[ complete]
✧✧✧✧
Kisah seorang gadis biasa yang terpaksa berkahwin dengan bekas teman lelakinya ketika zaman sekolah menengah dahulu atas sebab wasiat terakhir arwah abahnya.
" Kau dari zaman sekolah menengah dulu hinggalah sekarang tak pernah kalau...
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
✧✧✧✧
Hari ini, Hanna sudah dapat keluar dari hospital apabila sudah hampir 2 minggu dia menetap di situ.
" Hanna, anak kau nanti aku pergi ambil tau. Kau tukarlah baju dulu. "
Hanna mengangguk kecil. Fatihah mengemas baju-baju Hanna masuk ke dalam beg.
Minggu lepas, Fatihah dan Ain datang secara mengejut untuk melawat nya. Tak sangka dalam jadual yang sibuk, diaorang masih tetap cari masa untuk datang melihatnya dan anak-anak nya.
Ain, selepas sahaja tinggal di sini selama 2 hari, dia terpaksa balik ke Kuala Lumpur kerana cutinya yang tidak panjang seperti Fatihah.
" Termenung apa lagi ni? " Tanya Fatihah sambil bercekak pinggang memandang Hanna.
" Ye kak tihah. Aku nak pergilah ni. " Kata Hanna dengan senyuman di bibirnya, dia berjalan ke arah tandas.
Fatihah keluar dari bilik Hanna untuk mengambil anak kembar Hanna sementara Hanna sedang menyalin pakaiannya.
Urusan hospital, suaminya, Aiman sudah selesaikan.
Fatihah masuk ke dalam bilik jagaan bayi. Haruman bayi menusuk ke dalam hidungnya. Senyuman terukir di bibirnya apabila melihat bayi-bayi yang sedang tidur.
" Ye puan? " Tanya jururawat apabila keluar dari bilik bayi itu.
" Saya nak bawa balik Tengku Airel dan Tengku Ayla. " Kata Fatihah sambil matanya memandang bayi-bayi itu.
" Tapi, Tengku Ayden dan Tengku Ayla dah dibawa balik oleh ayahnya. " Kata jururawat itu.
Fatihah membulat matanya memandang jururawat itu.
" Apa maksud awak? Ayah? " Tanya Fatihah dengan tidak percaya.
Jururawat itu mengangguk lalu.
Maksudnya, Syafit dah tolong ambilkan kan?
" Ah, Tak apa lah kalau macam tu. Terima kasih. " Kata Fatihah lalu berjalan keluar dari bilik itu.
Wad Hanna dihampiri.
" Hanna anak kau- "
Tergamam Fatihah apabila melihat Adam bersama bayi kembar sedang berada di dalam bilik Hanna. Aiman turut berada di situ.
Dan-
Hanna.
Kenapa gadis itu seperti tidak terkejut dengan kehadiran Adam? Dia ada terlepas sesuatu ke?
" Woo- okey. Apa dah terjadi ni? " Tanya Fatihah dengan tidak percaya dengan apa yang dia lihat sekarang ini.
Dia memandang Hanna untuk minta penjelasan dengan lebih terang.
✧✧✧✧
Ain memegang kepalanya. Sejak dua menjak ini, dia sering sekali sakit kepala. Mungkin terlalu banyak berkerja.