[ complete]
✧✧✧✧
Kisah seorang gadis biasa yang terpaksa berkahwin dengan bekas teman lelakinya ketika zaman sekolah menengah dahulu atas sebab wasiat terakhir arwah abahnya.
" Kau dari zaman sekolah menengah dulu hinggalah sekarang tak pernah kalau...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
✧✧✧✧
" Okay, seperti yang sudah kamu semua ketahui, minggu hadapan, korang semua akan menjadi guru praktikal selama sebulan, dan saya sudah tentukan awak akan pergi ke sekolah mana dan mana. Setiap sekolah akan ada seorang wakil ataupun 2 orang wakil. "
Hanna menumpukan perhatian kepada pensyarah nya yang sedang bercakap. Handsome lah pula. Eh?
" Okay, saya akan umumkan sekarang. Kalau saya sebut nama korang, korang semua datang ke arah saya dan ambik kertas di tangan saya ni. Di kertas ni tertera alamat sekolah yang awak perlu pergi. " Kata Syafit Is'hak selaku pensyarah di Universiti Malaya itu. Dia memandang setiap wajah pelajar nya. Pelajar nya tidak ramai pun. Cuma 30 orang sahaja.
" Nur Hanna Sofea. " Syafit memandang Hanna yang masih tidak berganjak dari tempat nya. Dia perasan gadis tersebut seperti berkhayal.
" Nur Hanna Sofea? Tak hadir ke? " Syafit buat-buat tanya, padahal dia sudah kenal siapa Hanna.
Hanna seperti tersentak apabila Fatihah yang berada di sebelahnya menyiku tangannya.
" Hah? " Hanna berdiri secara sponta dari kerusinya.
" Hanna, ini Universiti dan di sini tempat menuntut ilmu bukan tempat untuk awak fikirkan suami awak! " Tengking Syafit tanpa memperdulikan perasaan Hanna.
Semua orang di dalam dewan kuliah tersebut terdiam apabila mendengar tengkingan dari pensyarah mereka itu.
Hanna tertunduk takut melihat wajah Syafit yang kemerahan menahan marah.
" Awak dengar apa yang saya terangkan tadi? " Tanya Syafit dengan suara yang masih tegas.
Hanna menunduk dan menggeleng tanda tidak.
" Saya minta maaf, sir. " Tergagap-gagap Hanna ucapkan perkataan itu. Dia dapat dengar Syafit merengus kasar.
" Bazirkan air liur saya sahaja cakap dengan pelajar macam awak ni. Ni ambik kad awak ni. " Kata Syafit dan menghentak meja itu dengan geram.
Dengan takut-takut Hanna pergi ke arah depan.
" Nur Fatihah Hani. " Dengan cepat-cepat Fatihah bangun. Takut dimarahi oleh pensyarah nya itu lagi.
" Sabar ye, Hanna. " Pujuk Fatihah apabila dia datang bersama dengan kad di tangannya.
Hanna meletak kepalanya di atas meja.
" Aku sedih weh. Aku malu kena tengking depan orang ramai macam ni. " Tangisan Hanna mula kedengaran.
Fatihah mati akal. Dia pandang Syafit nya yang sedang sibuk membahagikan nama-nama pelajar.