BAB 19

4.8K 128 4
                                        

" Permulaan realiti yang sebenarnya. "

 "

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.


✧✧✧✧


" Sayang, petang ni abang tak boleh ambil sayang lagi lah. Hurm. "

Hari ini, sekali lagi Adam tidak dapat menjemput Hanna makan tengahari bersama.

Walaupun agak kecewa, Hanna tetap gagahkan bibirnya untuk mengukirkan senyuman yang manis untuk suaminya. Dia takut Adam terasa dengannya.

" Tak apa. Hanna boleh balik dengan Tihah. Lagipun Tihah ajak makan dekat restoran Seoul Garden. " Kata Hanna dengan lembut.

Adam tersenyum lega.

" Maafkan abang sayang. Patutnya, abang yang bawa Hanna pergi restoran itu. " Kata Adam dengan kesal.

Hanna mencapai tangan Adam. Dan tangannya lagi satu menyentuh wajah Adam.

" Hanna dah kata tadi, tak apa. Lagipun, hujung minggu ni, kita boleh pergi bersama kan? " Pujuk Hanna dengan lembut sambil mengusap wajah itu.

Adam tersenyum senang dengan perlakuan Hanna yang memanjakannya itu.

" Hanna pergi dulu lah, abang. Assalamualaikum. " Hanna keluar dari kereta.

" Waalaikumussalam. " Adam jawab salam Hanna.

Hanna lihat kereta milik Adam laju meluncur jalan raya. Dia mengeluh kecil lalu mula melangkah masuk ke dalam pejabat.

Qayyim memerhatikan gelagat seseorang dari jauh. Dia mengukirkan senyuman sinis memandang kemesraan orang itu.

Dia memasukkan tangannya ke dalam poket kot putih khas untuk doktor, lalu berjalan ke arah orang itu.

" Assalamualaikum, nenek. "

Ain mengerutkan dahinya. Dia yang sedang duduk bercangkung mendongak kepalanya memandang orang yang memberikan salam itu.

" Nenek buat apa dengan Asya, panas-panas macam ni? " Tanya orang itu dengan dahi berkerut menahan keperitan panas

" Maafkan saya. " Ain bangun dari duduknya dan baru dia nampak wajah orang itu ialah Qayyim, lelaki yang dia labelkan sebagai lelaki yang paling mengjengkelkan itu.

" Nenek? " Dahi Ain berkerut. Dia memandang Qayyim yang tersengih itu.

" Ooooooo, jadinya awaklah yang hantar air nescafe dan sticker note tu? Dan awak hantar Asya suruh panggil saya nenek? Dan awak Doktor Prince? Euww! " Ain mencebikkan bibirnya apabila menyebut perkataan 'Doktor Prince'.

" Ya, aku Doktor Prince. Bukan aku yang bagi nama tu tapi si kecil Asya ni yang bagi nama untuk doktor kan? " Qayyim mendukung Asya yang duduk di atas rumput.

Andai Itu TakdirnyaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang