[ complete]
✧✧✧✧
Kisah seorang gadis biasa yang terpaksa berkahwin dengan bekas teman lelakinya ketika zaman sekolah menengah dahulu atas sebab wasiat terakhir arwah abahnya.
" Kau dari zaman sekolah menengah dulu hinggalah sekarang tak pernah kalau...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
✧✧✧✧
Fatihah memandang kosong ke luar tingkap biliknya. Fikirannya sekarang sedang bercelaru dengan pelbagai masalah.
" Will you be my soulmate? "
" Argh! " Fatihah menekup mukanya dengan bantal. Dia bingung.
Patutkah dia terima lelaki itu? Lelaki yang dia cintai?
Ya, sejujurnya dia dah memang lama sukakan Aiman. Sejak mereka kali pertama berjumpa dan bergaduh di food court Mid Valley. Cuma punca dia takut untuk mengiyakan perasaannya itu ialah Aiman.
Dia nampak di mata Aiman, yang lelaki itu seperti menyukai Hanna. Kerana itulah, dia dari awal lagi mengundurkan diri.
" Pong! "
" PONGPONGPONGAKUTERIMA! "
" Amboi, terima apa ni hah? " Ibu Fatihah melangkah masuk ke dalam bilik anaknya dengan gelakkan kecil. Lucu melihat anak gadisnya itu melatah.
" Tak ada apa lah, bu. " Fatihah memuncungkan bibirnya. Dia memeluk bantal dengan erat.
" Kenapa muka anak ibu ni macam Tihah berak kapur je ni? "
" Ibu! " Fatihah memuncungkan lagi bibirnya.
Itulah perangai ibunya, suka menyakat dirinya dan ayahnya.
" HAHAHAHA. Kenapa ni sayang? " Tanya Puan Faridah, memujuk anak gadisnya.
" Ibu, kalau Tihah cerita ni, ibu janji jangan gelak. " Fatihah memandang ibunya.
Ibunya mengangkat kening.
" Will see. Apa dia? " Tanya Puan Faridah.
" Ibu, ibu percaya tak kalau Tihah cakap yang ada seorang lelaki ni melamar tihah? " Fatihah memandang Puan Faridah.
" Percaya je. " Jawapan dari Puan Faridah itu membuatkan Fatihah sedikit kecewa. Puan Faridah seperti main-main.
" Ibu. " Tegur Fatihah dengan muncungnya.
" Apa? Betul lah ibu cakap. Ibu percaya je sebab umur anak dara ibu ni memang sesuai untuk berumah tangga. " Kata Puan Faridah lalu menggengam tangan Fatihah.
" Dah, ibu setuju lah ni? " Tanya Fatihah dengan ragu-ragu.
" Ibu tak kisah kalau itu yang Tihah mahukan. Sebab keputusan untuk mendirikan rumah tangga dengan siapa, ada di dalam tangan Tihah. Kalau lelaki tu betul-betul cintakan Tihah, boleh jaga Tihah dengan baik, lagilah ibu bersyukur. " Kata Puan Faridah sambil memegang tangan Fatihah dengan erat.