BAB 25

5.4K 121 26
                                    

" Andai itu takdirnya. "

 "

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


✧✧✧✧


Fatihah melangkah masuk ke dalam biliknya dengan sedulang susu dan roti di tangannya. Dia meletak dulang itu di atas meja lalu duduk di birai katil.

Dia memandang sekujur tubuh yang sedang lesu baring di atas katil. Sayu hatinya melihat wajah orang yang sedang lena tersebut. Penuh dengan kesan lebam dan luka-luka yang sudah kering.

Dia mengambil first aid di bawah katilnya, lalu dibuka kotak tersebut. Krim untuk luka dicapai.

Dia meletak krim tersebut dengan berhati-hati di atas luka milik orang tersebut.

" Auch!

Tersentak Fatihah apabila orang tersebut mengaduh kesakitan.

" Sorry Hanna. Aku cuma nak letak krim dekat luka kau tu je. " Terang Fatihah apabila Hanna membuka matanya. 

Mata Hanna sungguh sembab.

" Takpe. Biarkan je. " Kata Hanna dengan perlahan. Senyuman kecil dihadiahkan untuk Fatihah.

Fatihan terdiam. Dia menarik nafas dalam-dalam bagi menghilangkan rasa sebak di dadanya. Binatang mana yang sanggup buat kawan baiknya sehingga begini?

" Ni, aku ada sediakan sarapan untuk kau. " Kata Fatihah lalu mengambil dulang tersebut dan diletakkan di atas riba Hanna.

" Kau kena minum susu ni. Susu ni bagus untuk kau dan kandungan kau. " Kata Fatihah lalu menghulurkan segelas susu kepada Hanna.

Berair mata Hanna melihat kebaikan Fatihah itu. Dia sekarang sudah dibuang oleh keluarga sendiri. Jadi, dia agak terharu kerana masih ada lagi orang yang baik kepadanya.

" Hanna kenapa kau nangis ni? " Tanya Fatihah dengan risau.

" Aku cuma terharu dengan kau, Tihah. " Kata Hanna sambil menyeka air matanya dengan lembut.

" Kenapa pula? " Tanya Fatihah dengan hairan. 

Hanna hanya menggeleng kepalanya.

" Hanna, boleh aku tanya? " Fatihah memandang Hanna yang sedang menunduk memandang gelas.

" Tanya jelah. " Balas Hanna dengan senyuman manis.

" Apa dah terjadi dengan kau? " Tanya Fatihah dengan serius tanpa secalit pun senyuman di wajahnya. 

Serius.

" Kenapa kau tanya aku macam tu? " Hanna kembali menyoal. Dia tahu, pasti Fatihah ingin tahu kenapa dia boleh muncul di hadapan rumah Fatihah awal pagi buta dengan keadaan mukanya yang penuh dengan kesan lebam dan luka sebegitu. Siapa je tak ingin tahu kan.

Andai Itu TakdirnyaWhere stories live. Discover now