BAB 7

5.4K 134 4
                                        

" Andai itu takdirnya. "

-; suara hati.

-; suara hati

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

✧✧✧✧

" Jadinya kau dengan Wafiq macam mana? " Tanya Ain dengan nada terkejut apabila selesai mendengar cerita Hanna tentang kejadian semalam.

" Aku tak tahu. " Balas Hanna sambil mukanya ditekup dengan tangannya.

" Dia tak tahu ke kau akan berkahwin dengan abang dia? " Tanya Fatihah pula.

" Aku tak tahu lah. " Hanya itu dibalas oleh Hanna.

" Entah-entah dia cemburu mama dia pinang kau untuk Wafiq tetapi bukan untuk dia. Dia suka kau lagi ke? " Tanya Fatihah lagi.

" Aku cakap tak tahu. Tak tahu! " Kali ini nada Hanna naik seoktaf. Kepala otaknya sudah serabut memikirkan perkara semalam, malah ditambah dengan soalan yang bukan-bukan dari kawan-kawan nya itu.

" Alah kau tenang je Hanna. Ada sebab lah Adam minta tolong dengan kau untuk berlakon tu. Maybe mama dia desak dia untuk berkahwin ataupun dia kena kahwin paksa dengan mana-mana anak kawan mama nya itu. " Pujuk Ain.

" Tapi Ain, dia cakap dekat mama dia yang dia nak kahwin dengan aku. " Ujar Hanna dengan lemah.

" Kau bagitahu tadi yang Adam dah janji semalam kali terakhir korang berjumpa kan? Pandai-pandai lah dia uruskan masalah yang dia buat ni. " Kali ini, Fatihah pula menenangkan hati Hanna yang sedang gusar itu.

" Tapi- "

" Hanna, dah lah fikir. Sejak berakhirnya pertemuan korang semalam, kira masalah kau dengan dia dah berakhir. Lagipun, aku rasa Adam pun sama macam kau, sudah tiada perasaan. Dia hanya minta tolong kau untuk keluarkan dia dari masalah dia dengan mama dia. Kira selesai lah masalah dia tu. " Terang Fatihah lagi.

" Betul cakap Tihah tu, Hanna. Kau dah lah fikir masalah ni. Fokus dekat perkahwinan kau dengan Wafiq yang dah tak lama lagi tu. " Ain menggenggam tangan milik Hanna bagi menyalurkan rasa semangat kepada gadis itu.

Hanna tersenyum terharu memandang Ain dan Fatihah bersilih ganti.

" Thanks korang. " Ucap Hanna dengan ikhlas.

✧✧✧✧


Adam merenung langit malam yang hitam pekat ditemani dengan sebuah bulan sabit serta bintang yang bertaburan di dada langit.

" Kau fikir apa? " Aiman menghulurkan sebuah mug kepada Adam. Adam menyambut huluran tersebut.

" Mama aku. " Ujar Adam lalu keluhan kecil dilepaskan. 

" Apa pula masalahnya? Bukan semalam kau dah bawa ke ex kau tu untuk berlakon jadi calon isteri kau? Tak jadi ke rancangan kau tu? " Tanya Aiman lalu menghirup kopi panas yang dibancuh olehnya sebentar tadi.

Andai Itu TakdirnyaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang