[ complete]
✧✧✧✧
Kisah seorang gadis biasa yang terpaksa berkahwin dengan bekas teman lelakinya ketika zaman sekolah menengah dahulu atas sebab wasiat terakhir arwah abahnya.
" Kau dari zaman sekolah menengah dulu hinggalah sekarang tak pernah kalau...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
✧✧✧✧
Bayu petang menampar lembut pipinya. Deruan ombak menyapa pendengaran telinganya. Laut yang terbentang luas menghiasi anak matanya.
Hanna tersenyum tenang. Sungguh tenang berada di hadapan laut ciptaan Allah yang maha kuasa.
Dia tunduk memandang perutnya lalu tangannya mengusap lembut perutnya yang dibaluti jubah mengandung. Kandungannya sekarang sudah masuk bulan yang kedua. Cepat masa berlalu, sedar tak sedar, sudah hampir satu bulan sejak peristiwa penceraian dia dan Adam.
" Anak ibu suka duduk dekat sini? Tenang kan kat sini, sayang? " Tanya Hanna kepada anak di dalam kandungannya.
Pagi tadi, dia telah sampai ke bumi yang bernama Pulau Maldives. Ini semua bantuan kawannya, Ain dan Fatihah.
Dia ingat lagi bagaimana beratnya hati Fatihah malam tadi, yang ingin melepaskannya pergi ke Pulau Maldives seorang diri.
" Hanna, kau betul-betul ke nak pergi? Dah fikir masak-masak sebelum buat keputusan ni? " Tanya Fatihah yang masih tidak puas hati dengan keputusan terburu-buru Hanna ini.
Hanna tersenyum memandang wajah risau Fatihah.
" Tihah. " Hanna mencapai tangan Fatihah.
" Kau tahu kan? Aku bukan saja-saja buat keputusan macam ni tanpa sebab. Aku perlu pergi, Tihah. Aku takut. Aku takut kalau... " Hanna mematikan ayatnya. Tak sanggup lagi meneruskannya.
" Okay, aku faham dan aku hormat keputusan kau ni. Kau hati-hati duduk dekat sana. Aku nak, balik sini nanti pastikan kau bawa balik bakal ayah kepada anak kau tu nanti tau. Aduh! " Fatihah mengaduh kesakitan apabila Hanna memukulnya dengan buku passport.
Ain dan Aiman yang berada di situ, turut ketawa melihat gelagat Hanna dan Fatihah itu.
Hanna memandang Aiman yang berada di sebelah Fatihah.
" Hanna, hati-hati duduk dekat sana. Jaga diri dan kandungan awak baik-baik. " Aiman yang perasan Hanna memandangnya, mula bersuara.
Hanna mengangguk.
" InshaAllah, awak pun jaga diri dan tolong jaga Fatihah baik-baik. Jangan lama-lama biarkan Fatihah ni berkeliaran, ikat dia dengan ikatan yang sah. Saya harap awak boleh jaga dan sayang dia dengan sepenuh hati awak. Jangan buat dia derita tau. " Pesan Hanna dengan penuh dengan maksud yang tersirat.
Aiman senyum tawar.
" InshaAllah. " Jawab Aiman.
Hanna beralih pada Ain pula. Senyuman masih belum pudar dari wajahnya.