[ complete]
✧✧✧✧
Kisah seorang gadis biasa yang terpaksa berkahwin dengan bekas teman lelakinya ketika zaman sekolah menengah dahulu atas sebab wasiat terakhir arwah abahnya.
" Kau dari zaman sekolah menengah dulu hinggalah sekarang tak pernah kalau...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
✧✧✧✧
Hari ini masuk minggu yang pertama Hanna digelar sebagai seorang isteri kepada Adam. Tetapi perkataan 'isteri' itu hanya tertulis di atas kertas sahaja, sebaliknya Adam hanya menganggap nya sebagai housemate atau orang luar yang menumpang di dalam rumahnya ini.
Adam sekarang sering keluar malam, pagi, petang senang cerita dia, tidak pernah melekat di rumah. Adam hanya pulang untuk salin baju, mandi dan tidur sahaja. Makan minum dia hanya di luar.
Tentang perempuan yang dia nampak 3 hari lepas, otaknya masih ligat memikirkan tetapi dia cepat-cepat menghalaunya pergi. Dia tidak mahu menyibuk tentang lelaki itu.
' Hah! Bosanlah pula asyik terperap dalam rumah ni je. '
Hanna membuka TV. Petang Ahad yang membosankan.
Esok dia dah mula kuliah. Maka dengan itu, makin susah lah dia ingin melihat wajah mamat hidung itu.
Ting tong- Ting tong-
Bunyi loceng ditekan berkali-kali membuatkan Hanna menoleh ke arah pintu utama.
" Adam tak bawa kunci ke? " Ujarnya lalu mengapai tudung yang berada di penyangkut dan berjalan ke arah pintu utama.
" Eh? Sorry, cik. Saya nak tanya ni rumah cik Hanna Sofea ke? " Tanya seorang lelaki yang memegang sejambak bunga mawar berwarna merah.
Hanna mengerutkan dahinya. Siapa pulak lelaki ni? Dia tak kenal pun. Macam mana boleh kenal nama dia?
" Ya, saya Hanna Sofea. Kenapa ye? " Tanya Hanna.
Lelaki itu membaca kertas di tangan nya.
" Ini ada orang kirimkan kepada cik Hanna. " Kata lelaki itu lalu menghulurkan jambangan bunga itu kepada Hanna.
Dengan dahi yang berkerut seribu, dia mencapai jambangan bunga tersebut.
" Siapa yang bagi? " Tanya Hanna sambil membelek bunga itu. Sempat dia mengira kuntum bunga yang berada di dalam jambangan itu. Semua sekali 21 kuntum.
Eh macam kenal je nombor ni.
" Saya pun tak tahu, saya terima tempahan dan diarahkan untuk hantar pada alamat ini. " Terang lelaki itu.