini.
Hanna mengeluh. Perutnya diusap lembut.
" Baby, kalau ibu tak pergi jumpa dengan doktor, tak apa ke? " Tanya Hanna dengan lembut kepada anaknya yang berada di dalam kandungan nya itu.
Hanna bangun dari katilnya. Dia ingin keluar untuk mencari makanan. Tekaknya tiba-tiba terasa ingin makan sesuatu.
Apabila pintu dibuka, mata Hanna terpandang Adam yang baru keluar dari biliknya yang berada di hadapan biliknya.
Dia terkaku di tempatnya. Fikirannya terimbas kembali tentang Adam menampar pipinya itu. Sejak dari itu lah, dia tidak bersuara dengan Adam. Hanya Adam sahaja mengarah itu dan ini. Dia hanya turutkan sahaja, takut di pukul oleh suaminya itu lagi.
" Kau dah kenapa pandang aku macam tu? "
Tersentak Hanna apabila Adam menegurnya. Dia menggeleng kepalanya lalu berjalan ke dapur. Adam hanya memerhati dengan satu jelingan tajam.
" Bisu ke apa? " Tanya Adam sambil membuka TV menggunakan remote control.
Hanna yang berada di dapur, ligat memikirkan patut ke dia pergi ke hospital? Tapi dengan siapa? Fatihah? Tapi kalau Adam marah, macam mana?
Hanna mengeluh.
' Tak apa kot, keluar sekejap je. Balik nanti, aku bagitahu lah yang aku jumpa doktor. '
Hanna sudah membuat keputusan muktamad. Dia mengerling jam di dinding. 8:18 pagi.
Sekejap lagi, Adam keluar pergi kerja dan dia akan telefon Fatihah.
Langkahnya menuju ke bilik kembali. Tidak dihiraukan Adam yang sedang menonton televisyen itu. Hatinya masih sakit mengingatkan tentang tangan Adam dah berbekas di pipinya ini.
Hanna berjalan ke katilnya. Dia mengangkat kotak yang berada di bawah katil. Penutup kotak itu dibuka.
" Nasib baik ada. "
Telefon bimbit Nokia diambil olehnya.
Dia membelek badan telefon itu. Butang on ditekan. Masih elok. Dia terpaksa menggunakan telefon ini kerana Adam sudah merampas telefon miliknya. Dia tidak tahu kenapa Adam terlalu menjaganya sehinggakan telefon bimbitnya juga diambil.
Nasib baik ada telefon Nokia ini. Senang dia ingin berhubung dengan kawan-kawannya dan keluarganya.
" Kau tu tak ubah seperti pelacur dekat tepi lorong sana! "