BAB 8

4.8K 132 4
                                    

" Andai Itu takdirnya. "

-; suara hati.

-; suara hati

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

✧✧✧✧


Hanna memandang jari hantunya yang tersarung sebentuk cincin yang menandakan dia sekarang merupakan tunangan kepada Wafiq. Baru sebentar tadi, Datin Sarah datang menyarungkan cincin pertunangan tersebut.

Matanya memandang suasana ruang tamu rumahnya yang riuh dengan sanak saudara serta rakan-rakannya yang datang bertandang ke rumahnya. Memandangkan esok merupakan hari bersejarah dalam hidupnya, malam ini umi nya membuat majlis bertunang sekali dengan majlis malam berinai. Itu yang meriah sangat malam ini.

" Woi berangan! " Tersentak Hanna apabila bahunya ditepuk dengan kuat dari belakang. 

" Kau nak aku jadi hantu anak dara ke? " Marah Hanna sambil mengusap dadanya yang berombak kencang.

Ain tersengih bak kerang busuk apabila mendapat jelingan maut daripada Hanna.

" Lepas ni majlis berinai kan? " Tanya Fatihah dengan teruja.

Hanna hanya mengangguk malas. Dia membetulkan kedudukannya yang bersimpuh di atas kusyen. Sekarang dia sedang duduk di bawah pentas pelamin yang sudah siap dihias dengan pelbagai jenis bunga-bunga putih bercambur hijau mint yang merupakan tema untuk majlis bersandingnya esok.

" Lambat lah pula Kak Jie ni. " Kata Hanna sambil memandang sekeliling ruang tamu rumahnya. Namun, bukan pengukir henna yang dia cari. Matanya meliar mencari bakal suami nya, yang sudah 3 minggu dia tidak berjumpa. Kali terakhir mereka berjumpa di butik pengantin 3 minggu yang lepas. Pada hari fitting baju pun, lelaki itu tidak munculkan dirinya.

' Dia tak datang ke? Mama, papa dia elok je datang, kenapa dia tak datang. '

Bisik hati Hanna dengan risau. Bercerita tentang keluarga Wafiq, Hanna tiba-tiba teringat tentang mamat hidung yang ingin berjumpa dengannya pada 3 minggu yang lepas. Namun, Hanna berjaya mengelak daripada berjumpa dengannya selama 3 minggu ini. Kalau ikutkan jika tidak mempunyai kelas kuliah, dia hanya menghabiskan waktunya di rumah sahaja. Kawan-kawannya yang sudah mengetahui kisah tersebut, turut memahami dengan datang ke rumah Hanna jika ingin bertemu dengan gadis tersebut.

" Tu kak Jie dah sampai. " Ujar Ain apabila melihat pengukir henna kalut masuk ke dalam rumah Hanna. Tahu lah dia sudah lambat 15 minit.

" Sorry darling, jalan jem teruk tadi. Biasa lah waktu orang balik kerja sekarang ni. " Kata pengukir Henna itu sambil kalut membuka segala alatan untuk mengukir inai di tangan pengantin.

" Okay, jom kita mulakan. " 

Hanna menghulurkan tangannya ke atas meja yang disediakan di hadapan nya untuk mudah ketika proses mengukir inai.

Andai Itu TakdirnyaWhere stories live. Discover now