BAB 9

5.7K 138 0
                                    

" Andai Itu takdirnya. "

-; suara hati.

-; suara hati

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


✧✧✧✧

Nafas yang berombak kencang, cuba untuk dikawal. Tangan yang sejuk menggeletar, digenggam dengan erat. Hanna melepas keluhan berat untuk yang keberapa kali untuk hari ini. Dipandang cermin di hadapannya dengan kosong.

" Senyum lah sikit. "

Mata Hanna memandang Fatihah melalui refleksi pada cermin di biliknya.

" Kau kenapa ni? Aku tahu lah kau berdebar nak jadi isteri orang sekejap lagi, tapi jangan lah muram macam ni. " Tegur Fatihah yang sedari tadi memerhati muka Hanna yang seperti ayam berak kapur. Tiada langsung secebis senyuman bahagia di wajahnya sejak mula disolek oleh mak andam sehinggalah habis disolek.

" Aku entah lah. Tak faham perasaan aku sekarang. Aku rasa aku terlalu gementar kot. " Jawab Hanna yang cuba menyedapkan hatinya yang sejak tadi rasa tidak nyaman.

" Hanna, siap tak lagi? Mak kau takut jalan jem nanti. " Ain yang sibuk membantu Puan Marina menguruskan dulang hantaran sejak pagi, datang menjengulkan wajahnya disebalik pintu. Dia tersenyum lebar apabila dapat melihat wajah Hanna di sebalik cermin.

Hanna tampak cantik berseri dengan mengenakan busana gaun pernikahan berwarna putih. Solekkan nipis daripada mak andam, menyerlahkan lagi keserian wajah Hanna itu.

 Solekkan nipis daripada mak andam, menyerlahkan lagi keserian wajah Hanna itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" Masyaallah tabarakallah. Cantiknya kau, Hanna. " Ain datang menghampiri lalu memeluk gadis kecil itu dengan erat.

" Thanks. " Balas Hanna lalu menepuk tangan Ain yang melingkari lehernya.

" Kau dah bersedia? " Tanya Ain apabila melepaskan pelukan tersebut.

Hanna bangun dari kerusi. Dia pusing menghadap Fatihah dan Ain yang berada di belakangnya. Nafas dihela, lalu kepalanya mengangguk mengiyakan pertanyaan Ain sebentar tadi.

" Kau jangan risau. Kita orang selalu ada dengan kau. " Ujar Ain sambil menarik tangan Hanna yang sejuk bak ais batu.

" Betul tu Hanna. Jadi, kau jangan gugup, gementar dan seangkatan dengannya, okay? " Pujuk Fatihah pula lalu menghadiahkan senyuman manis kepada sahabatnya yang bakal menjadi isteri kepada seseorang hanya beberapa jam sahaja lagi.

Andai Itu TakdirnyaWhere stories live. Discover now